Jalan-jalan cari makan di Kampung Baru

 Salam,

Entry ni sebenarnya berkait dengan hiking 2 minggu beturut-turut di Tugu Trail. Bukan apa, saja aku asingkan cerita cari makan ni sebab bg banyak sikit content blog aku nih. Lepas kitaorang ke Tugu Trail dan ke Taman Botani di Tasik Perdana, tengah hari kitaorang ke Kampung Baru mencari makan.

Minggu 28hb Feb tuh, kitaorang ker kedai Nasi Lemak Wanjo. Macam viral gak la kedai nih. Kedai sini biasa la style kampung sikit. Tempat memang terasa suasana kampung di dalam bandar. Kat sini masalah dia parking kereta agak susah sikit lah. Jadi aku kena park kat parking berbayar, RM5 utk 3 jam. cukup la amik masa nak makan kan. 

Nasi Lemak Wanjo ni pada pendapat aku, ok la, fair and square. Takde la kick mana.. tp still ok la untuk makan, lauk ada banyak jenis lah. Sambal pun ok tak pedas sangat. Cuma harga dia pada aku agak mahal sikit lah. 2 set ayam goreng berempah, 1 set daging rendang dan 2 set lagi telur jer sorang sebijik. Total RM32. 


Minggu 6hb Mac plak kitaorang ker Chunburi Seafood Kampung baru. Kedai masakan Thailand dan pantai timur. Kedai ni pada aku berbaloi nak pergi. Lauk pauk memang banyak, bubur dan kuih muih pun ada. Maveles. Aku makan nasi kerabu berlaukkan daging bakar dan solok lada. Setakat yang aku makan sedap dekat PARAM Dato Harun, kat Chunburi ni lagi maveles. Sedap sangat oiiii.. yummy.


Masa makan tu tak perasan ada teh tarik madu, aku order teh tarik biasa jer. Seusai makan, kitaorang terus balik dengan perut kekenyangan. 

Ni jer la cerita cari makan di Kampung Baru.

end.

Hiking di Tugu Trail 2 minggu berturut-turut

 Salam,

Entry ni aku nak citer pasal hiking plak. Aktiviti ni pada aku memang baik, peluh keluar sangat banyak tetapi masih santai-santai. Maksud aku santai bila mana kita cuma panjat bukit yang berketinggian dalam 200 ke 500 meter saja la. Tp perjalanan mengambil masa dalam sejam gitu jer. Kalau yang expert, gunung ganang tuh dah extrim untuk aku sekeluarga.


Pada 28hb Feb(Ahad) dan 6hb Mac(Sabtu) kami ke Tugu Trail untuk hiking. Tugu trail ni kami sekeluarga pernah panjat sekali dulu. tahun 2020 1 Mac kalau tak silap. Kebetulan setahun lepas tuh 28hb Feb panjat plak. Maklum lah PKP dah longgar sikit, kereta pun dah boleh naik ikut kapasiti. Walaupun PKP namun memang ramai betul orang yang beriadah kat sini. Pada aku tempat ni memang sesuai untuk family ber"hiking" memang santai, laluan pun mudah dah terjaga rapi, tempat berbukit telah di siapkan tangga jadi memudahkan perjalanan. 

Minggu pertama hiking ni memang semangat, pukul 7.30pagi kitaorang dah keluar rumah. Pagi breakfast scramble egg sorang 2 biji, bake bean ngan roti bakar. Cukup dah breakfast gtu, memang kenyang sampai tengahhari. Sampai di Tugu Trail, memang ada guard dok jaga di pintu masuk, kalau parking penuh dia minta park tempat lain, bila ada kosong baru dia bg masuk. Kali ni alhamdulillah ada kekosongan. Jadi kami park di area Tugu Trail tersebut.

Pintu masuk dah berubah tempat berbanding kali pertama kami jejak kaki kat sini tahun lepas. Tak la jauh mana pun, lorong-lorong laluan masih sama, memang teratur sebab ada arrow dah, dan kali ni di sebabkan PKP laluan ni dorang wajibkan sehala saja, Semua orang akan masuk dan keluar tempat yang sama. 

