UKSBP untuk Haziq Syazwan di Sek Sains Alam Shah

Salam semua,

Hari ni 13 Dis 2017 aku bw Haziq menduduki ujian kemasukan Sekolah Berasrama Penuh kat Sek Sains Alam Shah Kuala lumpur. Sesi start 8.30 - 10pg. Tp di kehendaki datang 45 minit awal.

So hari ni awal dr biasa aku bangun, buat bekpas hotdog ngan telur scramble , mkn ngan roti. Simple. Isteri tidor pukul 3pg sbb ada trening ngan orang US. malas nak kacau dia tdo.. so aku buat sendiri.. Haziq je, then Daniel nak ikut.. ok la..

Pukul 655pg dah keluar rumah, tgk waze dalam 20 minit jer.. ok la.. jadinya dalam pukul 715pg dah ada kat sekolah Alam Shah, jenuh juga nak mencari tempat pendaftaran.. Apa yang perlu bw, cuma surat panggilan yang di print dari website dan kad pengenalan.. lepas tu dorang akan bagi surat arahan beserta nombor kecik, nombor tu nnt nak guna kat PC mana nanti.. Pukul 8pg ada taklimat. 8.30pg start.

Lepas tu aku bw daniel keluar jap, cari ATM, dlm wallet ada rm2 jer.. nak mengeteh pagi pun tak cukup.. ekekek.. pastu masuk sekolah semula.. beli la kuih n teh tarik.. daniel minum milo panas.. kat kantin sambil tengok cerita kat HBO minority report.. ralit juga..

Dalam 9.30pg sekali mak Danish bgtau budak2 dah keluar... aikk.. cepat juga.. tanya Haziq, katanya ok jer.. ekekek.. ntah betul ke tidak.. rasa ok kot. .sbb pengetahuan AM jer..Haziq punya pengatahuan am agak ok juga..

Sebenarnya budak-budak ni di uji berdasarkan
  1. Kecerdasan emosi (EQ)
  2. Kecerdasan Intelektual (IQ)
  3. Aspek Kerohanian (SQ)
  4. Kemahiran Sosial (SSQ)
  5. Tahap pengetahuan am.

Ujian dalam komputer, 50 soalan objektif ABCD. Masa sejam 30 minit. Score berdasarkan paling tepat dan betul.

** mana-mana calon TMUA(Ulul Albab) perlu menduduki ujian saringan hafazan pulak lepas selesaai UKSBP.


Antara contoh soalan-soalan UKSBP,
  • nama negeri
  • IQ matematik
  • kalau barang rosak apa perlu kita buat
  • Apa perasan kalau kena buli
  • apa perlu buat kalau barang kena curi
  • nama tempat
  • nama bangunan
  • nama aplikasi dalam phone
  • siapa cipta facebook
  • ada berapa wilayah di Malaysia
  • Tioman terletak di mana
  • siapa bapa pembangunan Malaysia
  • Kalau jumpa duit hilang, buat apa
  • kalau nampak budak tahun 1 menangis sebab duit hilang buat apa
  • kalau nampak bendera jatuh buat apa
  • kalau ada kawan kena buli dengan pelajar tingkatan 5 apa patut buat
  • Nama alat menyukat air
  • kalau budak2 sekitar perumahan kita suka melepak sampai tengah malam apa perlu buat.
  • Nama tasik buatan terbesar di terengganu
  • kalau senior tak solat apa perlu buat, ajak solat, nasihat, beritahu guru, biarkan


Itu yang orang-orang share.. boleh la jadi panduan. Kalau tak tahu, tembak jer la kan.. ada ABCD.. jangan guna dadu sudah lerr..












Cuti 3 hari yang cukup puas

Salam,
Hari ni aku rajin nak tulis plak, bukan apa.. baru lepas cuti 3 hari dari Sabtu sampai Isnin. Walaupun 3 hari dan tak ber"vacation" cuma sekadar berjalan sekitar KL, mkn apa yang rasa nak makan.. fuh.. cukup memuaskan hati.. rasa mcm lama cuti.

Tp sayangnya anak-anak jantan follow mama dorng ke Melaka sbb perkahwinan Paksu dorng.. Jadi aku bersama Isteri dan Hana Darina saja.. kalau tgk entri aku sebelum nih... pergi Bird park, mandi kat 3K, dan ahad kitaorang ke OneUtama jalan-jalan dari start 10pg kot.. breakfast kat Teh Tarik Palace, nak kena roti canai.. sedap kata isteri kesayangan aku.. aku bw jer la.. terus ronda sana.. ada plak function kat tengah tuh..

Ada Beberapa character cartoon, Omar dan Hana, pinkHong, ben 10.. mcm2 lagi lah.. sampai la pukul 2 lbh.. pekena makanan jepun Teppayaki Express.. kat 2 tahun kot tak makan sini sbbnya last makan masa Hari wilayah 2 tahun lepas isteri aku kena keracunan makanan yang agak kronik kot... semalam baru mkn semula.. Terus terang aku ckp, rasa macam kurang "kick" dari sebelum nih.. ntah ler.. abis juga kat RM50 mkn.

