Latest Posts

Selamat Tahun Baru 2024

 


Salam all,

Selamat Tahun Baru 2024 aku ucapkan. Semoga azam-azam korang di tahun2 lepas tercapai. Azam cuma nak jaga kesihatan, jaga makan dan perbaiki hubungan dengan Allah s.w.t. Inshaallah. 

Harap dengan kedatangan tahun baru ini membawa sinar baru untuk semua. Alhamdulillah, tahun 2023 berakhir dengan penuh makna, semua baik-baik saja, alhamdulillah. Rumah Verando pun dah dapat kunci, check defect bagai.. pada masa aku tulis blog ni pun aku dah tinggal di Verando ni baru dalam sebulan sejak awl bulan 12 tahun lepas.. 

Sehinggakan malam tahun baru, kami hanyalah duduk di rumah di depan TV sambil melihat pancuran bunga api dari arah sunway Pyramid saja. Tenang-tenang saja.

Tahun 2023 juga rezeki kami suami isteri dapat membeli rumah di Suriamas juga. Sepatutnya settle awal tahun ni, tapi alhamdulillah perjalanan pembelian sangat lancar, dah kami dah dapat kunci penghujung bulan 10 2023. Jadi bulan 10 sehingga bulan 12 kami sekeluarga sangat bizi dngan perpindahan rumah.. dr bawah ke atas, dari atas ke Verando. Masyaalah, terima kasih ya - Allah mengurniakan rezeki berlipat ganda. Semoga aku dan isteri sentiasa di murahkan rezeki.. 

Kami amat bersyukur.. Awal perkahwinan sememangnya kami di uji dengan ujian yang sangat mencabar dan kami dapat mengaharunginya bersama. Di sebalik ujian yang datang sudah pasti Allah SWT tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. Malahan, ujian yang diberikan adalah selaras dengan kemampuan hambaNya.

Perkara ini telah dinyatakan melalui firman Allah SWT melalui Surah Al Baqarah, ayat 286 yang maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya.” 

Alhamdulillah, semoga kami sentiasa di kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat kita semua pada  tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Salam tahun baru.. 2024!!

Sakit tekak berpanjangan vs infection kelenjar tiroid

 Salam,

Berkisar kepada entry sebelum ni berkenaan doctor diagnose berkenaan kelenjar tiroid yang terkena jangkitan kuman. Memang bacaan tiroid memang tak berapa cantik, namun ianya bukanlah penyakit tiroid yang biasa, cumanya hanyalah jangkitan kelenjar tiroid. 

Namun, selepas beberapa bulan, kira-kira awal bulan October ritu, sakit kerongkong isteri mcm datang semula. Bila jumpa doktor Haslina, dia masih tidak puas hati dengan treatment yang pernah di berikan oleh doktor Alex di Sunmed, dia hairan kenapa tak treat penyakit ni bebetul, setiap kali follow up, sekadar ambil darah dan tengok bacaan tiroid dan lihat pada bacaan infection (C-reaction) dalam darah. Mengikut pengamatan Doktor Haslina, C-reaction ni tak semestinya tiroid, boleh jadi ada tempat yang masih infection dan tiada tindakan susulan dari pada itu. 

Oleh sebab dah jumpa doktor Haslina sebab sakit kerongkong, lihat pada anak tekak atau tonsil, tiada yang bengkak atau ber"ulser". Doktor sarankan jumpa doktor pakar, tapi berjumpa doktor lain di hospital lain. Jadi kami bercadang ke Hospital Ara Damansara dan berjumpa dengan doktor Fatah. Pakar ENT. Masa kami mula ke sunmed juga kami bermula dengan berjumpa doktor pakar ENT di sunmed dan seterusnya dia refer isteri ke pakar Endocrinologi. Namun kali ni kami rasa kami berjumpa dengan doktor pakar yang betul dan dapat treat penyakit yang betul, bukan sekadar ambil darah dan bagi antibiotik or ubat steroid yang hanya untuk kurangkan kadar infection, tapi infection di bahagian mana pun tak pasti.