Baru lepas parking kereta


Pintu masuk. sebelum ni bukan sini.

Santai-santai

Lepas berjalan dalam 15 ke 20 minit, lepas naik tangga berturut-turut dan sedikit mengah. Kami berhenti mengejut utk masukkan hp di dalam poket seluar isteri, tiba-tiba isteri macam pening, melangkah longlai dan terus pitam. Nasib baik aku dapat sambut dan letak perlahan-lahan di atas tanah. Hp aku sendiri pun aku campak ketanah dah. Mana lagi penting kan?.. Terus terang, aku cukup terkejut dan amat takut sekali, jantung aku bergerak dengan laju, terasa sedikit kepanikan di situ, ilmu First Aider yang di pelajari pun ilang time tuh. Apa pun tindakan aku betul lah. Biasa orang pitam ni sebab tak cukup oksigen. Aku terus gosok belakang isteri. Dalam masa 1 minit pitam, nampak isteri dah sedar tetapi dalam kebingungan, Hana yang nampak aku memapah isteri, dia awal2 lagi dah menangis. huhuhuhu.. seriously pengalaman yang amat menakutkan buat aku. 

Alhamdulillah, lepas sedar, rest dalam 2 3 minit dan meneruskan perjalanan tanpa sebarang masalah. Kami dapat menghabiskan hiking dalam masa sejam tak sampai. Apa pun insiden yang terjadi memang menjadi pengajaran buat kami. Sebelum melakukan riadah seeloknya buat warming up dulu seketika. 

Selepas isteri pitam.. ok dah tuh.




Dah nak keluar
Masing-masing kepenatan
Bahagia bersama

Lepas berhiking, kami ke Taman Botani di Taman tasik Perdana KL pulak. Dah bawa basikal dan Scooter, boleh la Hana dan abang main basikal dan scooter kat taman plak. Aku dah isteri just lepak duduk sambil menunggu.

Taman tasik perdana

Model sambilan

Untuk minggu kedua 6hb Mac tu, plan asalnya kami nak hiking di bukit sapu tangan area shah alam. Aku dah janji dengan Nai. Namun kita hanya merancang tp Allah menentukan segalanya. Malam sebelum tu hujan yang sangat lebat. Aku terjaga awal pagi dengar hujan yang sangat lebat dan guruh kilat siap. Aku agak memang hiking kat bukit sapu tangan ni cancel kot. mesti becak. 

Bangun pagi, dapat mesej dari Nai, cakap tak jadi hiking sbb hujan lebat. tak sesuai. Jadi aku diskas dengan isteri, kitaorang tukar lokasi ke Tugu Trail. Tapi kali ni kami lambat sikit keluar dalam pukul 8pg lepas breakfast nasi goreng sardin dan sanwich telur. 

Sampai area Tugu Trail, guard dah tak bg masuk sebab parking dah penuh, terpaksalah kami mencari parking lain. Aku dapat parking area kawasan lapang dekat Tugu Negara tuh. Kena menapak sikit lah nak ke area pintu masuk Tugu Trail.

Kali ni takde insiden pelik berlaku, kami menghabiskan perjalanan dalam 50 minit. Alhamdulillah, memang peluh sakan. Memang seronok dapat beriadah begini.

Macam biasa lepas settle hiking, kami ke Taman botani. Tp kali ni kami sekeluarga berjalan ke hujung tasik dan patah balik. Bila tengok rekod, lbh 2km kami berjalan di area taman tasik. fuhh.. total perjalanan 13000 steps. bersamaan 8 ke 9km perjalanan. padu betul riadah hari ni.

Tengahhari kami mencari makan di area Kg Baru. Nanti aku cerita ni entry lain.

Ni jer nak citer.

ok bai.


