Impian 5 tahun akan datang!!

Salam guys,
Hari ni aku nak cerita sedikit pasal impian aku 5 tahun akan datang.. Setakat hari ini, aku start pasang angan2 yang aku dan isteri akan beli rumah dlm masa 5 tahun akan datang.. dan impian aku, dlm tempoh tersebut, aku sempat untuk menyimpan duit 150 ke 200k.
Bukan setakat tu saja, untuk tempoh 5 tahun ni, aku juga berhasrat ingin mengurangkan hutang.. melainkan utang2 yang besar. lepas clear semua hutang, terutama kad kredit ada dlm 5k... then hutang kereta dalam 18k... inshaallah akan di teruskan untuk menabung dengan teknik2 tertentu.. dalam masa 3 hingga 5 tahun, kita boleh mengumpul 150 ke 200k.. huhuhu.. inshaallah..

Ok, setiap impian mesti ada cara utk di capai. .dalam masa yang sama mesti ada cabaran2 yang perlu aku hadapi.. cabaran pertama, yg aku kena settlekan adalah rumah rawang... aku beli rumah di bandar tasik puteri rawang pada tahun 2000... dengan harga 128k... bayaran bulanan rm800+ jer... namun.. selepas mengharungi krisis kewangan.. (sendiri punya masalah).. ada kala aku miss byr hutang.. bukan setakat itu.. duit EPF akaun 2 pun habis di keluarkan untk menampung pembayaran tertunggak.. dan last sekali.. tahun 2012 aku berhenti kerja.. masalah tersebut makin meruncing.. sehingga tahun 2014 rumah aku hampir di lelong.. aduhai...

Sehingga aku mula bekerja semula 2014 bulan 9.. aku call officer, pada masa tu cuma tinggal 2 hari sebelum lelongan.. dia ckp.. aku kena bayar sekurang2nya separuh dari tunggakan then baru dia boleh tolong utk tarik balik dari lelongan dan refinance semula.. aku buntu,... aku call penyewa,.. nasib baik dia setuju nak amik rumah aku dan sanggup bayar dlm 6 ke 7k utk langsaikan tunggakan separuh...

Keesokannya dia bankinkan hampir 7k, aku call bank dan bank terus proses utk menarik rumah dari lelongan dan membuat perjanjian semula dengan pinjaman sebanyak RM124,328.16 pada kadar interest 3.50%+BLR (6.85%)... WHAT!!!!! giler wei.. aku dah bayar dari tahun 2001... sebyk 800++, 900++ sehingga thn 2012.. last2 tersungkur... dan refinance dengan pinjaman sbyk 124k? pada kadar interest lbh 10%...WTF... namun aku pasrah.. itu lah risiko yang harus aku tanggung...

Hal rumah selesai seperkara.. namun belum 100% selesai.. skrg, loan nama aku.. tp orang lain bayar.. jadi.. atas nama aku telah ada komitment rumah... ayoyo.. jadi utk selesaikan 100% kes aku.. aku kena letgo kan rumah tersebut secepat yang mungkin.. jadi aku kena pastikan... pembeli rumah aku tu dapat buat loan secepat mungkin dan menukarkan nama aku ke pada nama dia.. baru selesai... baru aku keluar dari belenggu hutang.. bebas utang.. YESSSS

Tp bilanya.. huhuhu.. inshaalah secepat yang mungkin... Nanti aku sharekan bagaimana aku nak saving duit sehingga 200k untuk tempoh 5 tahun.. inshaallah..







Lama tak post dalam blog nih

Salam kawan2.. takde sapa baca kot blog nih.. just tulis utk diri sendiri tgk balik di masa akan datang... sapa yang terbaca blog nih.. terima kasih.. sila tinggalkan komen ye..
Last post tentang pengalaman buka gerai nasi daging... aku tak sempat untuk berniaga lama kerana tak dapat untuk menampung segala perbelanjaan bulanan keluarga aku.
Ye la, sebelum ni kerja sebagai pembuat software, tiba2 berhenti kerja untuk cuba kerja sendiri... dengan hasil titik peluh sebulan kurang RM1k, tak cukup untuk menanpung perbelanjaan keluarga..
Tp dengan pengalaman membuka gerai, banyak yang aku belajar... Ada sesetengah orang mungkin fikir kebodohan aku berhenti kerja dan beralih kerja sendiri.. tp dengan kebodohan aku ini, aku dapat belajar sesuatu dalam hidup.. tidak sukar untuk berniaga, namun untuk bertahan lama agak sukar memandangkan aku berniaga benda yang rare.. jarang jarang dapat.. jadi nak dptkan regular customer tuh ambil masa..
Kita boleh berniaga, tp sebagai dr pekerja swasta yang mendapat gaji tetap, kepada kerja sendiri yang mendapat gaji tak berapa tetap.. memang kena ada duit pusing sekurang2nya setahun... aku ada duit pusing dlm 3 4 bulan sahaja.. dan pulak setiap bulan tak dapat tampung segala perbelanjaan harian keluarga.. jadi.. kalau korang berniat nak berniaga.. bukan setakat duit pusing utk setahun... segala duit utk perbelanjaan bulanan juga perlu ada dlm tempoh tersebut.. sekurang2nya tidak mengganggu duit pusingan modal untuk berniaga..
Setelah berniaga lebih 8 bulan.. akhirnya aku surender... terpaksa kerja parttime untuk menampung perbelanjaan keluarga.. nasib la ada isteri yang sanggup membantu.. alhamdulillah.. kalau takde support kuat.. mungkin aku tak dapat bertahan.. huhuhu..
dan akhirnya.. aku terpaksa buka semula jobstreet untuk mencari kerja... tp semangat untuk berniaga masih ada.. walaupun dalam keadaan susah, rumah hampir di lelong... makan minum di catu.. astro, unifi semua di potong... perkhidmatan celcom di kecilkan.. dr RM68 sebulan tinggal RM28 sebulan... amat mengajar aku erti hidup susah... susu baby di catu.. allahhuakbar.. tak tahu apa nak ckp...
Skrng aku sudah bekerja semula.. sedang membaik pulih segala bentuk kewangan supaya stabil semula.. mula kumpul wang semula utk mula sekali lagi berniaga satu hari nnt..
Segala pengalaman berhenti kerja dan mula berniaga sendiri banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan... Doakan aku berjaya dunia dan akhirat...


Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.