Bila Jumpa doktor Fatah di Ara Damansara ni, doktor beri penerangan dulu, bahagian mana yang sakit tadi.. siap tunjuk gambar kerongkong orang yang sakit dan normal. Ada 2 punca jangkitan, 1 dari belah atas, mungkin mukus2 or infection di area muka or rongga hidung turun ke kerongkong atau pun datang dari dalam perut, asid-asid dari dalam perut keluar naik ke kerongkong dan membuatkan kerongkong sakit. 

Bila masuk Skope, memang sah sakit korongkong di area peti suara tu datang dari asid dr dalam perut. Doktor baru ubat utk gas dan ubat utk kurangkan kahak.. Alhamdulillah lepas seminggu makan, sakit tekak berkurangan.

Apa yang aku boleh simpulkan di sini, kalau dari awal doktor ENT dari sunway med dapat kesan benda ni dan tak refer ke endocrinologi ke apa, mungkin masalah gas dari dlm perut ni selesai awal lagi. Apa pun, walaupun mereka pakar, namun kadang-kadang mereka juga boleh buat silap. Kalau penyakit masih berterusan, bermakna mungkin treatment yang kita dapat tuh tak menepati penyakit  yang kita alami sekarang. 

Sebab ini juga kami memang suka ke klinik Shaik, sebab doktor Haslina akan cari punca yang betul dan berikan ubat yang betul utk treatment, inshaalah boleh baik semula, dengan izin Allah.

Alhamdulillah, yang kami dok fikir infection kelenjar tiroid tu hanyalah andainan dari bacaan result darah saja. Lepas berjumpa doktor Fatah, boleh kata confirm yang penyakit tu sebenarnya adalah menda lain. Harap isteri terus sihat walafiat. Aminnnn

Nak try MAF (maximum aerobic function ) trening (Run slow to run fast)

 Salam,

Fuyooo.. lama stop tulis. Tak tahu la kenapa.. last post pun, gambo tak masuk.. hihihih.. Takper la kan.. Ni rasa nak tulis plak, bukan apa, sebagai rujukan di masa depan plak. Kali ni aku nak cerita pasal MAF trening, apa tujuan aku kaji dan nak try buat MAF trening ni.

Aku selalu juga jogging, di luar padang dan juga treadmill, tp kadang-kadang Heart Rate (HR) tinggi. Jadi ada saranan untuk mencuba MAF trening untuk berlatih dan berlari mengikut kadar HR yang rendah. Bukan mengikut Pace. SEbelum ni aku cuma nak ikut pace selagi mana HR tak melebihi tahap bahaya. 

Apakah MAF ni sebenarnya? MAF ni sebenarnya singkatan dari Maximum Aerobic Functions specific untuk umur masing-masing. Cara kira HR yang kita perlu patuh adalah 180 - umur kita. Macam aku sekrang umur 46, jadi HR utk latihan MAF aku adalah 180 - 46 = 134 . Jadi range sesuai adalah 124 ~ 134 +-5 la.. kalau ikut dalam calculation jam aku, max aerobic cuma setakat 139 jer... kira kena la dengan pengiraan MAF trening aku.

Apa kelebihan dia, kalau tengok dari pengalaman orang yang buat MAF ni, menda ni memang akan amik masa panjang untuk dapat result yang padu.. contohnya hari ni dengan HR MAF boleh berlari dalam kadar pace 10, mungkin lepas setahun, dah boleh lari laju sikit, mungkin 8 or 7 pace dengan kadar HR yang rendah. 

Satu lagi, dalam badan kita ada 2 bentuk system yang menjana tenaga untuk di bakar,  aerobic dan anaerobic. Tapi apa yang kita tak perasan adalah, ada research menyatakan bahawa lebih selamat dan lebih efisyen untuk berada dalam zon aerobic (~80%) semasa melakukan aktiviti terutamanya berlari. Bermakna pada kadar ini, kita boleh berlari dengan lebih lama.

Sistem aerobik ("dengan oksigen"), menggunakan oksigen untuk menukar lemak kepada tenaga untuk menguatkan otot anda. Sistem ini bergantung pada bekalan mitokondria yang banyak (bahagian sel yang menukarkan nutrien kepada tenaga). Badan kita mempunyai simpanan lemak yang besar (walaupun orang kurus), jadi dengan sistem aerobik yang baik, kita boleh terus berlari untuk masa yang lama.  

