Homemade Meatball
Kisah hari ahad lunch makan spegeti, aku terlebih rajin nak buat meatball.. aku sengaja asingkan entri sebab aku nak share resepi yang aku ikut dari satu blog lain.. lepas ni kalau buat lagi maybe try yang lain punya resepi kot..
Yang aku buat ni, boleh kata ok juga la.. anak-anak pun ckp sedap.. tp aku rasa mcm ada yang kurang sikit lah.. dia mcm tak lekat sgt.. mudah nak hancur.. maybe aku kena alter tambah tepung sikit kot atau lebihkan bread crumb tuh..
Ni resepinya..
Bahan-Bahan:
- 400g daging kisar – Aku beli daging kisar brand Ramly jer.. ada byk brand lagi.
- Bawang Holland – di ricik halus
- Bawang Putih - di ricik halus
- Butter – untuk menumis bawang
- Bread Crumbs – 4-5 sudu besar, hancurkan.. boleh blend kering.. aku blender rosak.. kasi tumbuk lah... hihihi..
- Blackpepper – kasar dan serbuk
- Whitepepper – serbuk
- Mixed herbs/spice – agak-agak dalam 1/2 sudu besar.. terpaksa beli sebotol rm9.90.. takde pun tak per..
- 1 biji telur – saiz apa pun boleh
- Garam & Gula – secukup rasa
- Seasoning – secukup rasa
- Susu segar – 1/3 cup
Cara Penyediaan:
Panaskan butter dan tumis bawang holland dan bawang putih sampai naik bau. Tutup api dan biarkan sejuk.
Ambil semua bahan-bahan di atas, di campur dengan bahan tumis yang dah sejuk tadi. Gaul rata sehingga sebati.
Sekiranya bahan-bahan gaulan tadi terlalu cair, tambahkan breadcrumb.
Boleh dah nak uli bulat-bulat bahan gaulan td. Boleh basahkan tangan dengan minyak masak semasa proses membulatkan meatball tersebut..
Dah siap bulat-bulatkan, boleh la goreng di atas minyak. Agak huduh sikit meatball aku, tapi rasa boleh tahan lah.. ok la tuh 1st time buat...
Ada juga orang mengukus terlebih dahulu meatball tadi kemudian bakar di dalam microwave. Mungkin next time boleh try cara ni. Untuk masakan kali ni aku goreng guna minyak jer..
siapp..