Tempat Kelapan di Austria - Kufstein

Salam all,


Boleh nampak fortress Kufstein di atas bukit dalam gambo ni

Walaupun dah balik Mesia dalam 2 minggu, aku masih nak update 2 lagi tempat kunjungan kami yang menarik di Austria. Boleh kata kisah sebulan lepas lah kot. Tak per lah.. better late than never kan.. berbalik kepada tujuan blog ni di hasilkan adalah untuk mencoretkan kisah-kisah menarik dalam hidup. lepas sepuluh tahun kalau di singkap balik blog ni, memang seronok membaca kisah2 lama2 yang menjadi kenangan terindah.

Berbalik kisah di Austria, lepas balik dari Munich Germani, kitaorang singgah di festung/Fortress yang agak besar di Kufstein kira-kira 25km dari Radfeld/Kramsach. Kalau dari Munich memang akan jumpa susur keluar ke Kufstein ni.

Di sebab kan masih awal lagi, sempatlah kami singgah. Tempat ni tutup pada pukul 6.30 petang. Sempat la naik ke Fortress dan masuk galery dan lihat apa-apa yang patut.

Bila dah keluar dari susur keluar, kami singgah di Mpreis untuk mencari baju isteri . Di sebabkan dia pakai baju yang agak tebal, jadinya tak berapa sesuai dengan cuaca kerana agak panas suhu dalam 25 darjah celsius. Ye lah, plan asal nak ke Hallstat naik ferry dan menikmati keindahan alam di atas gunung, di jangkakan suhu kurang 15 darjah celsius, namun tukar plan di saat akhir dan ke Munich dan seterusnya singgah di Kufstein.

Dalam pukul 4.30 macam tuh kami dapat masuk ke dalam Fortress tersebut. Agak menarik kerana kita perlu naik gondola macam cable car naik ke Bukit bendera, cumanya ketinggaan ke Fortress ni rasanya tak sampai 200m.
Cable car yang perlu di naiki untuk ke Fortress


 Sempat lah kami lihat keadaan dalam fortress, dan seperti tempat istana raja dan ada ruangan pusat tahanan seperti lokap. dalam sejam lebih juga kami mengambil masa untuk meninjau keseluruhan temapt ni, ada juga galeri yang menempatkan tulang-tulang haiwan dan juga haiwan yang di bekukan.






Ruangan galeri, agak luas dan teratur

Antara barangan yang di pamerkan


Permandangan kufstein dari atas fortress




Binantang yang di awet pun ada dalam ni tapi tak banyak



Sebelum balik, sempat lah singgah di kedai cendera mata membeli beberapa keychain dan fridge magnet untuk kenangan berada di Kufstein. Perjalanan balik hanya mengambil masa kira-kira dalam 20 minit sahaja.
Ini di kawasan pekan Kufstein, senibina di Austria ni lebih kurang saja. memang cantik

Ada pernampakan di situ


Plan esoknya untuk ke Innsbruck dan naik ke puncak innbruck dan ronda-ronda di sana seterusnya memulangkan kereta sewa.

End

Next:innbruck!!

Tempat Ketujuh Di Germani - Munich

Salam,

Pada 31hb Ogos, Sabtu. Plan asalnya nak ke Hallstatt. Hallstatt ni terletak kira-kira 200 lebih kilometer dari tempat penginapan kami. Kalau bawa kereta, memerlukan kira-kira 2jam setengah ke 3jam perjalanan.

Jadinya pada hari Sabtu, pukul 6 pagi kitaorang dah bersiap-siap untuk bertolak memandangkan perjalanan lebih 2jam dan hampir 3jam. Kalau keluar pukul 7 jangkaan sampai mungkin pukul 10pg. Kalau boleh sampai awal di area sana.

Selepas breakfast, dalam pukul 7 lebih kitaorang dah turun untuk ke Hallstatt, bila dah masuk highway, mula nak berubah fikiran. Aku bertanya kat isteri, kita nak ke Hallstatt ke nak ke Munich. Kalau ke Munich dalam 100km lebih, perjalanan mengambil masa 1jam lebih.

