Tindakbalas badan sepanjang berpuasa



Salam,

Sempena Ramadhan yang mulia ni, aku nak share info tindabalas yang berlaku sepanjang kita berpuasa. Tindak balas ini adalah satu kebaikan yang tiada tolok bandingnya. Indahnya berpuasa.

Artikel di tulis oleh :

Pensyarah Fisiologi Manusia (Pemakanan) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM


------------------------------------------------------------------  

BERLAKU beberapa perubahan dalam tubuh ketika berpuasa yang dikenali sebagai proses homeostasis.

Ini kerana ketika berpuasa, individu mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas tubuh bertujuan menentukan masa mula dan berakhirnya puasa.

Aras insulin turun:

Apabila kita makan, sebahagian tenaga digunakan secara terus manakala yang lain disimpan untuk kegunaan pada masa yang sesuai. Semuanya bergantung kepada aturan hormon penting dalam tubuh iaitu insulin.

Setiap kali makan, insulin bertindak balas terhadap tenaga yang diambil dan memberi isyarat kepada tisu tubuh yang memerlukan tenaga segera.

Sebahagian daripada tenaga pula disimpan dalam bentuk glikogen dalam hati. Tenaga turut disimpan dalam bentuk lemak untuk kegunaan ketika kecemasan.

Semua tindak balas ini berlaku serentak, oleh itu lebih tinggi rangsangan terhadap insulin, lebih banyak tenaga boleh disimpan.

Apabila berpuasa kita membenarkan tubuh menggunakan semula tenaga simpanan yang berlebihan. Justeru keseimbangan akan tercapai.

Perubahan tubuh ketika berpuasa.

- Pada hari pertama dan kedua:

Aras insulin beransur menurun merangsang penggunaan tenaga dalam bentuk glikogen.

Selepas dua hari berpuasa, aras insulin tadi membuatkan tubuh beralih untuk menghasilkan tenaga secara alternatif melalui proses glukoneogenesis (penghasilan tenaga daripada protein) dan glikolisis (pemecahan lemak bertujuan menghasilkan tenaga).

Usah bimbang dengan mitos menggambarkan penggunaan protein untuk menghasilkan tenaga ini bakal memberi kesan kepada otot tubuh. Ini kerana terdapat pelbagai sumber protein lain digunakan sebelum tubuh menggunakan protein daripada otot.

Tambahan pula tenaga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme tubuh normal daripada metabolisme lemak dalam tubuh mencukupi.

- Lima hari pertama (setiap hari):

Berat badan menurun 0.5 sehingga satu kilogram hasil kehilangan air. Penurunan insulin memberikan kesan kepada air dan garam tubuh.

Air serta garam berlebihan akan dibuang kerana penurunan insulin akan menyebabkan diuresis. Oleh itu, biasanya berpuasa memberi kesan penurunan tekanan darah.

- Lima hingga tujuh hari:

Peningkatan aras Hormon Pertumbuhan (GH):

Selepas berpuasa selama lima hingga tujuh hari, peningkatan GH menjangkau dua kali ganda berbanding hari biasa yang membuatkan proses pemecahan lemak sebagai sumber tenaga tubuh menjadi lebih berkesan.

Selain itu, GH memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan otot dan tulang sepanjang berpuasa tidak terganggu kerana berpuasa.

Metabolisme tubuh

Anggapan berpuasa menurunkan metabolisme tubuh tetapi hakikatnya cara berpuasa yang betul tidak akan menurunkan kadar berkenaan.

Bangun awal pagi untuk bersahur dengan pengambilan makanan seimbang adalah permulaan yang baik untuk berpuasa bagi merangsang peningkatan metabolisme pada hari berkenaan.

Selain itu, peningkatan hormon GH membantu memastikan metabolisme kekal pada tahap optimum. Perubahan ketara apabila berpuasa adalah peningkatan hormon noradrenalin, suatu bahasa tubuh untuk merangsang individu mencari makanan.

Selari peningkatan hormon ini, kadar metabolisme tubuh turut meningkat. Jangan bimbang mengenai penurunan metabolisme ketika berpuasa. Tanpa disedari kadar metabolisme anda sebenarnya lebih aktif ketika itu.

