Buffet Ramadan satu keluarga 2019

Salam,

Aku terlepas cerita pasal buffet Ramadan bersama keluarga untuk tahun nih. Kena tulis sebagai rujukan untuk tahun depan plak kan.. hihihi..


Sebenarnya, kitaorang ke buffet Ramadan ni sebaik balik dari Kampung Sg Dendang hari tuh.. sampai rumah dalam pukul 1 lbh tghhri terus survey buffet Ramadan. Alhamdulillah, dapat la yang murah area bukit jelutong.

Buffet ni memang murah bukan under hotel la.. kalau under hotel kebanyakan yang kitaorang call semua dah fully book pun. Yang ni pun kira ok la juga.. RM45 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak2,

Lokasi kat Plaza Jelutong, yang arrange biasanya yang buat pakej perkahwinan.. kira ok juga la makanan dia.. tak la gah sangat.. aku rasa berbaloi juga dengan harga. Tp nak compare dengan Buffet yang kitaorang g kat IDCC Shah Alam tahun lepas lebih best kot.. konsep yang hampir sama jer.. Tp lebih meriah dengan DJ dan live band

Menu memang menu kampung, termasuk Kambing bakar, sate, lauk pauk pun agak banyak juga, Ketam, udang, daging, ayam, Nasi Briani kambing, char kuey teow. Agak puas hari lah bila makan.. Tempat ni, yang best, lepas semua dah siap makan, kita boleh tapau bawa balik.. diorang sediakan plastik untuk bungkus.

Pada aku kalau buffet ni boleh pergi lagi bekeluarga, harga agak berpatutan dengan makanan yang di tawarkan. Tp untuk tahun depan kalau ada bajet extra, aku akan cari tempat lain yang lebih meriah kot. kalau hotel yang sampai RM100++ pada aku dah tak berbaloi dah. mahal sangat dengan makanan yang kita mampu makan pun.. bukan apa, anak-anak memang suka dan berselera dengan buffet.. itu yang aku cuba bawa juga dorang mkn buffet ramadan ni.

Kami anak beranak

Bersedia untuk menyerang..

Kambing bakar dulu kita sapu..

Ini bahagian mee/kueyteow celup.. ada juga dim sum

Bahagian kueh mueh.. 

Semua jenis kari aku sapu.. ketam udangm sotong, lala.. syok nih..

Penuh satu meja anak beranak makan.. apa2 pun jangan membazir.

Selamat menjamu selera.. Teh tarik pun syok tuh..

Dah nampak keboroian di situ.. walaupun pose dah nak masuk 3 minggu

Nasi briani kambing.. sedap gak nih..

Yong Tau fu pun ada.. satay dia.. kureng sikit.. tak berapa syok


Zasss.. clear semua... 

Finale.... ais krim sebagai pencuci mulut...

Berbuka Nasi tomato Ramadhan ke 20

Salam,

Hari ni aku minta isteri kesayangan aku masak kan nasi tomato untuk berbuka. Sebabnya kitaorang plan nak berbuka kat rumah Oman. Jadi untuk makan berat, nasi tomato terbaek lah.. tak payah la nak g ke param. Lagi pun kat umah oman, Zati masih dalam pantang, Ira dan anak2.. takde sapa yang nak masak.. masak biasa2 ok la kan..

Awal pagi aku dan isteri dah keluar rumah untuk servis kereta estima sebab dah cukup mileage. Pukul 10 pagi dah terpacak kat depan kedai di USJ one, tempat biasa kitaorang servis. Datang awal bagus, takde orang, jadi dorang boleh concentrate kat keta kita jer.

Tukar minyak itam, oil filter, air filter, spark plug.. lampu reverse.. sekali nak bayar kena RM375.. terkentut jap aku terkejut.. mak ai.. apahal mahal sgt.. minyak itam dah beli sendiri RM150 brand shell semi syntetic. Rupa-rupanya spark plug mahal wooo.. RM60 sebijik.. kali 4 tgk..dah 240.. patut ler.. upah labour baru rm40 jer.. consider ok lah.. spark plug last servis memang aku takde tukar.. yang kali ni dah teruk sangat katanya...