Outing bersama family di hari Sabtu (27Feb)

 Salam,

Hari ni terpaksa tulis buat kali kedua menda yang sama. Dah tulis sekali entry ni tapi ntah macam mana system tak save, semua lesap. Tu la dia bila update guna mobile. Sebab tu kalau update guna mobile kena publish terus walaupun takde gambo. Tapi tak pe la.. benda dah berlaku. Aku tulis minggu lepas... hari ni baru ada mood dan masa nak tulis semula. sememangnya takkan sama la kan. Cuma penceritaan yang sama jer la.

Lepas kerajaan umumkan meja makan dah boleh duduk ikut meja, kereta dah boleh naik ikut kapasiti. Terus plan dengan isteri nak keluar makan kat luar. Tambah pulak sekolah pun nak buka untuk darjah 1 dan 2. Jadi Hana Darina nak gunting rambut plak. boleh la masuk list sekali.


27hb Feb pagi-pagi lagi aku dah bawa keluar satu keluarga. Dalam pukul 10 macam tu kot. Terus ke Subang Parade, kat situ ada kedai gunting rambut, aku dah gunting rambut di situ minggu sebelumnya. Hana dan isteri memang biasa gunting rambut kat situ. Settlekan gunting rambut Hana, then jalan-jalan ke Parkson, tengok-tengok cawan kopi. Sambar dulu 2 biji. 

Dah pendek.. lupa plak nak amik gambo sebelum

Menunggu anak dara sorang gunting rambut


Plannya nak makan kat Nippon Sushi, kalau datang sini kena awal sikit tambah lagi lunch time ni.. Biasa pukul 12 time dia buka dah tercegat. Tapi sebab agak ralit jalan-jalan tengok barang kat Parkson td terlewat sikit lah. Alhamdulillah masih boleh masuk sebab ada 2 meja kosong, tak dapat duduk satu meja la sebab dah penuh. Ok la, janji dapat menjamu selera. Lama tak keluar makan bersama anak-anak dan isteri. Cumanya kali ni terkurang sorang lah, abang Aiman ada kat asrama nun jauh di utara. 

Hana dan mommy

Haziq & Daniel jer, abang Aiman berada di perantauan sana.

Abang-abang punya pilihan

Ini feveret aku bila datang makan sini.

Sotong ni pun sedakkk


Seusai makan, aku dan isteri ke Village grocer tempat kitaorang mencari bijik kopi. Dah beberapa jenis kopi dah kami try. Ada la beberapa yang agak best dalam list. Tapi kena test semua jenis dulu, nnt baru boleh pilih yang mana pilihan hati. Setakat ni semua macam ok jer. 

Settle kat Subang Parade, kami ke decathlon Shah Alam, masalahnya takde byk plak gambo yang disnap.. ada la sekeping bawah nih. Abis juga ler dekat RM500 beli barang-barang sukan. Esok nak start hiking plak kat Tugu Trail KL. tunggu next entry plak utk citer kisah hiking. 


Beberapa jam juga lah kami dalam decalthlon ni.. dalam ni memang ralit.. macam-macam nak tengok. Settle kat sini terus balik. Oman pun nak singgah rumah. Malam isteri aku masak Spegeti carbonara + bolognese. Licin wei.. sedakkkk.. aku belasah 3 pinggan .. amikkk.. padu... hhihihih.. Alhamdulillah dapat isteri rajin kan.. serba serbi rajin.. 


Itu jer nak citer.

End


Suriamas PJS 10 - best ke tinggal kat sini?

 Salam All,

Saja aku nak cerita kisah yang umum sikit sekali sekala. Aku nak cerita tempat aku tinggal sekarang. Suriamas PJS10 ni. Best ke tak best. Kalau korang nak tahu, Suriamas ni berhampiran dengan Kondo Ridzuan dan Mentari court blok G, pintu belakang mentari court.


Aku mula berpindah masuk Suriamas ni tahun lepas dalam hujung bulan April 2020, bulan 5 start duduk lah. Asalnya aku sekeluarga tinggal di rumah teres 2 tingkat di lorong PJS 10/14. Agak lama tinggal di sana sejak kawin tahun 2012 gtu. Diam tak diam dah lebih kurang 8 tahun oooo.. Macam - macam ragam tinggal di sana. Jiran-jiran bersilih ganti.