Amalan berpuasa memberi pelbagai faedah kepada tubuh dengan mengalihkan proses pengambilan tenaga kepada pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme serta memberi perlindungan kepada otot dan tulang.

Bagaimanapun, keseimbangan dan faedah ini sukar diperoleh sekiranya anda tidak berjaya mengawal nafsu makan ketika dan selepas berbuka.

Bagi yang mengharapkan kesan baik sepanjang Ramadan ini, amalkan diet makanan sihat, Ramadan bukan tiket makan berlebihan ketika berbuka!


Minggu pertama ramadan kareem

 Salam semua,

Sedar tak sedar dah 5 hari berpuasa kan. sekejap jer rasa. dalam 5 hari ni, aku dan isteri sempat pergi 2x saja ke Pasar Ramadan (PARAM). Selain dari tuh, memang juadah berbuka hasil dr air tangan isteri la kan. Walaupun berkerja dari rumah, masih ada masa dia nak masak memasak ni, rajin kan isteri aku.. ekekeke.. tq yang. I love my wife so much!!

Hari Khamis, hari pertama puasa jer  pagi2 lagi dah dapat whatsapp gambo sagu gula melaka dah ready, siap boh dalam botol... wow!!.. awal ooo... sagu gula melaka ni memang salah satu feveret pemanis mulut waktu berbuka. Hari pertama jer menu berbuka Siakap stim dan sayur brokoli goreng. Simple dan sihat.



 Hari kedua puasa, takde lauk basah nak masak, ingatnya balik kerja nak singgah Hero cari ayam ke apa. Tp rasa mcm dah lewat, aku ajak isteri ke Param. Lepas pick up Hana dari KAFA boleh la ke param KJ ke, atau ke USJ4, tp bila turun dr rumah jer, tiba-tiba ujan turun dengan lebatnya, jadinya kitaorag ke param area mesjid Al-husna je. Dapat la beli murtabak femes kat situ dan roti john burger baek. Mungkin sebab masih hujan jadi tak ramai yang beratur untuk murtabak dan roti john. Kalau tidak, beratur je makan kat 30 minit. 

Hari ke tiga puasa, (Sabtu) awal pagi dalam pukul 8 kami berdua dah keluar ke Mydin menari stok barang-barang basah. dalam pukul 10pg dah settle dan sampai rumah. Masuk rumah jer terus start masak. Aku macam biasa lah, jadi pembantu bertauliah buat isteri.. memang setiap masa kalau ada kat umah, aku bantu isteri main masak-masak nih. kalau masak sikit2 jer, aku tolong juga, tp tolong tengok jer lah.. hahaha... aku lepak kat meja makan berdekatan dapur.. layan menyembang sambil isteri masak. Hari ke tiga ni menu dia, mee bandung untuk main course, pemanis mulut isteri nak buat pengat Nangka, sambil tuh aku sediakan air teh chrysanthemum kotak yang di campur dengan limau kasturi dan asam boi. Amik resepi dari khairul ameng. sedap wei.... tips dia.. jgn letak asam boi byk sngt.. ekekeke



Dalam pukul 11 lbh dah sette untuk masak berbuka. Dah boleh rehat depan tv. Layan cerita jer.. Aku sempat la tengok Night Agent dalam 4 5 episod sampai terlelap. Dapat la lelap dalam sejam, then bangun jer dalam pukul 6 gtu, tengok isteri dah siap masak untuk sahur plak... lajuuuuu.... menu masak tauchu ikan merah. Ok la kan.


Lepas siap berbuka, kitaorang satu keluarga siap-siap untuk ke tarawih. Kitaorang ke masjid Al-amin. Masjid ni buat solat tarawih 8 rakaat jer. Aku dah set mind solat 20 rakaat so terasa cepat la kan 8 rakaat tuh.. Seusai solat, ada moreh plak, lepak minum teh jap. 


