Pengalaman Buka gerai jual Nasi Daging

Salam,
Last update blog nih 6hb lepas... so hampir 10 hari tak update blog.. plan awal2 dulu kalau boleh nak update atleast seminggu 2 atau 3 post.. hehe.. biasa la.. ok la kot asalkan aku update.. lama2 dah terror menulis baru leh update hari nih..

Hari ni aku nak citer cemana aku start buka gerai jual makanan.. Aku berniaga Nasi Daging. Hari Isnin tanggal 11/11/2013, hari pertama tuh, waktu penyediaan makanan, mak aku yang uruskan semua, aku cuma pemerhati bertauliah catit segala bahan2 yang di perlukan. Jadi lepas ni aku terpaksa uruskan seorang diri.

Pagi tu baru nak g beli barang basah mcm daging, bawang, tomato, cili merah, bahan-bahan rempah ratus dan lain-lain untuk resepi Nasi Daging tuh. balik umah jer dah pukul 11 gtu.. jadi daging yang masih dok keras tuh tak sempat nak defrost lak tuh.. kira hari pertama ni agak kelam kabut la.. sib baik segalanya mak aku uruskan.. hehe..

Hari pertama nih, dengan agak kelam kabut, daging pun potong ikut dan jer.. keh keh... so hari pertama nih wat agak byk set juga.. 20 set.. buka gerai dalam pukul 5ptg gtu, sampai pukul 8malam, lampu takde jadi agak gelap la gerai aku tuh.. jadi nak berniaga sampai malam tuh agak sukar sbb orang tak nampak... pengalaman hari pertama buka gerai, cuma laku 2 saja...

Hari kedua ni aku kurangkan sikit masakan, just buat untuk 6 set, yakni 3 pot nasi.. hari ni mak aku masih ada sini pagi, tghhri mak, abah dan adik nak balik dah. Jadi pagi2 mak aku dah tolong tumiskan sup... so selamat dah 1 kerja, tghhr aku sambung buat air asam dan masak nasi.. kira hari kedua berniaga tp hari pertama aku masak nasi dan buat air asam.. not bad la.. hehe.. nasi tak kering betul.. tp still ok tak lembik sgt.. so setiap hari akan jadi pengajaran untuk aku menaiktaraf rasa...

Hari kedua, aku buat 6 set jer.... macam biasa laku 2 jer.. tu pun jiran gerai aku, peniaga nasi ayam berempah beli 2.. hehe.. ok la.. dorng nak rasa.... jadi ada 4 lagi set tak terjual... hari kedua ni aku sedekah kat orang2 sekeliling dalam masa yang sama promosi supaya dorng2 ni dpt la rasa nasi daging nih.. aku rs agak "nichi" jenis jualan aku ni sbbnya takde lagi Nasi Daging yang di jualkan disekitar lembah klang nih.. so aku amik risiko la untuk jual dan perlukan masa utk individu rasa keenakkan Nasi Daging nih...

Hari ketiga ni, aku tinggal seorang, jadi aku siapkan sup, dalam ertikata lain, segala-galanya aku buat la.. dari sup, air asam dan masak nasi... Tp mcm hari kedua, rasanya not bad, masih seakan-akan sama macam mak aku masak... hari ni aku catit balik apa yang aku masukkan, yang mana takde sukatan tuh.. aku guna sukatan dan catit utk memudahkan aku masak utk esok dah seterusnya...

Hari ketiga nih agak menyedihkan sbb 6 yg aku bawa, satu pun tak terjual.. huhuhu...  tak per la.. adat la berniaga kan, kurang-kurang pun sebulan dua pertama ni hanyalah sessi pengenalan jer kepada sapa2 yang nak try Nasi Daging.. Jadi macam biasa la, aku sedekahkan dekat penduduk sekitar PJS 8~10 nih...