Pada Dec 2019 aku dapat call dari owner rumah Uncle Ameer. Dia cakap rumah tu nak hand over bg anak dia, jadi dia bagi masa la kat aku untuk pindah dalam 3 bulan.. Maknanya dalam bulan 4 dah keluar dari rumah tuh lah. Jadi nak tak nak kami terpaksa la pindah dari situ. Pada awal tahun lepas kami dapat beli rumah Verando, memang ada rasa nak pindah, tapi memandangkan kos perpindahan agak tinggi, jadi kami teruskan untuk tinggal di rumah ni dalam setahun 2 lagi sehingga rumah kami siap. Namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. 

Isteri aku agak skeptikal dengan  Suriamas ni, dia rasa environment area sini yang agak sesak mungkin macam Mentari Court. Jadi aku sebagai lelaki hensem yang bijak menutur kata-kata lagi bijak memujuk isteri, "Alah, kita g tengok rumah dulu.. kalau ok kita masuk.. kalau tak ok.. kita g tengok rumah lain plak".. Lepas review dalam 3 4 rumah dalam Suriamas, terus dia rasa suka plak. Ha, kan dah cakap.. Aku memang dah lama dok ushar rumah ni kot nak beli satu hari nanti. 

Lepas deal dengan tuan rumah, sewa yang di kenakan adalah RM1700, perlu bayar 3 bulan deposit dan agreement saja RM600.. total aku nak kena cari adalah 4 bulan x 1700 + 600, total RM7400.. Wow... naya wei... merata cari duit untuk sewa. Di sebabkan tuan rumah Uncle Ameer ni seorang yang sangat baik, jadi dari bulan 1 2 dan 3 kami tak bayar sewa. Kami bagi tahu Uncle, sebab agak drastik, kami kekurangan duit untuk cari deposit.. Jadi start Jan kami tak bayar sewa. Sewa rumah adalah RM1200, jadi kat sana kami ada 3600, jadi aku perlukan dalam 4000 lagi untuk cukupkan total amaun yang di perlukan.

Bulan 4 aku biasanya dapat bonus dari Besi, jadi aku guna RM4000 dari bonus untuk topup. Tapi memandangkan masih awal bulan, jadi kami meminjam dari adik-adik sorang seribu dan berjanji dengan dorang hujung bulan 4 kami akan bayar. Alhamdulillah, adik2 semua mudah nak bantu. 

Kami pindah masuk ke Suriamas di musim Pandemik, sepatutnya hujung bulan 3, tapi sebabkan PKP, terpaksa di tangguhkan ke bulan 4 selepas PKP dah di longgarkan sedikit. Dapatlah ambil kunci, dah start memindahkan barang sikit demi sedikit menggunakan kereta. Asalnya nak sewa lori, tapi di sebabkan keadaan memaksa, kami memindahkan barang sedikit demi sedikit. Katil, almari meja makan aku jual dan ada set bilik tidur yang aku tinggal. Sewa di Suriamas ni fully furnish.


Banyak pulak cerita ni. Biasa lah.. kenangan kan.

Persoalan dari tajuk blog - Best ke tinggal di Suriamas?

Bila dah pindah masuk. Aku rasa Suriamas ni memang sesuai untuk family. Sangat rileks dan tenang. Takde rasa sesak dan hiruk pikuk bising orang lalu lalang. Isteri aku yang dahulunya sangat skeptikal pun rasa seronok dapat duduk di Suriamas, "Kenapa dari dulu tak duduk sini"... 

Apa yang ok di sini.

1. Guard

Guard yang sangat friendly, mudah berbicara dan sangat menghormati penduduk Suriamas. Sekiranya ada masalah, mudah untuk berurusan dengan dorang.