Keluar dari OneUtama kat kul 4 gitu.. lama juga lah.. terus balik rumah, lepak jap.. terlelap.. memang best.. malam malas nak keluar makan.. Oman call ckp nak datang, nak beli mknn kat pasar malam.. apa lagi.. order laksa la kitaorng laki bini... mlm tuh mkn laksa pasar malam.. memang sedap laksa nih..

Isnin memang takde plan nak g mana, Aiman datang rumah nak g pyramid tgk wayang ngan kawan dia, ashraf.. aku ngan isteri lepak rumah layan TV jer.. sambil aku update blog.. tiba-tiba rajin plak... petang sikit Azam call ajak lepak minum. kitaorang ok jer la sbb lama tak jumpa Maliq. So kul 4 kitaorang tala ke Main Place kat subang jaya.. pekena Mr Roti canai.. ok juga la . Kopitiam style.

Balik dari Main place, isteri aku goreng mihun.. padu.. memang sedap kena plak dengan sambal kicap.. kena 2 pinggan.. syok.. lepas tuh lepak layan citer 'Mother'.. tinggi sangat imaginasi producer.. terus tak faham jalan citer.. ekekekek.. mmg pelik jalan citer.. pelakon agak best, ada jenifer Lawrence. tak tau berapa bintang nak bg.. maybe satu jer kot.. ekekekek...

Masa aku tulis entri ni, aku seriously rasa seronok dan puas berhujung minggu 3 hari cuti.. jalan jalan, makan, project.. semua memberi kepuasan yang maximum.. pagi2 nak g kerja pun senyum sampai telinga.. Alhamdulillah ya Allah!!!

Seriously aku suka gambo nih..

Ni masa lepak minum petang kat Mr Roti Canai @ Main Place.



Berenang di Kompleks 3K SS13

Salam semua,
Entri kali ni nak citer sikit pasal Kompleks 3K SS13 Subang Jaya. Bagus juga ada Kompleks kemudahan kemasyarakatan ni. Aku ada juga check sebelum ni kot nak bawa Hana Darina berenang, cuma sabtu lepas baru berkesempatan nak g try.

Sabtu lepas, petang selepas balik dari Bird Park, aku bw Hana Berenang kat Kompleks 3K nih. Balik dari makan, singgah sekejap untuk ushar apa-apa pendaftaran dan bayaran yang perlu di samping tengok sekali sesi berenang.. sebab mana-mana kemudahan kolam renang ni, dorang ada sessi yg kita kena follow.

Kompleks ni agak luas, mcm2 sports boleh main kat sini, aku cuma lebih tertumpu nak guna swimming pool jer. Untuk guna kemudahan, kita kena daftar dan dapatkan reload kad dia. Pendaftaran dan kad baru kena byr rm10 + RM5 topup. Korang tak perlu register utk 6 kad utk 6 orang sefamily.. berapa banyak nak kena daftar tuh.. rm15x6 dah RM90.. byk kan... itu yang aku fikir mula2.. rupanya.. satu kad boleh kongsi asalkan topup ada.. Cuma better ada utk dewasa dan 1 kanak2 sebabnya.. kalau kita swipe kad dewasa utk kanak, akan rugi seringgit lah..

So aku keluarkan RM15.60 untuk pendaftaran. mana datang 60sen tuh.. itu lah GST.. then aku topup rm10.. ada la rm15 topup... kali ni aku register satu kad jer.. jadi utk masuk swimming pool hari minggu, dewasa kena RM4 dan kanak kena RM3.. tp sebab aku register 1 kad dewasa.. jadi tolak 2 kepala utk dewasa lah.. RM8.. masih berbaloi lagi.. next time aku akan register 1 kad utk kanak-kanak plak.. jadi kalau Hana dan Daniel nak masuk.. guna kad kanak2.. jimat la sikit..

Aku takde amik banyak gambo sbbnya bateri nak kong dah.. ye lah dari pagi dok amik gambo kat Bird Park tuh.. kalau aku g lagi 3K tuh aku amik gambo keliling..












KL Bird Park 2017

Salam,
Entri kali ni aku nak citer pasal jalan-jalan cuti sekolah ke KL Bird Park Kuala Lumpur. Korang tau ke kat mana? dekat area Taman Tasik Perdana sana nun. Dulu masa nak buat baju bertunang, aku dan isteri ada ke situ.. cuma lepak depan entrance jer.. amik2 gambo.. tak masuk.. masa tu pakai baju kuning.. ada kot aku share gambo tu.. agak seksi juga la.. so aku tak mo share la sini sbb aku nak citer yang jadi hari Sabtu lepas.

