Salam Kemerdekaan ke 60!!

Salam,

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 60... adakah anda sudah merdeka? tepuk dada tanya seleralah.. walaupun kita sudah merdeka namun ada sesetengah benda kita masih di jajah... dengan masalah2 negara yang tak keruan, harga barang naik, dengan GSTnya.. masalah2 hutang2 lagi.. rasa macam dah merdeka ker? wallahualam... sama-sama lah kita menyemai benih semangat kenegaraan kita.. Kita sendiri yang memilih sapa yang kita nak untuk mentakbir negara kan...

Hari kemerdekaan kali nih, ada sedikit istimewa sebabnya aku dan isteri berkerja keras menyiapkan baju Merdeka Hana.. ekekeke.. sebelum-sebelum ni semangat kemerdekaan kurang terasa sangat.. tapi tahun nih .. 4 bendera kitaorang beli.. semangat tak?.. semangat woooooo.. ekekek

Aku dan isteri agak last minit menyiapkan baju dan kain merdeka Hana yang nak di pakai hari nih... isteri aku settekan kain, aku menyetelkan baju... ok juga lah.. punya malas nak menjahit tangan.. aku stapler jer baju tuh.. ekekek. .buat potongan baju kelawar, then bwh lengan tu aku kasi stapler jer.. then lubang leher aku ukur dulu lilitan dengan kertas.. then potong ikut kertas tuh.. kira ok la juga...

Kat sekolah Hana ada pertandingan, sapa yang cantik akan dapat hadiah.. Semoga Hana menang lah.. ekekek. .senangat sikit dia nak bergaya lagi tahun depan..


Ais Krim Oreo Hana Darina

Salam,
Ini kisah hujung minggu santai di rumah, kisah Hana dan Ais krim yang dia nak buat.. memang comel anak aku sorang nih... dia belajar dari mana pun tak tau, asyik ckp nak buat ais krim oreo kat mommy dia... cara nak buat.. mula2 amik oreo, masukkan dalam blender, dah hancur, masukkan dalam susu.. lepas tu letak dlm peti sejuk.. lepas tuh.. boleh makannnnnn...

Nampak macam mudah jer kan.. ekekeke.. minggu lepas sibuk nak buat agar-agar... entri ni aku cuma nak cerita pasal buat ais krim jer.. ekekeke.. siap ada video cara2 nak buat ais krim lagi... ekekeke..

So Ahad, aku dan isteri pun singgah ler speed mart beli susu dan oreo... dah buat, setiap jam nak g tengok ais krim dia... lambat plak nak keras.. malam baru dpt mkn... masih ada lagi tuh... hari ni dpat la kot makan yang betul-betul keras..



Basikal Untuk Haziq sempena Birthday

Salam semua,
Uiii... lama tak menulis.. makin lama makin baloq oooo nak tulis walaupun ada juga cerita-cerita yang nak di kongsi... ekekeke..

Kali ni aku just nak tulis pasal basikal untuk Haziq sempena besday dia. Walaupun dah lewat dari tarkh hari lahir dia 13 Julai, tp ok la.. jumpa yg ok.. Memang aku dah bajetkan RM200 sorang max untuk hadiah besday, jadi anak2 boleh pilih la nak apa.. masing-masing ada la benda dalam kepala dorng tuh...

Ajiq, dia nak basikal, tp mana nak dapat basikal dengan harga rm200.. melainkan 2nd hand... jadinya dia nak tambahkan guna duit raya utk dapatkan basikan yang harga dlm RM300... dari bulan lepas dok ushar.. kat mudah, kat Lazada... tp takde yang berkenan di hati.. kalau ada pun nampak mcm tak kuat.. jap nnt dah berkarat..

Aku ada mesej 2 orang kat mudah utk basikal, ada yang baru ada yang 2nd hand.. yang baru tu MTB harga dalam RM319, tp kalau beli cemana ntah nak amik.. payah plak.. tangguh punya tangguh.. baru pagi tadi aku beli kat lazada.. mahal juga la.. RM385, tp nampak mcm quality.. tunggu dapat la baru tahu.. aku rasa ok kot.. harga asal RM599.. tp ada diskaun.. terus aku sambar..

Harap dlm minggu ni sampai lah... Basikal dia kalau tgk nampak ok.. disk break, ada absober depan.. berat dlm 16kg.. ok juga lah.. Jenama MontBike, made in Taiwan.  Saiz 26".



Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.