2. Fasiliti

Dalam Suriamas ni, ada Swimming Pool, sentiasa bersih. Ada Gymnasium, pada aku cukup untuk beriadah dan main berat dan kuarkan peluh. Ada Court badminton 2 padang, ada set pingpong, ada playground. Dan halaman dan ruang faciliti yang sangat luas, sesuai untuk family beriadah, jogging, anak2 boleh bermain basikal atau scooter. sungguh aman dan tenang.



3. Kedai Makan & convenience store

Aku paling suka Kedai makan dia, memang sedap kot. Dari roti canai sehingga makan masak panas, semua sedap. Dengan nasi goreng kampung, mee goreng basah, tomyam yang sungguh padu... best giler kot. Servis sangat tip top. Korang boleh order thru Whatsapp jer, dorang antar depan pintu.. best ke tak? Conviniencce store pun ok, secukup barang yang di perlukan di saat terdesak.  

Belasungkawa Paklang Idris Darus 30 Jan 2021

30hb Jan jam lebih kurang 3.20 pagi aku di kejutkan deringan telefon, tengah tido lena masa tu, agak tersentak juga lah. Lihat nama "abah" terpacul di screen. Allahu, berita apa yang akan diterima awal pagi macam ni. "Abang, paklang dah takdak".. Allahu.. Innalillahiwainnailaihiroojiun.

Dalam kepala aku, cemana nak, balik ni, PKP. Dalam kesedihan, aku tak dapat lena semula.. Deringan bunyi telefon bertalu-talu, mungkin text message dari sedara mara dalam, group whatsapp. Aku masih terkejut. Apa pun aku rasa, redha pemergian Paklang yang dah lanjut usia, pada umur 83. Kalau lihat dr susuk tubuh paklang, memang nampak masih kuat,berbanding Maklang yang mmg nampak lebih uzur dr Paklang. Tp Allah lebih sayang kan Paklang. 

Sesudah subuh, isteri tanya, tak nak blk kampung ke? Katanya ada kawan minta kebenaran balik kg dan lulus. Terus aku bangun dan ajaknya ke balai polis. Kalau, lulus, kita balik, kalau tak lulus, nal buat macam mana. 

Selepas bersiap, terus kami ke Balai Polis Kelana Jaya, masa tu baru pukul 8pg. Selepas berjumpa pegawai, dia minta salinan report kematian. Yang ada, cuma dalam phone saja, adusss, kena print plak. Terpaksa la cari kedai utk print, memandangkan masih awal pagi, aku, tak ada kedai yang buka. Jadi, kami pin balik rumah untuk print.
Setelah print, kami pergi lagi sekali ke balai polis kelana jaya, jam pun dah menunjukkan, pukul 9 lebih. Masih ada beberapa orang yang berurusan dengan pegawai, jadi kami selesai berurusan dan dapat kebenaran merentas negeri, jam dan pun menunjukkan hampir pukul 10 pg. 

Balik rumah, terus kemas baju dan bawa apa yang patut. Kami bergerak keluar pada pukul 10.40pg. Harapnya dapat lah menatap wajah Paklang buat kali terakhir. Inshaalah. 

Dengan kadar pecutan lebih laju dari biasa, kami selamat sampai kampung pada jam 2 ptg. Sesampai di rumah Paklang, jenazah dah di usung masuk dalam van jenazah. Nampaknya Masih tiada rezeki menatap wahah paklang buat kali terakhir. Aku redha, sekurang-kurangnya aku dapat mengikut jenazah paklang ke destinasi terakhir setiap orang. 

Dari photo-photo yang di kongsikan, allahu! Kita boleh nampak raut wajah paklang yang cukup tenang rapat mata di pejam. Seperti sedang tidur lena. Semoga arwah paklang di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
Seusai semua. Aku terus balik rumah dan mandi. Hari yang agak panas, membuatkan kepala berdenyut-denyut. Sebelah malamnya di adakan tahlil untuk arwah.

Sedekahkankah Alfatihah untuk arwah Paklang. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.