Suriamas PJS 10 - best ke tinggal kat sini?

 Salam All,

Saja aku nak cerita kisah yang umum sikit sekali sekala. Aku nak cerita tempat aku tinggal sekarang. Suriamas PJS10 ni. Best ke tak best. Kalau korang nak tahu, Suriamas ni berhampiran dengan Kondo Ridzuan dan Mentari court blok G, pintu belakang mentari court.


Aku mula berpindah masuk Suriamas ni tahun lepas dalam hujung bulan April 2020, bulan 5 start duduk lah. Asalnya aku sekeluarga tinggal di rumah teres 2 tingkat di lorong PJS 10/14. Agak lama tinggal di sana sejak kawin tahun 2012 gtu. Diam tak diam dah lebih kurang 8 tahun oooo.. Macam - macam ragam tinggal di sana. Jiran-jiran bersilih ganti.

Pada Dec 2019 aku dapat call dari owner rumah Uncle Ameer. Dia cakap rumah tu nak hand over bg anak dia, jadi dia bagi masa la kat aku untuk pindah dalam 3 bulan.. Maknanya dalam bulan 4 dah keluar dari rumah tuh lah. Jadi nak tak nak kami terpaksa la pindah dari situ. Pada awal tahun lepas kami dapat beli rumah Verando, memang ada rasa nak pindah, tapi memandangkan kos perpindahan agak tinggi, jadi kami teruskan untuk tinggal di rumah ni dalam setahun 2 lagi sehingga rumah kami siap. Namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. 

Isteri aku agak skeptikal dengan  Suriamas ni, dia rasa environment area sini yang agak sesak mungkin macam Mentari Court. Jadi aku sebagai lelaki hensem yang bijak menutur kata-kata lagi bijak memujuk isteri, "Alah, kita g tengok rumah dulu.. kalau ok kita masuk.. kalau tak ok.. kita g tengok rumah lain plak".. Lepas review dalam 3 4 rumah dalam Suriamas, terus dia rasa suka plak. Ha, kan dah cakap.. Aku memang dah lama dok ushar rumah ni kot nak beli satu hari nanti. 

Lepas deal dengan tuan rumah, sewa yang di kenakan adalah RM1700, perlu bayar 3 bulan deposit dan agreement saja RM600.. total aku nak kena cari adalah 4 bulan x 1700 + 600, total RM7400.. Wow... naya wei... merata cari duit untuk sewa. Di sebabkan tuan rumah Uncle Ameer ni seorang yang sangat baik, jadi dari bulan 1 2 dan 3 kami tak bayar sewa. Kami bagi tahu Uncle, sebab agak drastik, kami kekurangan duit untuk cari deposit.. Jadi start Jan kami tak bayar sewa. Sewa rumah adalah RM1200, jadi kat sana kami ada 3600, jadi aku perlukan dalam 4000 lagi untuk cukupkan total amaun yang di perlukan.

Bulan 4 aku biasanya dapat bonus dari Besi, jadi aku guna RM4000 dari bonus untuk topup. Tapi memandangkan masih awal bulan, jadi kami meminjam dari adik-adik sorang seribu dan berjanji dengan dorang hujung bulan 4 kami akan bayar. Alhamdulillah, adik2 semua mudah nak bantu. 

Kami pindah masuk ke Suriamas di musim Pandemik, sepatutnya hujung bulan 3, tapi sebabkan PKP, terpaksa di tangguhkan ke bulan 4 selepas PKP dah di longgarkan sedikit. Dapatlah ambil kunci, dah start memindahkan barang sikit demi sedikit menggunakan kereta. Asalnya nak sewa lori, tapi di sebabkan keadaan memaksa, kami memindahkan barang sedikit demi sedikit. Katil, almari meja makan aku jual dan ada set bilik tidur yang aku tinggal. Sewa di Suriamas ni fully furnish.


Banyak pulak cerita ni. Biasa lah.. kenangan kan.

Persoalan dari tajuk blog - Best ke tinggal di Suriamas?

Bila dah pindah masuk. Aku rasa Suriamas ni memang sesuai untuk family. Sangat rileks dan tenang. Takde rasa sesak dan hiruk pikuk bising orang lalu lalang. Isteri aku yang dahulunya sangat skeptikal pun rasa seronok dapat duduk di Suriamas, "Kenapa dari dulu tak duduk sini"... 