Hari ke empat puasa jatuh pada ahad, pagi-pagi just lepak tengok tv jer.. isteri pun takde masak... juadah berbuka mungkin beli kat param or makan luar.. ahad kannn.. dalam pukul 3 lbh kitaorang keluar ke pyramid, isteri nak beli barang skit di pharmasi. Then dia belanja seluar Levi's selai.. alhamdulillah.. aku amik potongan 511 slim dan isteri amik potongan 314 Shaping straight. 

Cerita pasal Levi's ni, aku rasa levi's ni manipulasi harga.. kenapa aku cakap macam tuh?

Dekat luar kedai ada tertulis, belanja RM399 dapat instant diskaun RM89, kalau berbelanja RM699 dapat instant diskaun RM169. Agak menarik. Kalau belanja 699 korang cuma bayar dalam RM530. Diskaun kalau kira dalam 24%. Jadinya seluar isteri aku harga RM339 dan seluar aku berharga RM379.. so total dah RM718. Layak untuk dapat diskaun RM169. bila aku congak, kena bayar dalam 550 la secara kasar.  

Korang tau apa levi's buat? Untuk seluar aku, tiba-tiba ada store diskaun RM20. Bila bayar , aku tgk iseri bayar RM609 rasanya.. aku mula agak musykil sbb asal-asal pengiraan sepatut dlm RM550 je.. Bila cek resit, ada plak diskaun RM20 utk seluar aku, so total jadi RM698.. Kurang RM1 untuk layak diskaun RM169... tengok cara Levi's manipulasi harga, dia bagi diskaun RM20 untuk menidakkan kelayakan aku utk dapat diskaun RM169.. jadinya aku dapat diskaun RM89 + RM20 je.. RM109.. masih banyak.. tp aku tak puas hati juga la sbb sepatutnya aku dapat diskaun 169. Bijak tak depa? ni la cara kedai2 besar manipulasi harga... orang yang jenis bayar jer, mungkin tak perasan.. 


 Abis citer levi's dan berbalik pada kisah bulan puasa, lepas berbelanja kat butik levi's kiraorang keluar dan nak ke Param Stadium Shah Alam. Bila waze tengok perjalanan dalam 20 minit jer.. dah gerak.. memang terkejut... federal hiway clear weiiii... sekali nak exit kat batu 3 tuh.. nohhh.. start melekat.. dari situ nak ke pintu masuk ke stadium.. melekat baq hang.... perjalanan makan masa sejam.. gerak pukul 5.. pukul 6 baru dapat masuk ke parking.. sebenarnya apa yang menyebabkan jem ni adalah... masuk parking kena bayar.. situ yang buat kan perjalanan jem. sebab semua yang masuk kena berhenti dalam 1 minit atleast utk bayar. aduiiii..

Dah park.. tengok kat bazar, Allahu, selautan manusia wei... punya la ramai... silapnya aku tak snap plak gambo.. sebab rasa marah jem nak sampai lom ilang... memang terlalu ramai.. kalau nak beli plak mesti kena beratur.. aku rasa peniaga gerai memang suka kalau ada orang beratur kat gerai dorang.. sbb dengan beratur, orang yang datang tengok beratur... dalam hati cakap... " mesti sedap "... huhuhuhu..


Dekat sejam kitaorang jalan dalam tuh.. sebabnya nak melangkah pun boleh sikit2 je. sebab terlalu padat..... last-last dapat la beli nasi kerabu 2 bungkus.. lauk ayam dan daging... dengan harga RM9 sebungkus. Dan beratur plak untuk beli kueh akok... dekat 20 minit juga beratur... tgk jam.. alamak. .dah 7 lbh... Terus gerak balik... alhamdulillah tak jem.. tp kena singgah pyramid jap sbb nak collect jeans  levi's utk potong..

Aku turun sorang ke butik levi's, isteri dan hana berbuka puasa dalam kereta. dalam pukul 745 sampai rumah, baru kitaorang makan juadah berbuka.. sempoi jer la  berbuka. Untuk pemanis mulut, isteri keluarkan sagu gula melaka yg buat masa 1st dah puasa ritu. ada lebih dalam 3 botol lg.

