Seronok, konfius, best, takut, risau, sayang.... berkisar dlm perutku...

Salam,
Sekarang mcm2 perasaan dalam benak sanubari ku. Nak kata seronok, seronok juga, nak kata konfius, boleh jadi juga, nak kata best, mungkin juga, takut risau dan sayang semua ada...

Macam yang aku post entri sebelum ni kisah hana demam berpanjangan membuatkan aku risau tak tentu arah... memang risau dan tersangat risau.. bila mana doktor cakap berkemungkinan terkena bakteria pneumonia lagi lah terkedu. Bila kita cari info tentang kesan2 bakteria ni memang agak bahaya. Tp dalam kes Hana, baru peringkat awal, masih boleh baik dengan antibiotik biasa. Kalau dalam masa 24j tak nampak perubahan, perlu lanjutkan ke hospital untuk ubat antibiotik yang lebih kuat dan di "drip" masuk dalam darah.. itu yang tak nak tuh...

Selain risau, aku ada perasaan seronok, gembira dan happy... ekekekek.. rasa nak senyum je berpanjangan... apa tidaknya... isteri aku masih belum period dah lebih 10 hari... tp bila check guna tester tu takde plak 2 jalur.. setakat ni dah 2 tester isteri aku guna... last2 kitaorng pergi klinik... doktor pun suruh test lagi sekali... guna tester dr klinik dengan ketepatan 99% pada keadaan 3 minggu pertama dah boleh detect... isteri aku dlm kiraan masa ke klinik dah 5 minggu... masih negative...

Apa kata doktor? doktor kata, kadang-kadang perkara macam ni memang boleh berlaku.. ada masa berlaku "false positive", test mengandung, tapi sebenarnya tidak... dan keadaan sebaliknya juga boleh berlaku, "false negative", bila cek negative sbb takde 2 jalur tp sebenarnya mengandung... macam mana tuh..

apa yang doktor Haslina bagitau, ada beberapa kemungkinan negative tp period belum keluar. pertama, hormon tak stabil, maybe penat, stress, ada ambil apa2 ubat. Benda2 tu akan menyebabkan hormon tak dapat nak trigger darah untuk keluar pada waktunya, jadi darah akan melekat di dinding rahim. Kedua, berkemungkinan ada cyst, maybe cyst di dlm rahim yang menghalang hormon utk bertindak balas untuk keluarkan darah haid, atau cyst di kawasan telur.. menyebabkan pengeluaran telur terjejas. Ketiga, dah ada persenyawaan tp masih belum cukup utk membuatkan test menjadi positif.. kalau dah ada persenyawaan, tapi negative pada tester, ini yng kita panggil "false negative".

Berbalik pada kes aku td, Doktor Haslina sarankan guna scan untuk memastikan betul2 negative dan takde cyst dalam rahim sebelum bagi ubat utk flush darah haid. Bila doktor check, hasilnya tiada cyst dalam rahim atau mana2 tempat sekitar yang biasanya cyst boleh terjadi. Alhamdulillah. Doktor scan lapisan darah yang terlekat di dinding, ukuran masih 0.9cm. Sekiranya terlalu tebal melebihi 1cm, dan memang takde kehadiran janin, boleh lah ambil ubat untuk keluarkan darah haid.

Bila doktor scan lagi, ternampak macam ada kantung fetus, tapi masih kecil dlm lingkungan 0.45cm. Apa yang doktor cakap, biasanya kalau saiz kantung lebih 1cm, baru ada rembesan hormon dan membuatkan bacaan tester menjadi positive dan ada belang.

Apa nasihat doktor? oleh kerana tiasa cyst, ketebalan lapisan darah masih kurang 1cm, Makanya masih boleh lagi tunggu dlm 3 ke 4 minggu sebelum ambil ubat utk flush darah haid tu. Dan sebab ada kelihatan kantung fetus, yang kecik mcm tuh, doktor sarankan tunggu dlm masa 3 ke 4 minggu untuk cek semula.. lepas 3 4 minggu, kalau kantung tu membesar, maknanya positive la tuh.. kalau kantung masih macam tuh.. boleh lah ambil ubat utk flush darah haid.

Jadi apa kene mengena semua perasaan aku kat atas ngan cerita pregnancy test nih? satu, aku sebenarnya rasa macam nak ada baby lagi...  so dengan keadaan yang mcm ada tanda2 positif tu buat aku rasa mcm happy.. rasa berbunga2.. bila rasa mcm ni.. aku rasa mcm nak peluk isteri aku... dalam masa yang sama, ada perasaan konfius.. sbb kalau mengikut perkiraan waktu subur atau tidak, macam tak kena.. tp kemungkinan tu ada utk ada sekiranya waktu ovulasi berubah sikit.. wallahu alam...