Sistem anaerobik ("tanpa oksigen") akan bermula apabila oksigen tidak mencukupi untuk keperluan anda. Sebagai contoh, apabila anda berlari dengan kuat dan pantas, anda menggunakan oksigen lebih cepat daripada yang anda ambil. Untuk mencipta tenaga yang anda perlukan, otot anda mula memecahkan bekalan gula (glukosa) mereka. Sistem anaerobik menukar dengan cepat dan paras glukosa badan anda berada dalam bekalan yang terhad, jadi anda tidak boleh berlari terlalu lama menggunakan sistem anaerobik anda. 

Itu salah satu info berguna yang aku dapat. Harap aku dapat bertahan dengan MAF trening ni sekurang-kurangnya 20 minggu. Mungkin dengan MAF trening ni dapat mengurangkan lemak2 tepu dalam badan. Plan trening, cuma min 3x seminggu berlari selama sejam. tak kira pace dan jarak. Cuma masa dan HR saja. 

Sekarang berat pun dah 90kg.. mungkin lepas 12 minggu trening akan turun 3 4kg.. inshallah.. nanti kalau rajin boleh update lagi. 

Semoga istiqomah.

Ke utara untuk kenduri Nazirah dan bermalam di Alor Setar

 Salam,

Pada minggu ke-3 bulan May, kami sekeluarga travel ke utara. Kami memulakan perjalanan pada hari jumaat malam jam 830 malam. Ikut plan nak tdo di rumah abang Chik, namun ada aral melintang, bang chik dan lin di sahkan positive covid plak. Jadi rancangan di ubah tidor di rumah kakak. Kebetulan adik Daus pun tak dapat pergi.

Kami sampai di rumah kakak dalam pukul 12.30 malam. Kira ok lagi la sebab kami berhenti di RnR simpang pulai agak lama juga. Sempat la merasa mee kari yang mak bawa dari kampung. Paginya kami bersiap, dah bertolak dari rumah kakak jam 1030pagi. 

Sampai di Alor setar dalam jam 12 tghhr, nampak ramai dah tetamu yang hadir. Terus kami menjamu selera. Lepas menjamu selera, kami lepak-lepak jer la dibawah kemah menunggu sedara-sedara lain yang datang. Jumpa la ramai sedara mara yang datang. Sememangnya kenduri ada lah salah satu cara kita nak berjumpa semula dengan sedara-mara jauh dan dekat. 

Dalam masa yang sama, kami ada menyewa homestay di Alor setar ni. Dengan harga RM800 satu malam. Ada 6 bilik dan ada swiming pool yang agak besar. Ruang depan pun luas, ada tempat bakar membakar. Dalam pukul 3lbh kami bergerak ke homestay.

Lepas rehat sebentar di homestay, petang sikit dalam pukul 4 ptg macam tuh, kami start hidupkan api. Kali ni bakar membakar kami cuma bakar hotdog dan daging burger saja. Makanan berat kakak dah bawa periuk dan frozen food utk buat steambot. Shiok oooo, sambil makan sambil mandi kolam.. nikmat tak terkata. Yang paling best ramai bersama keluarga. Abah pun terjun kolam.

Keesokkan harinya ahad, awal pagi dah start hujan, jadinya tak dapat la nak mandi kolam buat kali terakhir. Nak buat cemana kan. Breakfast di sediakan oleh geng-geng perempuan, nasi lemak. Lepas siap breakfast, dalam jam 11pg. Kami terus gerak. Singgah di Subaida restoran pekena sik kandaq, dalam pukul 2 lebih kami gerak terus balik ke PJ dari penang.

Alhamdulillah perjalanan lancar sama macam perjalanan ke utara. Lebih kurang pukul 7 malam kalau tak silap kami sampai di PJ. Singgah beli yong tau fu dan ayam shinlin untuk makan malam.

end. 

Cik Isteri di warded untuk drip antibiotik (Kelenjar tiroid infection)

 Salam,

Lepas 7 hari jumpa doktor pakar Endorcinology & Diabetes Dr Alexander Tan Tong Bong. Pada hari khamis 11.5.2023 isteri macam lesu tak larat, nak bangun pun macam lemah. Jadi pagi tu, aku bawa pi klinik jumpa doctor Haslina. 