Hari ke 5 (Isnin), macam biasa tengah hari dah dapat whatsapp isteri dah siap masak pemanis mulut, bubur chacha + ubi keledek.. shedakk... menu berat ada ayam masak halia + tempe dan bilis goreng bercili... sedappp.


Tu jer la citer untuk kali ni.. ketidakpuas hatian dengan levi's ni memang siot betul.. terasa juga la cara dorang manipulasi rege.. jilake punya levi's... maki-maki pun.. nnt p beli plak.. ekekeke.. selesa pakai ... nak bg diskaun.. bagi la bebetul... &&%%#@#%&&*.. tak leh nak carut sbab puasa kan. hihihi..

end.

 

Minggu mula persekolahan dan menyambut Ramadhan Kareem


 Salam semua,

Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 dah untuk tahun 2023 ni. Minggu ni adalah minggu mulanya persekolahan dan juga bermulanya umat islam berpuasa. Memang cepat masa berlalu. Persiapan persekolahan takde banyak sangat, cuma cari mana yang perlu saja. Hana dan Daniel je tinggal untuk persiapan sekolah, hujung minggu lepas, kira last minute cari baju untuk Hana, kebetulan Daniel pun dok mencari baju sbb bila try baju lama dah sempit. 

Hana dan Daniel je yang masih bersekolah.. 

Selamat menyambut Ramadhan Kareem. Semoga kita semua beroleh pahala yang berlipat ganda di bulan yang mulia ini.

Untuk persiapan ramadhan takde apa sangat, namun persiapan raya... boleh kata 70% settle, baju melayu dan baju kurung dah settle.. kuih-kuih raya pun ani dah order.. tunggu nak raya jer la. Untuk persipan ramadhan, cuma kena siapkan diri jer la, untuk ke masjid solat tarawih. hihihi.

Hari aku menulis ni adalah hari pertama berpuasa, kami bersahur oat yang di blend dengan kurma jer. Inshaalah boleh bertahan sehingga petang.. sebab kami pernah try tahun2 lepas. Harap berbuka nanti tak overload lah.. klaau tidak cemana nak susutkan badan. sekarang pun berat dah agak teruk dan tak terurus... 88.95kg kot.. aduhhhh..

Setakat ini jer la post untuk kali nih. Selamat Berpuasa semua!!.

Berkumpul di rumah baru dik Daus 25-26 Feb 23

 Salam,

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga sebelah aku berkumpul ramai-ramai di rumah baru dik Daus di Seremban 2, seremban. Perjalanan ambil masa sejam lebih juga sebab jem. Bangchik ngan Kakak, dorang bertolak pada pukul 8pg mcm tu, jumpa abah dan mak di tol alor pongsu, abah tinggal kereta di Alor Pongsu, dan naik dengan kakak, adik ali naik dengan Bangchik.

Aku bertolak dalam pukul 1230tghhr gitu sebab nak tunggu Hana abis tuisyen genius mind dia, congak menggunakan sempoa. Berbalik pada perjalanan kami, mengikut waze, perjalanan mengambil masa dalam 1jam 45 minit gitu... dalam 2.15pm sampai.. aduiii... 

Dari PJS 10, kami lalu NPE ke hiway sungai besi, bermula dari hway Sungai besi, sampai ke Nilai perjalanan slow je. Lepas je RnR Seremban, baru lancar, kami amik susur keluar Labu/ Ainsdale. Dr highway tu cuma beberapa minit jer dah sampai ke rumah dik Daus.


Untuk perjumpaan kali ni, kami memang plan nak buat BBQ sebelah malamnya.. aku dah beli daging kambing siap potong 4kg, lbh kurang 30 potong, kepak ayam dalam 3kg, lbh kurang 35 ketul.. hotdog ada 60 biji.. daus tambah lagi 30 bijik.. daging burger pun agak byk.. 



Bermula jam 6 petang kami start pelekat api.. namun apakan daya, tempat bakar yang comel... kami mengambil masa agak lama utk settle bakar semua.. boleh kata last sampai pukul 10 mlm baru settle bakar2 semua.. lama ooooo... 


