Post pertama! moga ini bukan yang terakhir

Salam,
Ni pos pertama aku, tak tau pun apa nak tulis sbb aku bukan kaki tulis pung.. sebenarnya dah ada beberapa blog yang aku create tp separuh jalan jer.. tak tau nak tulis dan rs mcm tak suka nak share hal2 diri aku. Tp kali ni aku try jer la tulis apa2 yang tersirat di hati aku, apa2 yang aku fikir.. dengan niat aku akan baca balik segala apa yang tersirat atau apa yang aku impikan dalam hidup ni.
Mungkin dalam blog ni aku nak ceritakan hal2 family, kisah kasih sayang seorang isteri, kisah keletah anak-anak, kisah bermulanya bisnes aku yang tak pasti hangat-hangat tahi ayam pandu atau apa.. semua akan aku ceritakan. Mungkin aku boleh cerita cemana aku nak mulakan bisnes dr zero, sekurang2nya kalau aku berjaya satu hari nanti, ada benda yang boleh jadikan satu tauladan atau di contohi.
ermm.. pasal diri aku kot utk pos pertama nih, nama di beri Ed*y Wij*y*, sengaja aku letak '*' sbb aku taknak kalau orng google nama aku jumpa lak blog nih.. hehehe.. abis wat apa wat blog kalau tak nak bg orang baca... ntah ler bro.. suka ati aku la kan..
Aku ada seorang isteri yang amat aku sayangi dan kagumi, (jiwang la plak nih) aku memang sayang giler kat minah nih sepenuh jiwa raga aku. segalanya cukup sempurna Allah jadikan dia milik aku. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas pemberian ini. Aku boleh share segalanya dengan minah nih, isteri aku la tuh.. dia sentiasa berada di belakang aku bila aku susah, sentiasa membantu aku tanpa sebarang alasan. aku sentiasa doakan yang terbaik buat istri aku sorang nih.. moga Allah sentiasa memuliakan dia dan sentiasa di murahkan rezeki.
Aku ada 4 orang anak, 3 orang hero, seorang heroin, pada hari aku tulis post pertama nih, masing-masing berumur 11thn, 8thn, 6 thn, dan 6 bulan. Kesemuanya adalah buah hati pengarang jantung, akan aku jaga mereka sebaiknya.
Matlamat hidup aku yang pertama cukup mudah, aku nak bebas dari segala utang, bukanlah nak mewah sangat namun yang utama adalah zero utang melainkan utang2 yang perlu mcm utang beli keta dan umah.. lain2 yilek.. moga aku dapat capai matlamat tersebut dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang. kedua aku nak kumpul sekurang-kurangnya half million(500k) dalam akaun bila aku umur 50 tahun, so aku ada dlm 15 tahun untuk capai matlamat tersebut. Kalau dapat lebih lagi bestkan.. makan duit dividen jer.. masuk dalam unit trust, boleh dapat 8% ke 15%.. bygkan korang ada sejuta... kalau 10% pun, setahun korang ada 100k..syok tak.. makan duit dividen jer.. best.. best..
Sekarang umur aku 35 tahun, sekolah menengah aku belajar di Teknik Ipoh, then aku lanjutkan pelajaran kat UM dalam jurusan Elektrikal. Tahun 2000 aku graduate, aku join NEC Machinery selama 7 tahun sebagai Software Design Engineer (Jurutera Perisian dlm bahasa kita), then tahun 2007 aku masuk WesternD, selama 5 tahun sampai la aku kuar dari westernD tahun 2012 dan sampai sekarng aku wat kerja sendiri, setakat nih, hidup aku masih berbajet2 setiap bulan.. huhuhu. .sian aku dan wife terutamanya. Tak per la, aku percaya Allah dah tetapkan rezeki masing2, cuma perlukan usaha yang gigih dan kuat.
Aku rasa cukup la dulu 1st post aku berkenaan dengan latar belakang aku yang tak seberapa. nnt aku akan citerkan sikit2 setiap orang2 yang aku sayang dalam hidup ini yang sentiasa menjadi sumber inspirasi untuk aku tetap dan bulatkan matlamat aku tersebut.. In Shaa Allah... moga segalanya akan tercapai.. aminnnn!!

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.