Lesu terus lepas stop ubat 

Doktor Haslina pun buntu dan sarankan continue makan ubat panadol / tahan sakit sampai untuk bertahan sampai dapat jumpa doktor Alex Sabtu (13.5.2023). Doktor cuma bagi cuti 2 hari untuk berehat. Pada aku ok la, boleh la isteri baring dan tidur untuk rehatkan diri.

Hari Sabtu (13.5.2023) awal pagi kami dah pergi ke klinik, pada kali pertama appointment untuk jumpa doktor Alex, kami serahkan surat untuk ambil darah. Sebenarnya kena register dulu di kaunter pendaftaran dan kemudian baru boleh letakkan surat untuk ambil darah. Lepas dah siap ambil darah macam biasa kami ke Cafe Sunmed. Aku agak suka cafe ni sebab pilihan makanan dia agak byk.

Port best kalau datang SMC ni

Pekena Capati + telur hancur

Lepas makan, terus ke area ruang menunggu depan bilik doktor alex. Biasa klinik buka dalam pukul 9pg. Masa menunggu setakat ni ok lagi la.. dalam 20 ke 30 minit dah dapat jumpa dengan doktor. Dapat jumpa doktor, doktor beritahu bacaan hormon tiroid ada nampak penurunan tapi masih belum memuaskan. Jadi doktor sarankan untuk masuk wad dan di dripkan dengan antibiotik supaya bacaan hormon tiroid ni betul-betul kembali normal.

Nak tak nak, aku rasa better la masuk wad. Menunggu la kami 3 beranak di ruangan admission counter. Dah register masuk pun masih kena menunggu sebab nak tunggu bilik kosong. Tapi tak lama sangat pun. dalam jam 11 pagi macam tu, dah dapat masuk. Ambil bilik 2 orang sebilik dan kebetulan dapat tepi tingkap. Kira tepi tingkap ni privasi lebih sikit.. kalau tepi pintu, nanti orang nak melawat yang tepi tingkap kena melepasi katil tepi pintu.. privasi kurang.

Register siap

Pengalaman pertama isteri masuk SMC

Ubat yang di drip masuk. harap sihat la lepas ni.. inshaallah.

Tengah hari sikit dalam 2 lebih macam tuh, aku dan Hana balik, sebab aku ada appointment dengan REN nak tengok rumah. Jadi aku pergi semula ke spital petang skit. sampai la pukul 8 malam, Malam pulak Hana ada jemputan Hari Raya kat flat sunway, aku hantar jer la. Ahad, pukul 9pg aku 2 beranak dah tercegat kat Spital dah. Lepak hospital dari pagi sampai malam terus. 


Hari isnin aku minta WFH. Jadi aku boleh kerja di spital. Sian nak tinggal bini sorang-sorang kat spital. Selasa alhamdulillah dapat discas. Selasa tu aku amik EL sbb nak uruskan discas tuh. Masa dok kat spital isteri aku nampak sihat elok dah, takde la nampk mcm pucat tak larat macam masa kat rumah. Tp lepas discas, ada sikit2 rasa sakit leher. So perlu makan ubat tahan sakit. 


Beberapa hari jer la mkn. Lepas tu tak makan dah tak sakit dah.. alhamdulillah. then next weeknya 23.5.2023 follow up dengan doktor, nampaknya bacaan tiroid dah kembali normal, alhamdulillah, cuma bacaan infection masih ada dalam 28%. Doktor cakap bacaan tu sepatutnya kena kurang 5%. Jadi doktor masih balik ubat streroid sebiji sehari utk seminggu dan lepas seminggu makan separuh sehari utk seminggu lagi.. kemudian jumpa balik doktor. 

Harap next follow up memang clear semua lah..setakat hari ini, alhamdulillah, sakit leher rasa bengkk tu dah hilang. Ubat tahan sakit pun dah tak perlu makan. 

Sampai sini jer la dulu entry kali ni.

end.  

Open house kali pertama di Suriamas condo

 Salam,

Selepas cerita ke spital. Masih belum bernoktah lagi.. kita teruskan dengan cerita pasal open house Raya kali ni. Then aku sambung balik kisah sakit sebab infection kelenjar tiroid nih. Plan nak buat open house ni memang selalu di plan setibanya raya. Tapi kali ni kitaorang bagi jadi. Masa kat rumah bawah lama di PJS 10/14 dulu ada la beberapa kali kami buat. lepas PKP memang takde dah.