Alhamdulillah, kami adik beradik, termasuk adik beradik ipar Daus, kami panggil Pak Uda satu family yang tinggal berdekatan. makanan masih cukup dan masih ada lebih sekeping 2. Jadinya makanan cukup elok malah tak la membazir. Macam-macam lagi ada selain ayam dan kambing, ada kek, keropok, cinnamon roll... dan berbagai lagi untuk di jamah semasa bakar-membakar di jalankan.. takde la kelaparan semua orang.

Memang seronok dapat berkumpul adik beradik.. cuma adik Bry dan isteri tak dapat join sebabnya Aisy ada hari penyampaian hadiah kebetulan di buat pada 25hb. Mungkin boleh buat lagi lain kali dan pastikan semua orang ada. 

Esoknya, pagi-pagi bangun breakfast, nasi goreng tersedia, ada cucur sikit... nescafe.. terima kasih tuan rumah... kami breakfast di luar rumah sebab dalam rumah penuss.... memang santai. Plan hari ni nak kena Mesjid Sendayan dulu, dan singgah Nilai 3 dan baru masing-masing balik ke destinasi masing2.


Memang indah sekali Masjid Sendayan, kebetulan pak uda kerja sebagai security di masjid tersebut. pak uda bw la kami tour di sekitar masjid. Seusai lawatan, kami terus bertolak ke Nilai 3. 


Sampai Nilai 3 jer, elok parking depan kedai makan... apa lagi.. menjamu selera dulu la.. pekena capati dan kuah kambing... surrr.. sedap kuah kambing dia.. cuma capati tuh, tak rasa capati plak.. dia rasa macam roti nan yng nipis dan lembut... layan juga la..


Alhamdullillah, aku berkesempatan belikan mak jubah sehelai, dan abah kurta hitam sehelai.. isteri plak beli toto 2 biji. memang nak cari toto.. kebetulan kat nilai 3 tu toto besar baru RM50 jer satu.. angkat 2 terus. Kakak beli karpet besar 2 untuk letak kat kampung 2 keping.. sekeping RM70. agak murah juga la..


Selesai semua, Kami masing-masing ke destinasi masing2, aku dan dik daus mungkin dekat, tapi kakak dan bangchik terpaksa travel dalam 4 ke 5 jam lagi utk sampai ke rumah.. semoga perjalanan selamat. Inshallah.

Aku pun waze la ke rumah.. boleh plak waze bawa lalu jalan lama... aku macam konfius.. dok ingat mungkin la jem atas highway... bila nampak highway, clear jer.. tapi rezeki juga la lalu jalan lama.. dapat la membeli cempedak 2 bijik... dekat 8kg... sekilo RM8.. RM60 woi.. 2 bijik.


Sampai rumah, terus kupas cempedak.. allahuuu.. memang elok isi.. manis macam letak air gula wei.... isteri terus goreng.. puas makan.. time layan movie.. malam-malam.. masing-masing layan kentut... hahhaha... 


Itu lah cerita hujung minggu di minggu akhir February. 


Kisah alahan/alergik satu badan

 Salam,

Aku ada cerita entry lepas pasal g klinik di sebabkan alergik atau alahan yang naik macam gegata pada kulit badan. Aku masih tak pasti kenapa dan bagai mana. Bila doktor tanya pun tak dapat nak jawab kenapa.. makan ke ... surrounding ke.. wallahualam.


Asal-asal naik gegata teruk pada badan aku dalam 2 mgu lepas... 11hb Feb. Sebelum-sebelum tu memang ada naik la sikit-sikit lepas bangun tidur.. tak la banyak.. biasa aku amik cetrizin.. mkn sebijik.. dalam sejam 2 ilang la dia.. yang kali ni.. aku dah telan ubat cetrizin.. tak ilang.. malahan gegata tu membesar.. dan bertambah plak di tempat2 lain.


