Cuti 3 hari yang cukup puas

Salam,
Hari ni aku rajin nak tulis plak, bukan apa.. baru lepas cuti 3 hari dari Sabtu sampai Isnin. Walaupun 3 hari dan tak ber"vacation" cuma sekadar berjalan sekitar KL, mkn apa yang rasa nak makan.. fuh.. cukup memuaskan hati.. rasa mcm lama cuti.

Tp sayangnya anak-anak jantan follow mama dorng ke Melaka sbb perkahwinan Paksu dorng.. Jadi aku bersama Isteri dan Hana Darina saja.. kalau tgk entri aku sebelum nih... pergi Bird park, mandi kat 3K, dan ahad kitaorang ke OneUtama jalan-jalan dari start 10pg kot.. breakfast kat Teh Tarik Palace, nak kena roti canai.. sedap kata isteri kesayangan aku.. aku bw jer la.. terus ronda sana.. ada plak function kat tengah tuh..

Ada Beberapa character cartoon, Omar dan Hana, pinkHong, ben 10.. mcm2 lagi lah.. sampai la pukul 2 lbh.. pekena makanan jepun Teppayaki Express.. kat 2 tahun kot tak makan sini sbbnya last makan masa Hari wilayah 2 tahun lepas isteri aku kena keracunan makanan yang agak kronik kot... semalam baru mkn semula.. Terus terang aku ckp, rasa macam kurang "kick" dari sebelum nih.. ntah ler.. abis juga kat RM50 mkn.

Keluar dari OneUtama kat kul 4 gitu.. lama juga lah.. terus balik rumah, lepak jap.. terlelap.. memang best.. malam malas nak keluar makan.. Oman call ckp nak datang, nak beli mknn kat pasar malam.. apa lagi.. order laksa la kitaorng laki bini... mlm tuh mkn laksa pasar malam.. memang sedap laksa nih..

Isnin memang takde plan nak g mana, Aiman datang rumah nak g pyramid tgk wayang ngan kawan dia, ashraf.. aku ngan isteri lepak rumah layan TV jer.. sambil aku update blog.. tiba-tiba rajin plak... petang sikit Azam call ajak lepak minum. kitaorang ok jer la sbb lama tak jumpa Maliq. So kul 4 kitaorang tala ke Main Place kat subang jaya.. pekena Mr Roti canai.. ok juga la . Kopitiam style.

Balik dari Main place, isteri aku goreng mihun.. padu.. memang sedap kena plak dengan sambal kicap.. kena 2 pinggan.. syok.. lepas tuh lepak layan citer 'Mother'.. tinggi sangat imaginasi producer.. terus tak faham jalan citer.. ekekekek.. mmg pelik jalan citer.. pelakon agak best, ada jenifer Lawrence. tak tau berapa bintang nak bg.. maybe satu jer kot.. ekekekek...

Masa aku tulis entri ni, aku seriously rasa seronok dan puas berhujung minggu 3 hari cuti.. jalan jalan, makan, project.. semua memberi kepuasan yang maximum.. pagi2 nak g kerja pun senyum sampai telinga.. Alhamdulillah ya Allah!!!

Seriously aku suka gambo nih..

Ni masa lepak minum petang kat Mr Roti Canai @ Main Place.



0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.