Kitaorang sampai awal juga, dalam pukul 10pg lebih lepas bersarapan lewat kat Maliki. Tiket masuk pun harga ok.. RM27 untuk dewasa dan rm13 untuk kanak. Kalau korang ada Jusco Card, Popular atau Kad Watson dapat la diskaun rm5.. macam aku dan isteri guna kad Popular dan Watson..apa yang aku nampak.. satu kad utk satu tiket saja.. bukan untuk semua..

Pada aku agak berbaloi masuk dalam ni bw anak-anak.. berbaloi dengan apa yang kita bayar.. burung-burung agak banyak dan agak jinak .. ada yang di lepaskan saja.. ada yang berada di dalam sangkar.. tp kebanyakannya semua di lepaskan.. sbb kita sendiri pun memang masuk dalam satu sangkar yang besar...

Kalau rajin boleh tunggu feeding time, animal show.. boleh check waktu dia.. Kitaorang sempat juga tengok animal show, pukul 12.30pm.. enjoy juga 30 minit show.. memang burung-burung tersebut terlatih.. terpegun juga aku tgk.. cemana agaknya dorng ni ajar..

Selebihnya korang tgk jer la photo-photo aku kat bawah... hihihi..


























Cara Daftar Portal MyASNB untuk semak penyata

Salam,

Sebab aku baru jer buat sementar tadi.. ni aku nak share cemana nak daftar portal MyASNB. Apa gunanya? untuk semak baki, kemaskini profil dan juga menambah pelaburan.. untuk pengeluaran masih kena ke kaunter bank yang boleh buat transaksi ASNB. Setahun lebih sudah portal nih.. tp aku jer baru nak register. Ujung bulab Jun 2017 dorang lancarkan.

Pertama #1
Update No hanphone kat mana-mana kaunter bank yang boleh buat transaksi ASNB. Mudah!! macam aku td, aku ke CIMB bank.. amik nombor.. sampai kat kaunter, bg kad pengenalan, pastu teller akan tanya no phone... update.. dia print document pengesahan, check dan sain.. settle. (Lain bank mungkin ada kena isi borang.)

Kedua #2
Pergi ke portal  https://www.myasnb.com.my/
Klik pada "Daftar di sini".


Ketiga #3
Sila baca nota/arahan dan klik "TERUSKAN"



Keempat #4
Klik pada kotak yang disediakan, klik “SETUJU”

Kelima #5
Klik maklumat asas yang diperlukan seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani (walaupun langgan banyak produk ASNB, hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini). Klik “SETERUSNYA”

Keenam #6
Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC. Klik pada “PERMINTAAN TAC”. Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Isi nombor TAC yang diberi. Klik “SETERUSNYA”

Ketujuh #7
Sekarang, masukkan maklumat pendaftaran. Isikan ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat emel dan frasa rahsia. Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan. Klik “TAMAT”


Kelapan #8
Sekarang anda dah berjaya daftar portal MyASNB. Password sementara akan diberikan. Sila salin (copy) terlebih dahulu password sementara yang diberikan. Klik “LOG MASUK”

Kesembilan #9
Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik “TERUSKAN”

Kesepuluh #10
Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan. Pastikan sama. Masukkan password sementara yang diberikan. Klik “TERUSKAN”

Kesebelas #11
Anda dikehendaki menukar password sementara yang diberi kepada password pilihan anda sendiri. Pastikan password tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan.



Selepas kemaskini password, anda dah siap daftar portal MyASNB.

Untuk mula guna portal MyASNB, bolehlah LOG MASUK menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.

Settle!!!

Amboi.. Sedar- sedar dah nak penghujung tahun dah

Salam semua,

Mana la pergi aku punya semangat nak tulis blog nih.. bajet seminggu atleast ada 1 2 post ok dah.. nampaknya last aku pos bulan 9 kot.. masa ni dah start kerja kat kilang Besi Apac dah.. maklumlah.. kat Besi Apac tak boleh acces google... biasanya sebelum ni memang aku update blog pagi2 bila sampai ofis.. maklum lah.. sampai awal...

Kat rumah memang aku jarang bukak notbook dah.. bila kerja Besi, gmail kena block.. jadi tak dapat update pagi2.. bila balik mmg tak buka notbok langsung...

Aku masih nak menulis blog ni cuma kelapangan waktu tu kureng campur ngan malas.. so lepas ni kena la buka notbook kat umah... kalau tak.. mmg tak terupdate je....

Banyak perkara yang berlaku sejak bulan 9 hari tuh... dengan Bowling tournament, ngeteh ngan geng MOL, g Melaka jumpa ujet, Family day kat sunway lagoon, team building kat Tanah Aina. dan yang terbaru balik kampung sebab Kak Siti kawin...

Jadinya aku kerja Besi dah nak masuk 4 bulan dah.. tinggal lagi 2 bulan baru la boleh kompem.. skrng pun dah 2 hari aku unpaid leave sbb nak amik result lah, g sek sbb akhir tahun la.. pastu balik kampung aku amik sehari.. tak tau ler berapa ringgit tolak nnt gaji bulan 12.

Sampai sini dulu..Nanti aku masukkan gambar2 yang berkenaan.. hehehe..

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.