Masa 11hb tuh pg aku dah pergi klinik TTDI.. klinik shaik yang biasa pegi tutup.. kat TTDI siap kena cucuk.. dan doktor bagi ubat makan... dah cucuk kebiasaannya akan surut.. abis kuat pun ilang gegata cuma mungkin tinggal kesan merah (inflamation) jer la.. tp sampai petang.. gegata tu haram tak surut langsung.. malah bertambah besar.. hampir keseluruh badan aku di selaputi gegata... korang boleh bayangkan betapa gatal dan merenyamnya... 

Malam lepas maghrib, aku sekali lagi pergi klinik TTDI, tak sangka jumpa doktor yang sama.. tp doktor ni macam tak puas ati sbb aku cakap tak baik2. ubat tak berkesan.. walaupun dah cucuk. Pada aku doktor ni dia mungkin ada ego.. siap macam salahkan aku sebab mandi... aduiii.. aku sebelum ni kalau seharian tak mandi.. memang akan naik gegata.. sbb tu aku mesti mandi.. tp doktor ckp mungkin sbb mandi... aku rasa tak pun.. sebb sebelum mandi dah byk naik.. dia just suruh monitor..

Aku pun balik la rumah... ubat yg dia bagi aku tak sapu.. sapu sekali jer la ptg tadi.. just makan ubat yg dia bagi.. keesokan harinya... allahu.. makin banyak kot.. apa kejadah dah kena cucuk... sapu cream.. makan ubat.. sikit pun tak surut gegata aku nih... jilake betul... aku memang rasa marah ngan doktor yg bg ubat nih.

Jadi pagi ahad 12hb ni aku ke klinik lain... kali ni.. terus kena drip masuk ubat. duduk la aku kat klinik dalam 2 jam utk drip masuk ubat. settle jer.. memang agak ngantuk sikit.. balik umah dalam tengahhari tuh apa lagi.. terus lena la.. lepas makan tengah hari tuh. nampak segala gegata dah suruh.. tinggal merah2 jer.. malam sikit.. merah2 pun beransur hilang.. alhamdulillah.


Masih continue makan ubat. Isnin memang clear terus... bangun pagi pun macam takde dah gegata tuh.. lega rasa.. boleh la pergi kerja macam biasa. 

Lepas 2 minggu.. 21hb kelmarin.. macam ada sikit naik gegata.. aku amik ubat yg last aku makan ritu.. pas makan jap.. mmg ilang gegata... semalam .. 22hb.. ada naik lagi pas bgn tdo.. mcm byk sikit dari biasa.. aku telan ubat sebelum tuh.. pun.. tak hilang terus macam semalam... jadi aku buat keputusan g kinik pulak.. kinik Shaik.. dalam pukul 9 lbh masa menunggu nak jumpa doktor tuh.. gegata tuh semakin surut.. 

Bila jumpa doktor Haslina, dia perati jer... dia tau dah.. gegata ni memang alergik.. tapi bukan dari makanan.. so bukan dr dalam.. dari persekitaran.. mungkin perfume, sabun mandi, sabuh basuh baju.. atau apa2 yang lain kat rumah.. mungkin hama je.. doktor pesan, kalau mandi jgn mandi guna air panas.. nanti gegata akan lagi besar.. pesanan mcm ni aku accept la.. doktor sebelum ni ckp jangan mandi.. lg teruk.. doktor haslina bagitau, kalau mandi guna air sejuk.. sbb alergik ni sensitif dengan air panas... nnt dia akan lebih kembang.. yang ni ada la logiknya.

Doktor bg prescription ubat alergik.. 6bj sekali makan sehari, utk 3 hari.. tengok la cemana keberkesanan ubat nih plak.. bangun pg ni memang ada gak naik gegata tuh.. sikit la kat lengan... aku masih amik ubat yang dapat 2 mgu lepas.. memang tak hilang sangat.. pas breakfast dan telan 6 biji ubat doktor haslina.. emmang gegata ilang terus dari radar.. harap esok hari ke 3 terus lesap la alergik nih. semalam pun dah basuh cadar guna sabun basuh lain.. tp masih ada alergik pg ni.. so rasanya bukan sbb sabun basuh kot.. wallaualam.. 