Kiranya ini kali pertama kami buat di rumah Suriamas nih. Kebetulan balik dari kampung jumaat, jadi ada 3 hari untuk kami cari barang-barang untuk open house. Cuti memang sampai isnin (labour day). Alhamdulillah, kesihatan isteri yang mengizinkan, dapat kan meneruskan niat nak buat open house raya. Menu yang di ketengahkan adalah, nasi tomato, lontong, rendang daging, kuah kacang, lemang/ketupat bubur pulut itam sebagai pemanis mulut. 

Kiranya lepas kami berjumpa doktor pada pagi jumaat tuh, 5/5/2023. Kebetulan aku amik cuti utk hari tuh.. sebab takut urusan kat hospital lama. So hari jumaat tu pun sempat gak kitaorang cari sikit2 lagi bahan utk masak memasak habuan open house keesokan hari nya.

Jadi petang jumaat kitaorang dah start potong memotong dah. Settlekan rebus ketupat nasi, masak rendang ayam, dan buat kuah kacang. dalam pukul 5 tu start, pukul 10 malam baru siap.. lama gak la.. mlm ni tdo awal.. esok awal pagi nak start masak nasi tomato dan kuah lontong.. 

Jadinya pagi sabtu bertungkus lumus la kami 2 laki bini masak memasak. Dengan kuah lontongnya, tumis utk nasi tomatonya. ayam masak merah lagi.. nasib baik ayam kami dah goreng semalam.. tu yang lewat baru siap.. sebab goreng 3ekor ayam. Nasi kami masak 8 pot 2x masak. Asal nak masak 3x, sekali tengok 16 pot total pun dah penuh flask merah tuh. 

Kira-kira jam 11.30 pagi juga la baru segalanya ready.. Air kitaorang buat air sunquic blackcurrent. Air awal pagi aku dah p beli 2 bungkus. Alhamdulillah. Setup meja, awal2 ni adik beradik pun sampai. Oman dan Zati, adik daus dan Azu pun sampai dari Seremban. Tak lama tuh Azam ngan Mawar pun sampai. 


Sempat la kami snap gambar family sekeping 2 dan menjamu selera dulu. Seterusnya tunggu kawan-kawan aku dan isteri. Bermula jam 2 tghhr. Ramai juga kawan-kawan yang aku jemput hadir. Firdaus yusof dan keluarga, botak dan isteri, razi dan isteri, bos isteri dan keluarga, arif dan keluarga, gigi, Jen & Tam sekeluarga dan keluarga, asan dan keluarga, dan juga nai dan keluarga.. lebih 30 orang juga lah. 


Alhamdulillah, kiranya pada jam 6ptg tu, semua makanan yang di sediakan memang cuku dan habis di semua.. baguslah takde yang tinggal. Rumah apartment memang susah nak panggil ramai-ramai sngat. Sebab kalau semua orang datang serentak, agak susah nak handle sebb ruang tak muat. 

Rasanya sampai sini dulu entry kali ni. Insyallah kalau ada rezeki , tahun depan boleh buat lagi open house.

end


Bawa Cik isteri ke Klinik sebab sakit leher (Kelenjar tiroid bengkak)

 Salam,

Setelah balik dari kampung jumaat tuh. Hari Selasa (2/5/2023) pagi aku bawa isteri ke klinik untuk cek sakit yang di alami isteri kesayangan aku ni. Sakitnya bermula sebelum raya lagi, beberapa hari sebelum raya kitaorang dah ke klinik dan ambil ubat antibiotik. Sakit tekak bersama dengan sakit di bahagian leher, sentuh sakit, telan makanan pun terasa sakit. Then Demam plak macam ON and OFF.

Semasa di kelantan pun kesihatan isteri masih tak berapa betul, kena sentiasa ambil panadol. Pada malam sejuk sampai menggigil, bila panas sikit, peluh ceghau macam baru lepas lari 100m. Sehingga balik ke kampung sungai dendang, masih bererusan ambil ubat panadol, then di sebabkan sakit leher, kami memang ingat sakit tekak belum abis. Tambah plak ubat difflam.