Seusai servis kereta, kitaorang singgah Mydin. Syok g mydin berdua, kebetulan pagi tadi Hana tak nak ikut, masih terbungkang tdo.. so dia tinggal la dengan abang2 kat rumah.. baru la aku dan isteri boleh shopping barang dapur dengan senang lenang tanpa gangguan.. kena cepat gak sebabnya nak masak nasi tomato kan.. kang tak sempat plak..

lama juga kat mydin, tgk2 jam dah dekat pukul 1 tghhri.. jalan nak balik plak jem.. adoi ler... balik dari mydin, terus ke Kedai Seri Pagi nak beli ayam sekor. beli kat situ cepat sikit nak potong sumer.. kalau beli kat mydin, ramai dok Que.

Sampai rumah terus start memasak.. tung tang tung tang.... nasi tomato, ayam masak merah, acar timun, dalca terung... kat pukul 4 lebih gak siap sume.. sekali nasi plak mentah... ekekekek.. tp rileks jer lah... kuarkan dari periuk,, kukus.. settle.. hihihi..

Pukul 5 aku antar aiman n kawan2 ke bukit lanchong kat monster grill untuk berbuka. Tunggu kawan dia apa sumer.. 5.30 baru gerak.. aku patah balik dah pukul 6.15 mcm tuh.. terus gerak ke rumah Oman.

Sampai USJ pun dah kat kul 7.. cantik lah tuh.. siap2 untuk berbuka sume, ada macam-macam juga la, ira ada buat puding biskut caramel.. ada sagu gula melaka untuk pencuci mulut. dari rumah aku, nasi tomato ngan agar-agar gula merah.. Ira & aje ada beli air soya kat pasar ramadan.. cung... alhamdulillah.

Dah siap berbuka semua... kitaorang nak ke PKNS, isteri aku nak cari kuih raya, ajak la ira sekali.. katanya nak cari baju dia dan anak2... apa lagi.. terus ke PKNS... humang aii.. malam minggu kot.. ramai orang wooo...

Dalam pukul 11 lebih kot baru balik dr PKNS. Malam ni Ira dan anak-anak tdo kat rumah aku...

End cerita satu hari di Hari sabtu.. memang pack hari nih... walaupun pack, hari yang memang aku cukup ceria, berbunga-bunga perasaan dalaman.. hasil layanan isteri malam sebelumnya.. hihihihihi...

Campuran tumisan nasi tomato 

Dalca timun

Ayam masak merah dlm kuali

Family isteri.. di USJ

Ira dan keluarga balik dari Sarawak

Hana tak nak dok depan makanan.. lapar katanya.. hari ni dia puasa.






Berpuasa di Kampung Sg Dendang di hujung minggu

Salam,

Berpuasa di kampung memang cukup terasa keseronokan dia.. dari bermulanya sahur.. sampai lah berbuka.. memang best dan nikmat sebab dapat makan makanan yang best air tangan mak kan..

Aku sampai kampung tengah malam hari jumaat.. kira nak masuk hari sabtu lah.. Sabtu dah bersahur kat kg.. biasa tak makan banyak.. di kampug bersahur jadi cukup selera walaupun masakan biasa-biasa saja.. puas makan... Bersahur kali ni keluarga aku dan keluarga adik daus jer yang ada.. bangcik, kakak n dik bri masih belum balik.

Sempat lah isteri kesayangan aku tu belajar buat kuih masalodeh.. aku suka kuih ni. katanya mudah jer mak ajar.. nanti balik boleh buat lah.. Laksa jer dia masih lom pernah buat lagi... aihh.. bila la nak merasa Laksa air tangan isteri ni... ekekekeke..

Berbuka Sabtu pun agak best, aku ke Bazar ramadhan selama untuk cari air tebu dengan asam pedas keladi untuk makan dengan nasi ulam.. nasik ulam utara ni lain sikit.. berbanding nasi kerabu.. ada kenikmatan masing2 lah bila di jamah.

Bersahur hari Ahad lebih happening sebab makin ramai yang ada.. makin berselera perut aku nak makan... best... berbuka hari ni (Ahad), kesemua keluarga aku ada bersama.. alhamdulillah, dari mak ,abah, aku yang sulong, bangcik , kakak adik Daus, adik Bry , adik Ali adik Fiqah.. semua.. memang meriah wooo..