Jalan pi Jakel Mall nak cari baju melayu raya & Nabawi open day

 Salam,

Nabawi Garden PJS5

Hari sabtu lepas 11 Feb plannya awal pagi kami 3 beranak dah keluar sebab nak survey tengok Nabawi Garden, Integrated Islamic school, sekolah swasta yang terletak di area PJS 5 ni. Saja kitaorang p tengok sebabnya tengah tahun ni kami akan berpindah masuk ke rumah baru di PJS 5 tuh.. Kami masih mempertimbangkan segala pilihan. Sebab Dari PJS 5 nak ke SKKL dan KAFA anggur mcm agak susah juga melainkan cari rumah transit utk hana. Apa yang kami nampak, kalau hantar ke Nabawi garden, selain dekat dengan rumah, kelas bermula 745pagi dan berakhir dalam 4.30 petang sekali dengan KAFA dan makan di sediakan. Mudah kan?

Apa pun, kami masih meneliti pilihan, sebab tahun ni Hana pun dah masuk tahun 4, banyak aktiviti sebenarnya di sekolah SKKL, kawan pun ramai.. dan yang paling utama yang agak menyekat kami untuk beralih ke Nabawi ni, yuran dia yang agak mahal... mahal bagi kami lah... untuk yuran ni, pada aku, Nabawi Garden ni antara yuran paling murah jika di banding kan dengan sekolah intergrasi swasta lain. Namun dengan bajet kami yang agak tight.. rasa macam susah juga lah.. apa pun.. keputusan belum di buat.. namun beratnya macam nak kekalkan hana di SKKL jer..

Selesai open day, kami singgah klinik pula, sebabnya kat badan aku naik macam gegata, atau alergik.. biasa naik skit aku telan jer cetrizin... pas sejam 2 ilang.. tp yang ni macam degil sikit... ingat nak ke klinik Shaik, tutup pulak.. terus g klinik TTDI. Dapat ubat alergik siap 1 jarum suntikan.

Mula2 sikit.. 
Ni Kat lutut.. kat badan pun byk

Lepas ke klinik, kami terus ke KL, untuk cari baju melayu kat Jakel. datang time-time gini, bukan busy sangat agak senang. nak tunggu puasa baru nak datang.. mesti ramai nanti.. nak cari parking pun susah. Untuk ke Jakel KL ni, kalau korang parking di area jalan sebelah ruang jalan jakel tuh, akan kena cas parking RM10 sekali parking. Ada juga di sediakan parking bawah tanah, tak perasan plak berapa rate dia.. mungkin murah sikit.. 

Masuk dalam Jakel terus cari baju melayu yang biasa, yang ada pesak. Mula2 takde saiz, orang Jakel siap p cari dalam store pun takde.. kaler merah sikit ada... tp tak kena plak dengan kaler yang kitaorang cari.. maroon... dah takde.. takper lah... tunggu puasa nanti la ada stock baru masuk... tp orang Jakel tuh masih gigih mencari dalam-dalam kotak di bawah rak... hasil usaha kerajinan dia... zassss... ada terselit satu saiz XL dalam kotak.. alhamdulillah.. settle .. Harga RM259 gak oooi... free sampin.

Perut yang tak boleh di sorok.

Siap di Jakel kami terus ke kampung baru, ingat nak try kedai tomyam suraya, tetapi bukan rezeki kami, kedai tu masih tutup.. pukul 3 baru buka.. kami terus ke Chunbury... kedai ni aku pernah tulis dalam satu entry lepas.. lama dah kot... kali ni kami makan nasi kerabu... ermmm... pada aku.. kali ni macam kureng sikit dia punya rasa.. gambo pun takde amik.

Sik kerabu + daging bakar

Hujan pun mula turun... seusai lunch tuh.. kitaorang terus gerak balik... rest jer la kat rumah petang ni.. aku pun dok tergaru2 lagi sebab alergik.. dah kena cucuk pun masih sama... tak kurang langsung gegata dan inflamation pada kulit... pergi semula ke klinik pun doktor layan tak layan jer.. nasib la.. continue jer la ubat yg doktor bg.

nanti sambung lagi cerita... 

end.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.