Berbalik pada cerita ke klinik selepas balik dari kampung, bila jumpa doktor haslina, check tonsil memang dah takde bengkak, doktor pun rasa something yang tak berapa nak elok. Jadi dia sarankan kami ke Hospital untuk berjumpa pakar. Jadinya kami terus ke Sunway Medical center untuk jumpa doktor pakar ENT.

Kami berjumpa dengan doktor pakar ENT, doktor masukkan scope ke dalam kerongkong, lepas tu doktor minta buat scan dan ambil darah. Dari keputusan tersebut baru boleh buat penilaian apa yang menyebabkan sakit leher dan deman on off yang berpanjangan.

Keputusan darah masih dalam proses, jadi untuk hari ni proses dah selesai, ambil ubat dan rehat kat rumah. Leher masih sakit lagi. Then isteri dapat keputusan darah yang mana bacaan hormon tiroid terlebih dari paras normal. kami terpaksa buat appointment untuk berjumpa dengan pakar tiroid plak. Allahu, semoga takde apa yang serius. Memang agak risau kalau berkaitan dengan tiroid ni. Kami set kan appointment pada 5/5/2023. Nurse ada sertakan surat untuk urusan ambil darah sebelum bejumpa doktor pada hari tersebut.

Hari yang di nantikan pun tiba, kami berjumpa dengan doktor Endocrinologist. Doktor beritahu bahawa, ini bukan penyakit tiroid, bacaan hormon tiroid yang tinggi ada lah di sebabkan kelenjar tiroid yang infection. Sebenarnya kelenjar tiroid ni susah nak terkena jangkitan kuman atau infection, tp kalau kena, treatment dia akan ambil dan lambat nak baik. Alhamdulillah. Jadi doktor beri ubat antibiotik dan juga ubat steroid untuk keradangan (inflamation). Kena habiskan selama seminggu. 

Hospital Sunway Medical - tunggu giliran ambil darah


Sunmed Cafe ada di tingkat LG. Harga yang masih masuk akal berbanding restoran kat tingkat 1

Alhamdulillah, lepas makan je ubat tersebut, sakit di leher isteri dan seram sejuk yang di rasai tu hilang. Lega sangat rasa. Keosokannya nak kena masak untuk buat small open house raya. lepas makan seminggu ubat, abis jer ubat terus isteri seram sejuk dan lesu sangat. nnt aku sambung di lain post lah.

Next post aku akan cerita pasal open house. Mungkin cerita sikit, tapi byk photo jer.. ok la kan... lepas setahun 2 boleh tgk balik sume cerita ni.

Jalan-jalan ke Tanjung Piandang dan Ban Pecah 5 Syawal 1444

 Salam,

Raya ke-5 kami dapat jemputan ke majlis akad nikah anak abang basid di Tanjung Piandang. Katanya majlis start pukul 11pg, jadi nya kami plan gerak dari rumah dalam pukul 10.30 pg, kiranya boleh sampai dalam pukul 12 tghhri. Aku, bangchik dan Kakak konvoi sekali, adik bry datang dari kulim.

Sampai Tanjung Piandang, tengok sudah ada ramai tetamu, nak kerumah abang Basid (rumah makngah sebenarnya) ni kami dari arah simpang 5 memang aku failed lah, sib baik abah ingat. Tapi kalau dari pekan tanjung piandang okay sikit. Kalau nk tanya orang, abah cakap kena bagi tau parit kampung Tanjung piandang. Ada banyak parit, biasa la kan parit tali air. Tempt kami dok berkubang tangkap ikan sepat ngan ikan keli masa kecik2 dulu.




Lama juga kami di rumah makngah ni, sebabnya dok menunggu sedara-sedara lain datang bertandang, raya kan, dorang tak balik kg, jadinya mak nak tunggu lah jumpa adik beradik dia. Ada la yang sempat kami jumpa, ada yang tak sempat sebab terlalu lambat sampai. Sebab nya tak boleh nak tunggu lama, cuaca yang agak panas.



Kami tunggu sampai pukul 3.30thhri jer, then kami gerak ke Ban pecah sekejap untuk bergambar, then gerak balik kampung. Sempat la ambil beberapa keping gambar kat Ban Pecah nih. TAkde apa sangat pun situ, cuma permandangan laut jer la, dan tempat tu dorang dah cantikkan siap ada monument "I love Ban Pecah" dan juga macam jeti.. boleh la nk bergambar. Ada cerita pasal ban pecah ni.. kena search kat google kot.



