Sakit tekak berpanjangan vs infection kelenjar tiroid
Salam,
Berkisar kepada entry sebelum ni berkenaan doctor diagnose berkenaan kelenjar tiroid yang terkena jangkitan kuman. Memang bacaan tiroid memang tak berapa cantik, namun ianya bukanlah penyakit tiroid yang biasa, cumanya hanyalah jangkitan kelenjar tiroid.
Namun, selepas beberapa bulan, kira-kira awal bulan October ritu, sakit kerongkong isteri mcm datang semula. Bila jumpa doktor Haslina, dia masih tidak puas hati dengan treatment yang pernah di berikan oleh doktor Alex di Sunmed, dia hairan kenapa tak treat penyakit ni bebetul, setiap kali follow up, sekadar ambil darah dan tengok bacaan tiroid dan lihat pada bacaan infection (C-reaction) dalam darah. Mengikut pengamatan Doktor Haslina, C-reaction ni tak semestinya tiroid, boleh jadi ada tempat yang masih infection dan tiada tindakan susulan dari pada itu.
Oleh sebab dah jumpa doktor Haslina sebab sakit kerongkong, lihat pada anak tekak atau tonsil, tiada yang bengkak atau ber"ulser". Doktor sarankan jumpa doktor pakar, tapi berjumpa doktor lain di hospital lain. Jadi kami bercadang ke Hospital Ara Damansara dan berjumpa dengan doktor Fatah. Pakar ENT. Masa kami mula ke sunmed juga kami bermula dengan berjumpa doktor pakar ENT di sunmed dan seterusnya dia refer isteri ke pakar Endocrinologi. Namun kali ni kami rasa kami berjumpa dengan doktor pakar yang betul dan dapat treat penyakit yang betul, bukan sekadar ambil darah dan bagi antibiotik or ubat steroid yang hanya untuk kurangkan kadar infection, tapi infection di bahagian mana pun tak pasti.
Bila Jumpa doktor Fatah di Ara Damansara ni, doktor beri penerangan dulu, bahagian mana yang sakit tadi.. siap tunjuk gambar kerongkong orang yang sakit dan normal. Ada 2 punca jangkitan, 1 dari belah atas, mungkin mukus2 or infection di area muka or rongga hidung turun ke kerongkong atau pun datang dari dalam perut, asid-asid dari dalam perut keluar naik ke kerongkong dan membuatkan kerongkong sakit.
Bila masuk Skope, memang sah sakit korongkong di area peti suara tu datang dari asid dr dalam perut. Doktor baru ubat utk gas dan ubat utk kurangkan kahak.. Alhamdulillah lepas seminggu makan, sakit tekak berkurangan.
Apa yang aku boleh simpulkan di sini, kalau dari awal doktor ENT dari sunway med dapat kesan benda ni dan tak refer ke endocrinologi ke apa, mungkin masalah gas dari dlm perut ni selesai awal lagi. Apa pun, walaupun mereka pakar, namun kadang-kadang mereka juga boleh buat silap. Kalau penyakit masih berterusan, bermakna mungkin treatment yang kita dapat tuh tak menepati penyakit yang kita alami sekarang.
Sebab ini juga kami memang suka ke klinik Shaik, sebab doktor Haslina akan cari punca yang betul dan berikan ubat yang betul utk treatment, inshaalah boleh baik semula, dengan izin Allah.
Alhamdulillah, yang kami dok fikir infection kelenjar tiroid tu hanyalah andainan dari bacaan result darah saja. Lepas berjumpa doktor Fatah, boleh kata confirm yang penyakit tu sebenarnya adalah menda lain. Harap isteri terus sihat walafiat. Aminnnn