Apa yang ok di sini.

1. Guard

Guard yang sangat friendly, mudah berbicara dan sangat menghormati penduduk Suriamas. Sekiranya ada masalah, mudah untuk berurusan dengan dorang.

2. Fasiliti

Dalam Suriamas ni, ada Swimming Pool, sentiasa bersih. Ada Gymnasium, pada aku cukup untuk beriadah dan main berat dan kuarkan peluh. Ada Court badminton 2 padang, ada set pingpong, ada playground. Dan halaman dan ruang faciliti yang sangat luas, sesuai untuk family beriadah, jogging, anak2 boleh bermain basikal atau scooter. sungguh aman dan tenang.



3. Kedai Makan & convenience store

Aku paling suka Kedai makan dia, memang sedap kot. Dari roti canai sehingga makan masak panas, semua sedap. Dengan nasi goreng kampung, mee goreng basah, tomyam yang sungguh padu... best giler kot. Servis sangat tip top. Korang boleh order thru Whatsapp jer, dorang antar depan pintu.. best ke tak? Conviniencce store pun ok, secukup barang yang di perlukan di saat terdesak.  

Belasungkawa Paklang Idris Darus 30 Jan 2021

30hb Jan jam lebih kurang 3.20 pagi aku di kejutkan deringan telefon, tengah tido lena masa tu, agak tersentak juga lah. Lihat nama "abah" terpacul di screen. Allahu, berita apa yang akan diterima awal pagi macam ni. "Abang, paklang dah takdak".. Allahu.. Innalillahiwainnailaihiroojiun.

Dalam kepala aku, cemana nak, balik ni, PKP. Dalam kesedihan, aku tak dapat lena semula.. Deringan bunyi telefon bertalu-talu, mungkin text message dari sedara mara dalam, group whatsapp. Aku masih terkejut. Apa pun aku rasa, redha pemergian Paklang yang dah lanjut usia, pada umur 83. Kalau lihat dr susuk tubuh paklang, memang nampak masih kuat,berbanding Maklang yang mmg nampak lebih uzur dr Paklang. Tp Allah lebih sayang kan Paklang. 

Sesudah subuh, isteri tanya, tak nak blk kampung ke? Katanya ada kawan minta kebenaran balik kg dan lulus. Terus aku bangun dan ajaknya ke balai polis. Kalau, lulus, kita balik, kalau tak lulus, nal buat macam mana. 

Selepas bersiap, terus kami ke Balai Polis Kelana Jaya, masa tu baru pukul 8pg. Selepas berjumpa pegawai, dia minta salinan report kematian. Yang ada, cuma dalam phone saja, adusss, kena print plak. Terpaksa la cari kedai utk print, memandangkan masih awal pagi, aku, tak ada kedai yang buka. Jadi, kami pin balik rumah untuk print.
Setelah print, kami pergi lagi sekali ke balai polis kelana jaya, jam pun dah menunjukkan, pukul 9 lebih. Masih ada beberapa orang yang berurusan dengan pegawai, jadi kami selesai berurusan dan dapat kebenaran merentas negeri, jam dan pun menunjukkan hampir pukul 10 pg. 

Balik rumah, terus kemas baju dan bawa apa yang patut. Kami bergerak keluar pada pukul 10.40pg. Harapnya dapat lah menatap wajah Paklang buat kali terakhir. Inshaalah. 

Dengan kadar pecutan lebih laju dari biasa, kami selamat sampai kampung pada jam 2 ptg. Sesampai di rumah Paklang, jenazah dah di usung masuk dalam van jenazah. Nampaknya Masih tiada rezeki menatap wahah paklang buat kali terakhir. Aku redha, sekurang-kurangnya aku dapat mengikut jenazah paklang ke destinasi terakhir setiap orang. 

Dari photo-photo yang di kongsikan, allahu! Kita boleh nampak raut wajah paklang yang cukup tenang rapat mata di pejam. Seperti sedang tidur lena. Semoga arwah paklang di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
Seusai semua. Aku terus balik rumah dan mandi. Hari yang agak panas, membuatkan kepala berdenyut-denyut. Sebelah malamnya di adakan tahlil untuk arwah.

Sedekahkankah Alfatihah untuk arwah Paklang. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.