Selamat Pengantin Baru buat Puteri (Penang Mai)

Salam,

Bulan 12 ni macam biasa la. akan ada jemputan kawin. Sebelum ke Penang untuk majlis puteri tunggal Paklon pada 14 Disember , 7 Disember sempat aku bersama abah dan mak ke majlis kawin sepupu mak yang berlangsung di Shah Alam, kebetulan Mak dan abah datang sini utk melawat anak Daus. Sambil menyelam minum air lah.


Hari jumaat, 13 Disember pukul 3.30ptg aku dah keluar kilang untuk gerak ke Penang. Alhamdulillah kereta memang tak berapa banyak kat hway. Pukul 5 gitu gerak, sebelum pukul 8 kami dah berada kat R&R Sungai Perak untuk makan malam.  Dalam pukul 10 malam sampai umah akak kat seberang Jaya. Mak dan abah dah ada kat umah akak sampai petang tu. Hana pun ada sama sebab Hana ikut abah balik kg masa abah datang 7hb tuh, seminggu juga la Hana dok kampung.

Esoknya sabtu dalam pukul 11.30 kitaorang keluar dari rumah akak untuk pergi kenduri, lokasi kenduri dekat dengan jambatan Pulau Pinang. Kitaorang sampai paling awal, so makan awal then tunggu la sedara mara datang.. dapat la jumpa semua sedara mara yang hadir. Ini la cara dapat jumpa semula sedara - mara, kalau kenduri pun tak nak datang, memang tak dapat la jumpa sedara mara kan.
Sampai awal.. boleh la bergambar dulu

Bersaama tuan rumah. Bapa saudara yang menten muda.

Mak & Maksu

 
Sempat posing atas tangga pun ok. 

 
Pengantin lama..

Sepupu yang seiras.. Hana & Iris


Makan duluuuu

Abah, Paktih, Acap & Paktam

Azam Mawar & Tihah pun ada.

Keluarga tok Mansor.. belum penuh nih..


Masa untuk bersembang bertanya kabar sedara mara


Selamat Pengantin Baru

Lepak sampai pukul 4 lbh juga, lepas bergambar beramai2 dengan pengantin aku sekeluarga gerak ke rumah Azam kat bayan baru. Singgah kejap la dah sampai Penang. Lepas tu ingat nak ke rumah Pani, tp akak dan bangchik ke rumah Jen, so aku pun kerumah Jen. Jen ni anak sulung arwah Cik Gayah. Umur sama ngan isteri aku. Dulu masa zaman sekolah menengah memang selalu kitaorang ke rumah chik gayah ujung tahun sbb nak p Pesta Penang. Masa tu Jen ni baru 5 6 tahun jer.. hihihihi... Sebb agak lama nak kerumah Jen td. terus tak jadi ke rumah Pani. sebab kena patah balik. sepatutnya dari rumah Azam ke rumah Pani dulu.. baru dalam arah jalan sama. tak per lah.. takde rezeki. rumah jen tak pernah sampai lagi.. syok gak rumah dia tepi laut. (Boleh plak takde gambo kat umah jen..)

Dari rumah Jen kami terus ke seberang perai untuk makan malam, aku plan nak bawa isteri pekena char kuey teow yang sedap kat belah samagagah, tapi aku tak pasti apa nama kedai, aku ckp kat bangcik char kuey teow teluq basuh.. rupanya salah.. dia cakap, situ tak syok.. dia bawa p Adam.. rupanya Adam ni la tempat yang biasa aku g, tempat ni juga la yang aku dok bgtau isteri nak bawa dia makan.. Alhamdulillah.. memang syok.

Daus & Dik Ali takde

Settle makan, malam ni kitaorang tdo kat rumah bangchik. Sejak dia pindah rumah baru lepas Lin kena rompak dulu.. memang tak pernah tdo rumah dia.. Dorang pindah rumah sebb Lin fobia kena ikat dengan perompak masuk rumah. Allah, kesian ooo.. masuk paper kes dorang. Bernasib baik sebab perompak cuma ikat saja.. tak buat menda lain yang tak senonoh.

Esok pagi2 kami sekeluarga nak ke Pulau Pangkor plak.

sambung next entry lak lah.. jalan-jalan Pangkor.

Macam-macam citer

Salam,


Nampaknya mood malas masih menyelubungi lah nih.. last posting pun awal bulan November.. ni dah masuk December masih takde post baru.. ingat nak pecah rekod tahun 2017 72 post dalam setahun.. tahun ni baru 54 post jer pun, kira kedua tertinggi lah selepas 2017.. kalau bulan 12  ni aku boleh menge"post" lebih 20 entry.. so pecah ler  rekod.

Kisah hujung tahun ni biasa lah.. kalau citer memang banyak bab anak-anak lah.

Aiman SPM, kira dah nak tamat alam persekolahan dah. Kalau ada rezeki dan result cun, boleh la sambung masuk kolej.. Inshaallah. Haziq baru abis form 2, nak masuk form 3. Masih kekal di AYSK (Asrama Yayayan Selangor Klang). Untuk kekal perlu kan 60% keseluruhan result. Alhamdulillah, kali ni dia dapat lebih 80%. Biasiswa pun kekal dapat. Untuk tahun depan dah terpilih untuk pegang jawatan pengawas asrama. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik. Daniel plak baru lepas UPSR, dah nak masuk alam remaja dah, tahun depan dah masuk tingkatan satu. Result UPSR pun dah dapat, gitu-gitu saja. Apa pun alhamdulillah masih ada peningkatan berbanding trial. Moga teruskan usaha di sekolah menengah plak. Dan yang terakhir, budak comel Hana Darina, pun baru tamat Tadikanya di Little Caliph Bandar Sunway. Dapat plak anugerah Icon Little Caliph Bandar Sunway, sebagai parent, memang lah kita berbangga kan.. Namun apa pun setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangan masing di sana dan di sini.. Aku terima seadanya. Takde pilih-pilih kasih nih.

Bulan November juga aku dah settlekan pembelian barangan keperluan sekolah untuk 3 orang.. termasuk Hana dan tolak Abang sulong Aiman. Jadinya bajet masih sama lah.. hihihihi.. aku banje sorang dalam RM250 lbh kurang lah. Yang mana boleh pakai, di pakai semula.. Hana jer la semua benda kena beli baru.

Jadinya gaji bulan 11 or 12 nanti boleh guna untuk settlekan segala yuran.. Kalau semua benda nak keluar sekali harung.. uii.. banyak la juga tuh. Sejak kerja kat kilang Besi ni, ok sikit lah sebab ada bonus yang tetap di hujung tahun. Tak sama macam aku kerja kat MOL dulu.. bonus bayar bulan 2, tu pun tak tentu berapa.. masa tahun last aku kerja.. bulan 6 baru dapat.. setengah bulan jer plak tuh..huhuhuhu.. naya oiii..

Takde apa yang menarik sangat di bulan 11 ni. Itu saja ler cerita aku. memang buntu siot nak tulis entry.. apa hal pun tak pasti.. ekekekeke..

Ini saja kot... jumpa lagi di next entry.

Boleh layan video youtube yang aku upload masa persebahan hana hari tuh.








Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.