Hari keempat, aku buat 6 set macam tuh, masih sama... hari ni ada sorang makcik datang tuntut tapak gerai yang aku dok niaga sbb dia kata dia dah cop tapak tuh dengan pacak khemah.. hehe.. memang tutup khemah dia dan alih ke tepi, mana taknya, aku dok riki sebulan 2 memang takde orang berniaga, tp alhamdulillah, makcik ni agak positif dan boleh bawa berbincang, dorng nak berniaga start tghhr sampai petang, so aku boleh sambung petang plak.. tak jadi masalah ler.. aku pun offer kat dorng untuk guna khemah aku jer.. khemah baru tu baii... khemah makcik tu dah koyak rabak dah.. hehe..

So abis berbincang, aku bodek la makcik tuh suh rasa Nasi Daging aku nih, dia pun beli la satu untuk rasa. Then datang kawan baik aku, dia pun beli satu untuk wife kesayangan dia... Kemudian Jiran gerai aku nih, gerai nasi ayam berempah order 2, humang aiii... hati aku agak melonjak kegembiraan sbb dah 4 laku... then tiba2 muncul sorang lagi dari belakang gerai nak try, alhamdulillah.. 5 dah laku.. tinggal lagi satu..

Setiap hari, bila aku berniaga start pukul 5 ptg tuh, dlm pukul 6 lbh gitu aku kena tinggalkan jap gerai sbb nak amik wife kesayangan aku kat KTM komuter, lepas amik dia tinggalkan aku kat gerai dan dia akan terus amik Hana. Kebetulan daging dlm flusk aku tu abis, nasi ada lagi 1 set.. air asam dan sup ada beberapa set. So hari ni aku buang masa agak lama, sbb pas amik isteri kesayangan aku tuh, aku follow terus amik hana dan balik amik daging... sesampai di gerai jer, ada sorang mamat dok tunggu nak beli Nasi Daging aku 2 set.. tapi malangnya cuma tinggal 1 set jer lagi..

so hari keempat aku dapat jual abis 6 set, gembira hanya tuhan dan isteri aku jer la yang tahu.. hehehe.. senyum sampai telinga, walaupun cuma 6 set yang terjual, tak la untung banyak mana pun, tp sbb abis dan buatkan aku tak rugi, aku rs seronok ya amat.. so aku plak esok nak jual double.. dr 6 jadi 12...

Hari kelima, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku gandakan set Nasi Daging dari 6 set ke 12 set. pukul 450petang aku dah sampai di tapak gerai, sekali ada plak penguatkuasa MBPJ.. adoi la.. so aku masih selamat sbb blom pasang meja lagi.. jadi terpaksa la aku tunggu MBPJ tuh balik dulu, kalau tak, sure kena sama bro... RM250 plak tuh.. memang agak bernasib baik hari nih..

Hari kelima ni, aku buat lbh kurang 12 set Nasi Daging, tp yang terujual cuma 4 set jer.. so hari ni jadi lagi satu pengajaran, tak perlu teruja sangat kalau abis jual.. hehe.. so aku set mind, kalau 3 kali berturut-turut abis 6 set Nasi Daging, baru aku doublekan.

Hari ke enam aku buat 6 set semula, hari ni cuma laku 3 set dan semuanya orang baru bukan repeat customer.. jadi ok la setakat nih, harap dorng suka dan repeat datang beli dan bgtau kawan2 dorang tentang kesedapan dan keenakkan Nasi Daging Resepi mak aku nih..

Aku harap aku terus berniaga, lepas nih insha allah akan ada lampu, jadinya boleh la berniaga sampai lewat malam sikit.. then next week kalau takde aral maybe aku berniaga kat Mesjid Kelana Jaya.

Hidup bagaikan roda

Salam,
Aku sebenarnya tak pasti apa yang akan aku tulis hari nih. Kalau boleh memang aku nak cuba post blog nih seminggu atleast 3 @ 4 post. Aku nak tulis citer harian aku pun tak berapa nak pandai.. so aku tulis jer la apa yang terlintas dalam fikiran aku nih haa..

Kalau ikut title kat atas tuh, "Hidup bagaikan roda", aku gak setuju dengan kenyataan tersebut. Setiap kejadian for sure ada hikmah di sebaliknya dan aturan yang Allah dah set untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Ada juga aku dengar orang tua-tua bgtau, Allah takkan uji kita kalau kita tak dapat menahan ujian tuh, sebenarnya terpulang pada kita pun kan.