Dalam masa yang sama, aku mcm rasa takut dan risau juga kalau isteri pregnant, nanti aku yang kena alahan macam masa Hana dulu, rasa takut dan risau nak tunggu sampai deliver, takut apa2 jadi kat isteri,. harap semua terbaik jer la..  apa pun memang la kita sayang isteri kita kan.. ekekekek... alhamdulillah, kasih sayang masih kuat dan utuh... karen masih kuat...

Sekiranya lepas tiga minggu dan masih negative.... kita terima seadanya.



Hana Darina Demam lama yang cukup merisaukan

Salam All,
Aku coretkan hari ni tentang kerisauan yang agak tinggi dalam diri aku. Dlm bulan 8, tahun lepas, Hana Darina pernah masuk wad sbb ada kuman dalam darah, kelenjar belakang telinga bengkak, muka nampak sembab... Lepas tu panas tak kebah2 2 3 hari.. sampai la kena ambil darah.. beberapa kali ambil darah cukup menyayat hati melihat anak kecik kena cucuk dengan jarum.. bayangkan lah salur darah halus,, doktor kena cucuk berkali2 baru dapat cucuk tempat yang betul... boleh baca kat sini Pengalaman pertama Hana Darina Tido Hospital.

Kali ni, Hana Darina masih bertahan lagi, demam dari hari Rabu lepas, 22hb Mac 2017, hari ni 27hb, dah lebih 5 hari demam.. Masa bawa pergi klinik 22hb pun dah kena Neb, utk cairkan kahak dalam paru2... doktor bg ubat demam, ubat utk kembangkan paru2 kena mkn 1x sehari selama 3 hari.. 10ml kot... lain2 ubat demam+antibiotic mcm biasa jer la.. 3x sehari...

Sampai hari ni, demam masih belum surut, jadi pagi td bawa lagi ke kinik. doktor dengar paru2, ada satu tempat lagi yang ada bunyi "wheezing"(symptom mcm asma) tetapi asma bila doktor dengar melalui stetoskop akan dengar di keseluruhan depan dan belakang, ini cuba satu tempat saja, sebelah kanan paru2. Doktor syak hana mungkin terkena jangkitan kuman Pneumonia tp dlm keadaan yang masih tak teruk.

Untuk kes ini, ada 2 option, sama ada cek darah pergi ke hospital, atau ambil ubat antibiotik yang berkenaan(lebih kuat) dan monitor selama sehari, kalau panas boleh kebah, alhamdulillah, kalau tak boleh kebah, kena refer ke hospital. Aku kalau boleh memang nak elak ke hospital lagi dah.. dan berharap sangat hana akan cepat sembuh sehari nih.. esok panas boleh kebah.

Masih tak berani nak cakap, masa aku menulis entri ni, Hana masih panas tghhri td, lepas makan ubat, surut kejap.. harap sangat sampai malam surut, abis kuat pun dedar sampai esok . so boleh monitor terus. Tetapi kalau sampai esok pagi masih panas mencecah 38~39 degree, mesti doktor akan refer pergi ke hospital.

Kita tgk esok cemana, Ya allah, berikan lah kesihatan yang baik terhadap Hana Darina. Semoga esok hana sihat dah boleh ke sekolah seperti biasa... aminnnnnn..


Ni masa ke klinik hari Rabu lepas.. muka macam nak marah je tuh... 


Doktor Haslina ni pada aku memang terbaik, biasanya kalau jumpa dia, mesti baik sbb dia akan bagi ubat mengikut symptom2 yang betul.. bukan main bedal jer.. respek....

 Bila doktor check, masa hari rabu tuh, doktor nampak Hana Darina macam penat, tarik nafas mcm semput, bila dengar ada bunyi "wheezing", macam penuh kahak dalam paru2, kalau lambat bawa jumpa doktor, kemungkinan boleh semput atau sesak nafas macam orang sakit asma.. mohon di jauhkan..

 Yang ni hari ni punya gambo, masa menunggu, Hana Darina macam tak larat, baring sambil minum susu... kaki memang nak ngebat selalu.. hehehe...

Bila abah nak amik gambo ngan mommy, mesti Hana Darina nak kacau daun, tengok ler muka dia... walaupun sakit, tersenyum lebo,,, nampak abis gigi rongak dia.. susah nak dapat gambo senyum ikhlas macam nih... hehehe...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.