2020 Post pertama - kisah Diet

Salam semua,
Selamat menyambut 2020, masih di bulan Jan ni, sempat lagi la aku nak ucapkan Happy New Year kan. Apa azam korang tahun ni? azam aku macam biasa ler. Lebih mendekatkan diri dengan tuhan, sentiasa beriadah, jaga makan, target susut sampai 70 ke 72kg tahun ni.

Selain tuh, aku dan isteri dah switch on aturan diet di tahun baru, isteri aku hari2 bangun masak utk bekalkan healthy lunch, terima kasih tak terhingga buat isteri. Breakfast pun kitaorang amik oat, telur, roti wholemeal je.. masing-masing nak susut kurang-kurang 10kg untuk tahun ni. Kitaorang takde target berapa bulan lah. asalkan menten mkn berkhasiat, beriadah dengan kerap, inshaallah akan susut la badan ni nanti.. kalau cepat, alhamdulillah.. kalau lambat kena istiqomah.. then boleh menten.

Selain tu juga aku ada group khas kat Besi utk eat clean ni, kitaorang sume pun bukan pandai sgt, tp share ilmu-ilmu yang kita ada jer la.. share makanan berkhasiat, share kalau riadah.. kurang kita yang berada dalam group sentiasa alert dan berada di atas landasan yang betul.. biasa la.. kalau sendiri-sendiri.. biasanya lepas 2 3 bulan memang ke laut.. ada group ni, time kita kelaut, ada kawan2 tolong ingatkan..

Aku sendiri start dok diet sejak 2015 lagi.. sejak badan naik teruk.. pernah sampai 87kg.. bayangkan betapa bulat masa tu..  slowly lah.. nak buat mudah.. nak menten payah.. susut sikit.. pastu mula la.. malas.. mkn mcm biasa balik... kita plak jenis kaki makan macam2 yang sedap-sedap.. Sekarang bukan tak boleh.. kalau dah selalu eat clean.. sekali sekala amik yang sedap-sedap pun tak de la masalah sangat.. jangan amik hari2 kan.

Harapnya dengan semangat yang tinggi sang isteri masak bekal hari2, semangat tinggi kawan-kawan dalam group utk terus istiqomah... inshaallah dalam 4 5 bulan mungkin boleh susut sekurang-kurangnya 5 ke 6 kg.. inshaallah.

Bukan kurus yang utama, tapi kesihatan dalaman.. kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi.. dengan pengambilan pemakanan yang seimbang, inshaallah boleh hindarkan segala-segala penyakit dan hidup lebih gembira dan sejahtera.

Setakat 1 Jan 2020 sampai ke hari ni 6/3/2020 kiraanya lebih 2 bulan berdiet ni, alhamdulillah!! dah susut lebih 6kg.. dari 82kg ke 76kg.. Kalau berat yoyo tu biasa la.. minggu lepas timbang 77, minggu ni 76, minggu depan 76.5.. tapi untuk jangka masa panjang, contoh sebulan turun 1 2kg.. kira okay lah.. dalam seminggu 2 kadang-kadang memang ada di mana keadaan yoyo yang aku tulis td.

Aku sharekan lah meal yang isteri kesayangan aku masak untuk bekal lunch.

Grilled chicken + sweet potato

Grilled chicken chop + vegi + bake potato

Ikan potong bakar + vegi

hard boiled egg + vegi + Sweet potato

Egg Muffin

Whole grain oat for breakfast

Whole meal spaghetti + chicken grill 

half boiled egg + whole meal bread for breakfast

Chicken grilled Wrap

Stim tofu + vegi..  Tak berapa syok sgt menu ni.. muak sikit.

Blacken Salmon + Wholemeal Aglio olio spaghetti

Chicken grill + bake potato & vegi

Grilled chicken + sweet potato & vegi

Chicken teriyaki Grilled + 1/2 cup white rice + vegi

Singgang ikan potong + 1/2 cup brown rice

Blacken Salmon + vegi & Sweet potato

Teriyaki Grill salmon + vegi & 1/2 cup brown rice

Siakap stim Halia

Sos Kikkoman utk perap teriyaki meal.. halal yang ni..

Stok lauk prepare utk 2 minggu  (10 meal)

Overnight Oat + strawberry.. memang sedap.. boh coklat sikit.. best


Chicken Grill + potato & Vegi

Tomyam seafood + 1/2 brown rice

Grilled chicken with Whipped Potato 

Aglio olio Wholemeal Spaghetti seafood

Nasi bujang - Sardin Bakar + Toge goreng + 1/2 cup Brown rice

Ayam stim Halia + 1/2 cup Brown rice

Siakap stim + white rice

Salad telur + seasoning sesame (Kew Pie)

Tuna in water Sandwich

Grilled Chicken Teriyaki + sweet potato

Grilled chiken Teriyaki + vegi - no carb

Aglio olio Wholemeal Spagetti seafood

Kebanyakan menu hmpir sama.. bertukar-tukar jer... selepas 2 bulan diet ni, alhamdullillah susut la juga. Tp bila check guna MI scale, Visceral Fat berada pada tahap high 12, sepatutnya kurang dari 10. Jadi untuk kurangkan Visceral fat, kena kurangkan Karbo dan selalu excersise cardio dan juga ambil protien secukupnya.

Nampak mcm lebih kepada keto diet lah.. mungkin 2 bulan mendatang cuba menu yang karbo kurang dan semak semula result Visceral fat ni.

End.


Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.