Bila kita pandang balik ke belakang, kita boleh lihat di manakah kita hari ni. Apakah kita sudah berjaya, apakah kita masih di takuk lama atau menurun. Macam aku sendiri, bila pandang kebelakang, aku rs ok dah perjalanan hidup aku, namun hari ini, seriously aku ckp aku berada pada roda yang paling bawah. Namun aku redha dengan keadaan ini. Aku mengambilnya secara positif dan teruskan usaha dengan lebih kuat lagi.

Dalam keadaan sekarang, walaupun aku rs aku berada pada tahap paling bawah dalam hidup, aku amat bersyukur ada seseorang yang berada di belakang aku yang sentiasa support aku. Kalau dah tersungkur, orang yang paling rapat ngan kita tak memahami, fuyyoooo, mara bahaya kata KRU. Alhamdulillah untuk aku, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi mengurniakan seseorang yang amat memahami aku.  Bak kata orang, susah, sama-sama susah, senang sama-sama senang..

Walaupun aku redha dengan keadaan aku skrng, namun aku akan terus bangun dengan segala kudrat yang ada, insha Allah, akan aku usahakan sepenuh kudrat yang Allah pinjam kan kat aku untuk terus bangkit berusaha seterusnya mencapai segala objektif dan matlamat yang aku dah set dalam hidup aku. Perjalanan hidup aku masih panjang. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup aku, isteri dan anak2. Amin amin ya rabbal alamin.

Blackberry internet service - not connected???

Salam,
Ni masih kisah henpon blackbery aku yg dah nak "rakai", lepas aku wipe segala data kat hp aku tuh, then bila cek balik, BIS not connected la plak.. so aku pun google la cara untuk pulihkan keadaan. Sengaja aku masukkan dalam blog ni supaya mudah untuk aku rujuk balik hal yang pernah aku buat, tak perlula nak google semula kan... pandai tak aku? pandai siottttt...

Langkah 1 : Kat Home Screen folder, Klik Option
Langkah 2: Klik Network and Connection > Mobile Connection
Langkah 3: Klik butang Blackberry menu. (butang yang ada logo Blackberry tu ler) > Diagnostics Test
Langkah 4: Klik lagi butang Blackberry > Run
Langkah 5: Klik Accept as Solution. Siap dah..

Seterusnya cek ler korang punya BIS tu not connected atau Connected, kalau connected akan tertulis Connection : WIFI/Network

Aku buat langkah2 di atas, blackberry aku OK, kalau korang buat masih tak OK, kena la cari solution lain kat Mr. google. Setakat ni jer la aku boleh bantu..



Reset Blacberry Bold 3 9780

Salam,
Baru - baru ni aku ada post pasal soft reset Samsung Galaxy tab 10.1 (baca sini) .Hari ni aku nak share plak cemana nak reset Blackberry bold 3 yang aku pakai. mana tak nya, sehari hang 3 4x, dah nak kena cabut bateri.. pastu nak tunggu restart berjanggut.. kalau sakit perut cirit pun boleh terberak dlm suar nak tunggu hp On dulu...
So ni step yang aku buat lah,
Langkah 1 : Backup dulu korang punya data, mcm gambar2 dalam galery, video, document. Semua data yang aku sebut td aku copy jer masuk dlm PC. Macam contact list, browser bookmark, Calender, memos dan WLAN profile aku back up guna app Blackberry Protect.
Gambo atas ni contoh data yang aku back up dari Blackberry protect.
Untuk Wipe sume data, 
Langkah 2 : Pergi ker Option

Langkah 3 : Pilih Security


Langkah 4 : Amik Security Wipe


 Langkah 5 : seterusnya tick semua check box mcm kat bawah nih, then taip Blackberry then Klik Wipe.


Langkah 6 : setelah blackberry men"delete" dan men"reset" dlm masa 3~10minit, sume akan jadi macam hp yang masih "virgin" dan baru dibeli. Seterusnya restore balik la segala yang korang backup guna Blackberry Protect td.

Itu jer la stepnya.. amat lah mudah..sekarang blackberry aku dah tak hang dan tak perlu nak restart 3 @ 4x sehari.. selamat mencuba ye...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.