Seusai bergambar, kami pun gerak balik kampung. Alhamdulillah. 

Khamis aku sekeluarga lepak rumah jer seharian, Kami plan nak balik PJ hari jumaat sebab nak elakkan je. Sampai sini jer la entry kali ni. 

end

Perjalanan balik Kg Sg Dendang 3 Syawal 1444H

 Salam,

Walaupun masa entry ni di tulis, syawal pun dah abis, tapi tak per lah kan.. aku nak cerita balik perjalanan balik Kampung Sungai Dendang pada 3 Syawal. Plan asalnya nak balik raya ke-5 bersamaan dengan hari rabu, tapi memandangkan kat Machang dah takde apa nak buat, melopong jer kat rumah. Isteri tanya "ke nak balik kg sg dendang esok jer." aku apa lagi, ON terus la.. ekekeke..

Jadi hari Isnin 3 syawal pada pukul 7.30 pagi macam tu kami gerak dari rumah ayah. Dari kelantan kena awal sebab nak lepaskan jalan-jalan di kelantan ni sebelum orang keluar beraya. Kalau tidak, 3 4km makan sejam 2. 

Alhamdulillah, sampai belah Jeli awal, kereta agak banyak tapi tak la melekat, kami naik ke jalan Jeli grik pun masih awal lagi. Dan yang paling best kami bertemu dengan sekeluarga Gajah, dalam 4 ekor rasa. Gajah-gajah tersebut berjalan di sebelah jalan dalam pagar, bukan atas jalan, kira bernasib baik juga. SEbelum ni pernah juga jumpa gajah seekor, bebetul tepi jalan. Pantang dia, jangan buat bising terutama bunyikan HON. Memang nahas.


Kami sampai atas puncak dalam pukul 945pg macam tu.. memang awal. Atas puncak tu memang ramai sebab situ antara tempat persinggajan untuk sesiapa nak ke tandas. Tandas banyak dan agak bersih juga. Cuma kat atas tu kedai-kedai serbaneka tutup plak. 


Selepas menyambung perjalanan, hampir sampai Grik, aku mesej Pani, kot dia dah ada di grik rumah mertua, asalnya nak singgah la. Rupanya mereka sekeluarga masih di kampung, baru nak gerak balik grik. Jadinya kami plan nak jumpa kat jalan masuk sumpitan di lenggong.

Sampai jalan di jalan masuk sumpitan, aku rasa macam kurang selamat sebab takde ruang berhenti kereta, kami meneruskan perjalanan sampai jumpa ruang besar sikit utk parking, kebetulan ada satu tempat sebelum sungai ada kawasan Glamping, ada ruang luas. Terus aku park dan tunggu pani sekeluarga, baru park dalam 2 minit, nampak kelibat kereta Pani, nasib baik dia pun nampak kitaorang kat tepi jalan tu.

ada kedai kopi dalam utan wei..




Alhamdulillah, dapat juga jumpa sepupu aku sorang ni, kebetulan tempat kami berhenti tu ada kedai kopi wei... giler lah dalam hutan ada kedai kopi.. sedap plak tu.. ekekek.. kalau ikut eta kami sampai kampung dalam pukul 12 lbh, tapi sebab kami melepak pekena kopi dulu... pukul 12 baru gerak.. pukul 1 lebih kami sampai kampung. alhamdulillah.

Sampai jer bantai laksa dulu.. sedakkkk

Hari Selasa 4 Syawal, aku dan isteri beraya sekeliling kampung kerumah mak/pak saudara. Alhamdulillah, masih dapat beraya di kampung sungai dendang. Raya ke 4 ni ada lagi sepupu yang datang berkunjung ke rumah . Hari ni menu nasi ayam. 5 ekor ayam rasanya. Dalam masa yang sama ada juga beberapa kawan sekolah rendah datang beraya di rumah. 


Raya ke 5 Rabu, abang basit makngah ada buat kenduri, akad nikah anak dia. Tunggu next entry la plak kot.. sbb aku rasa akan ada byk photo nak di masukkan.

Jumpa di entry seterusnya.. 

end.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.