Lepas berbuka, dan solat, start menghidupkan api untuk bakar kerang dan ayam yang dah di marinate kan siang tadi.. kerang sampai 10 kg oi.. memang kenyang la.. kalau makan sorang banyak tuh.. mau cirit seminggu tuh.. ekekekek..

Cukup happy dan seronok moment dari mula berbuka sampai lah abis membakar.. Pakcik, paktam Pani antara sedara yang datang memeriahkan aktiviti BBQ kitaorang adik beradik.. dengan anak2 sibuk dengan bunga api dan mercun... Allah, seronoknya... semoga keluarga besar ini sentiasa di lindungi yang Esa.

Ke Bazar Ramadhan Selama cari air tebu

Persiapan berbuka pada Sabtu.. ni baru separuh jer..

Berbuka time.. Sabtu

Berbuka time.. Ahad.. pasni berBBQ plak kiter

Menu Nasi Daging Maverles air tangan Mak tersayang

Cakar ayam + masalodeh.. isteri pun dah belajar resepi tuh.. cunn

Tudia isteri ku tersayang... rajin kan dia... 

10kg kerang in the house!!!

Start pelekat api untuk aktiviti BBQ

Separuh kerang di bakar.. lagi separuh di rebus

Mandur berbaju itam.. tengok saja...

Masih tengok saja.. ekekekeke



Siap semua... ready to eat

Ramai sedara mara yang ada.. paktam, pakcik..

Geng-geng kami.. pani pun ada


Balik ke Kampung Sungai Dendang Ramadhan 2019

Salam,

Tahun ni, 2019 Raya Aidilfitri balik Klate, Raya Aidil Adha nanti baru balik ke Kg aku plak. Jadi, setiap kali tahun balik raya ke Klate, kitaorang akan cari satu masa untuk balik berbuka puasa bersama mak, abah dan adik2 tersayang. Ada la aktiviti yang biasa buat.. "Mengerang".. lain macam bunyi kan.. jgn salah sangka.. itu saja aku letak je.. maksud aku kat situ.. membakar kerang..

Kebetulan dalam bulan pose ni, ada cuti hari Isnin dan Rabu, kalau ambil hari Selasa sehari, dah dapat dlm 5 hari cuti straight. Tp malangnya aku tak amik pun cuti selasa sebabnya anak2 masih ada yang exam selasa tuh.. Haziq pun nak balik Asrama plak.. jadi agak leceh... so aku dan keluarga bercadang balik dr Jumaat malam sampai Isnin jer la.. jadi lah 3 malam berada di Kampung...

Hari Jumaat tuh, pukul 4.30 petang aku dah gerak balik dr Ofis. Isteri dan anak2 semua dah ready.. Daniel dalam 5 lbh baru balik dari sekolah agama.. so bajet dalam 5.30 ~ 5.45 petang dah boleh gerak ke Klang ,amik Haziq kat asrama..

Keluar rumah pukul 5.45 gtu, amik anak2, terus ke Klang.. sekali tgk waze.. nohhhh haiihhhh.... kul 7 baru sampai Klang.. apa ke hal plak..rupanya Jem teruk sepanjang perjalanan. Sampai asrama Haziq pukul 7, Haziq dah ready menunggu. Terus gerak ke Highway dari Klang, masuk ikut Bukit Raja.

Kebetulan Firdaus sefamily pun dah on the way balik kg. Dorang gerak dalam pukul 4 ke 5 ptg.. asalnya kata nak gerak lepas berbuka.. tp sebab Daus dapat masuk kerja awal.. balik pukul 3 ptg.. gerak terus la kot kan..

Atas Highway pun agak banyak kereta.. kitaorang dah berenti untuk berbuka pun. Isteri aku dah buat puding jagung untuk berbuka.. then ada beli air kotak Laici.. So masa berbuka.. kitaorang beralas perut saja.. lagi pun time berbuka singgah R&R.. masak juga tuh.. mesti penuh...

Dalam pukul 9 lbh, sampai Tapah, kitaorang singgah R&R Tapah, ada makan nasi lemak, nasi ayam, aku makan mee Kari. Firdaus pun singgah Tapah. Lepas makan dalam 10 lbh, kitaorang gerak bersama balik ke Kampung..

Dalam pukul 12.30 dah sampai kampung.. alhamdulillah... Walaupun banyak kereta dan lori.. perjalanan agak smooth juga lah..





Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.