Isteri cakap tak kisah, ke Munich pun ok juga. Memandangkan perbelanjaan kami dah banyak, kalau ke Hallstatt, pun nak kena spend banyak juga untuk tiket itu dan ini, jadi kami bertukar fikiran untuk ke Munich. Walaupun takde plan nak kemana, kami teruskan juga ke Munich. Sampai sana nanti baru lah cari kemana nak pergi.

Itu lah dia kami laki bini, memang rileks jer buat keputusaan. Bila berjalan macam ni memang kami takde masalah, sentiasa bersatu hati. Kalau ada yang tak kena pun, kita rileks saja, amik semua yang positif. yang penting happy.

Memang agak awal kami sampai Munich, dan agak kelam kabut sebab access internet takde untuk kami search. Dan kami cuba untuk cari bandar Munich pun macam sesat juga pada awalnya. Jadi kami pusing jer lah , lalu kawasan-kawasan kedai incase ada kedai yang buka untuk kami berhenti minum kopi dan dapat access internet untuk search kemana boleh pergi.

Beberepa memek muka.. ayu, sopan... gatai, menggoda.. ekekeke, geram plak tgk..

Pusing punya pusing , jumpa la satu kedai untuk kami berhenti minum dan pekena roti. Dan ada wifi untuk kami guna. Aku pun sempat juga la "membuang".. lama tahan weeiii.. bila dah ada wifi, sambil menghirup kopi panas, boleh la cari tempat-tempat yang menarik boleh pergi, aku pula sempat download peta di Apps Sygic, Sygic ni macam google map, boleh guna tanpa internet, tetapi kena download map kawasan yang kita nak pergi. Sebelum ni cuma download peta Austria saja. Germani takde dalam plan nak lawat jadinya takde ler download.

Lepas dah dapat semuanya, tempat kami pergi adalah Old Town & Viktualienmarkt City Walk. Kat sana ada juga macam museum dan kebanyakan nya gereja-gereja lama. Bila dah sampai di area Munich ni, memang agak berbeza senibina di sini dan di Austria, kami rasa beruntung juga lah dapat sampai ke Munich ni. Melihat keindahan senibina di sekitar Old Town nih. Sempat juga lah ke Hard Rock Cafe untuk beli baju selai untuk aku dan untuk Jijoi.

Kena saman 10Eur sbb tak boleh parking. untuk motosikal je




Apa anak dara dok bincang ngan mommy tuh..





Sayangnya dia... love you darling..






















Di sebabkan tempat ni unplan, jadi kami tak dapat nak aturkan tempat-tempat lain yang best. Lepas Old Town & Viktualienmarkt City Walk, kami ke BMW Museum & Galeri. Memang agak luas juga muzium dia nih. Nak masuk kena plak 10Eur sorang. Masih ok lagi lah. selesai pusing tgk segala jenis model-model BMW sejak pengeluaran awal kereta-kereta diorang. Untuk Hana, dia bosan ler.. hihihi..








Lepas BMW dah pukul 1 lebih, kitaorang plan untuk cari makan, survey  la kedai makan islam kat area Munich tuh, jumpa la kedai iran/parsi, Shandiz Restaurant, nasi arab. Aku pekena nasi arab Lamb Shank, isteri aku ambil ayam . Fuh, portion dorang memang agak besar, abis plak tu kami berdua makan.. memang sedap dan kekenyangan. Memang recomended.. sedap baq hang....
Aku order  teh, dia bagi satu teko kecik, boleh  la minum dlm 3 4 cawan. Kalau beli satu share pun ok. Cuma isteri aku amik air lain untuk minum dengan Anak dara.
(boleh google : Restaurant Shandiz, Dachauer Straße, Munich, Germany)


Lamb Shank.. padu woo.. daging lembut elot.. nasi pun syok... yummiee

Ini pun best, ayam masak apa ntah.. ekekek.. tp best.

Lepas Makan baru nak ke English Garden, tak jauh sangat, dalam beberapa km jer. Bila masuk area garden tuh, aku dan isteri macam dah keletihan dan kepanasan.. cuaca sini agak panas dari biasa.. Jadi kami tak turun pun kereta, sekadar lalu lepas tuh terus gerak balik. Lepas ni plan nak singgah Fotress Kufstein (festung kufstein) on the way balik. Fotress ni antara yang menarik juga untuk di lawati. Akan di masukkan di entri seterusnya.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.