Teambuilding Department ke Tioman 2019


Salam,

Entri kali ni agak basi juga lah... walaupun dah 19hb, tp cerita ni berkisar pada teambuilding department aku di Besi Apac nun. Tahun ni teambuilding by Dept, tahun lepas satu kilang, so kitaorang memilih lokasi Tioman untuk Teambuilding.

Setelah perancangan selama bebarapa bulan, maka alhamdulillah perjalanan kami cukup smooth, tentatif yang di setup pun semua berjalan dengan lancar.

Kami semua bertolak dari Besi pada Khamis malam 1hb, berkumpul di kawasan parking bermula jam 10malam dan bas di jangka bergerak pada jam 11malam. Semua dah ready, bas pun bergerak terus melalui Elite, terus melalui lebuh raya utara selatan dan keluar di Ayer Itam terus lalu jalan lama ke Jeti Mersing.


Sepanjang perjalanan aku tidor ajer, dan nak sampai ke Jeti baru tersedar. Sampai area mersing dalam jam 4pagi, kitaorang terus cari kedai untuk breakfast. aku pekena Nasi lemak. Boleh tahan juga. Lepas breakfast, terus ke Mesjid, atas bukit di Mersing tuh utk solat subuh. Dalam Jam 6.30 lebih kami dah sampai di Jeti Mersing untuk urusan tiket.




Kami menaiki Feri pada jam 8pagi. Feri ni agak besar, aku rasa boleh memuatkan lebih 200orang penumpang, korang boleh bayangkan macam mana cara dorang uruskan beg, macam group kami, kami dah ikatkan dengan tali kuning di setiap beg, jadi kami semua dapat pastikan setiap beg yang bertanda kuning adalah dari group kami.




Seeloknya tak perlu byk beg, kalau boleh beg galas yang mudah untuk keluar masuk ke Fery, kalau beg terlalu besar gedabak susah juga nak usung utk masuk ke feri tuh.





Dalam 2jam perjalanan, sampai kami di jeti Genting. Kami menginap di Reef Resort, di kampung Genting ni ok juga lah, sebab ada beberapa kedai yang boleh lepak minum dan makan kalau lapar. Bilik di sediakan adalah Quad, untuk 4 orang.

Aku bersama Ezuan, Firdaus dan Rizal. Biliknya ok, berekon, 2 katil King. Standard lah kot kalau pergi mana-mana Pulau, kita akan dapat setimpal dengan apa yang kita bayar lah. Sama macam aku ke redang tahun 2016 dulu masa bersama MOL. lebih kurang saja servisnya.





Hari pertama sampai, terus bergambar, dan aktiviti pertama adalah Hiking ke Air terjun dan lunch di sana. Nak ke tempat Hiking kena naik bot dalam 20 minit perjalanan, kali ni ombak agak kuat juga. beberapa orang sempat lah memuntahkan apa yang di makan breakfast subuh tadi.. hahahaha.. aku masih ok jer.







Perjalanan ke air terjun memakan masa dalam 30minit tak sampai kot. Kami sampai kawasan air terjun, bersiap sedia untuk lunch yang dah di packkan. seusai lunch, terus terjun ke sungai... memang best dan cukup nyaman sekali. Dalam pukul 2 lebih kami bergerak turun dan berehat kerana aktiviti seterusnya jam 5, dogdeball.

Dalam Jam 4 lebih, aku bersama comittee bersiap sedia untuk urusan padang untuk dodgeball, lokasi nya adalah di tepian pantai.. Ok juga lah aktiviti dodgeball ni, kami bahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan ada dalam 6 orang ahli. Aku yang sepatutnya cuma menjadi referee, terpaksa bermain untuk kumpulan kuning yang kekurangan orang.

Finally, team kuning menjadi juara... yeeeehaaaaa... memang seronok kalau bermain dan menjadi juara... Pada sebelah malamnya, aktiviti seterusnya adalah Karaoke. Bermula jam 9 malam mcm tuh sampai lah 11 lebih, dan zappppppppp.. blackout baq hang... alamakkkk... tidur kepanasan ler  malam ni..

Keesokan harinya, aktiviti seterusnya adalah snorkeling yang bermula jam 10pagi. Kami akan lunch di salah satu lokasi yang berdekatan dengan tempat snorkeling. Untuk snorkeling, di sediakan 3 point saja. 3 point pun sudah memadai, agak penat..










Lepas settle snorkeling, dalam jam 3 lebih dah sampai ke resort. Petang ni hanyalah free & easy, walaupun takde elektrik,  aku lelap tak ingat sampai pukul 6, dorang ajak turun main volley ball pantai. Sempat juga la aku bermain dalam 2 set.

Alhamdulillah ,dinner malam ni spesial sebab di sediakan BBQ. Aktiviti seterusnya adalah firecamp, ada pertandingan War Cry dan menari-nari bodo gitu lah. aku tak berapa join sangat lah. Dan lastly penyampaian hadia untuk para pemenang.


Lepas selesai firecamp, elektrik pun sampai.. lega aiiihh.. baru la tdo sejuk sikit malam ni. pembahagian hadiah, walaupun hadiah ikut group, kami belasah semua bersama2 di lobby sambil layam TV. Aku masuk tdo jam 3 pagi kot. Agak enjoy la layan movie ramai2.

Esoknya lepas breakfast, dalam jam 10 lbh kitaorang semua dah bersiap sedia, dah lepak bawah tnggu feri walaupun feri di jadualkan pada jam 12. Sempat la pekena roti pisang yang di viralkan oleh Botak.. sedap gak ler...

Feri sampai jam 11.40 macam tuh tapi mengambil masa lbh 30 minit untuk semua penumpang di Jeti Genting untuk masuk ke dalam feri tersebut. Lama sebab jeti sempit, beg banyak, tp semua berjalan dengan lancar lah.




Sampai Jeti mersing dekat pukul 3 ptg, ikut next tentatif adalah lunch, tp kitaorang set nak mkn di RNR, sekali nak sampai ke Tol masuk pun dah sejam lebih, lunch kitaorang di RnR Pagoh Jam 5.30 lebih kot.. sib baik aku dah melantak roti pisang tadi di jeti.


Kitaorang sampai Besi dalam jam 9.30 gitu, isteri aku dan Hana dah lama menanti. Alhamdulillah. 3 hari 2 malam tinggalkan dorang ni, agak kerinduan lah juga kan.. nanti nak ke Austria 6 minggu, terpaksa berpisah dalam 4 minggu juga nih... end kisah teambuilding.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.