Jalan-Jalan Ke Pangkor

Salam,

Pagi-pagi dari rumah Bangchik kat Seberang Perai terus ke Pangkor kami sekeluarga. Pekena nasi lemak padu dulu.. Perjalanan amik masa dalam 3jam lbh sikit lalu lebuhraya utara selatan dan keluar di Changkat Jering, lalu jalan kampung. Suku dari perjalanan dah ada Highway WCE. Ok juga lah walaupun baru suku. Masuk ikut Beruas terus ke Sitiawan kalau tak silap. Ura-ura macam dah siap penuh.. tp sikit jer sebenarnya..
Makan sik lemak dulu sebelum gerak

WCE highway dari Beruas

Kitaorang park kereta di Jeti Marina Resort Lumut. Sampai area Jeti Marina dalam pukul 11. 30. Orang cakap naik express boat dari sini tak sesak sangat. Sekali parking saja RM30.. tudia.. naik Ferry memang cepat, dalam 10 minit dah sampai dan tak de la nak beratur .. bayar tiket.. harga dalam RM14 g balik utk dewasa, dan RM5 g balik utk kanak2.  kebetulan memang time ferry sampai.. terus naik.. tak perlu beratur dah.. cepat sampai Pangkor... dalam 10minit perjalanan. Berbaloi juga lah walaupun parking sampai RM30.

Marina Jetty

Tambang tiket

Semua happy nak naik Ferry

Sampai Pangkor, gelabah plak sbb cash ada dalam RM150 jer.. aduiii... terus cari bank.. sib baik ok.. dapat la kuar sikit lagi habuan nak pekena seafood mlm nanti. Cari Van pink tuh bayaran RM20 jer ke Anjungan Beach resort. Dekat dengan Teluk Nipah dan Coral Bay. Sebelum tuh, beli dulu seafood goreng.. udang n ketam celup tepung.. baru RM5 satu pack udang RM10 satu pack Ketam.. amik 2 Pack ketam 2 pack udang.. puas makan woi..

Dalam Ferry


Dalam 25 minit sampai dari jeti ke Anjungan Resort tuh. Alhamdulillah, tempat dia agak strategik. Dekat dengan kedai makan, kedai serbaneka, yang utama dekat dengan pantai untuk mandi. Anjungan Beach resort pun terbaek sebab ada swimming pool. Bilik semua mengadap pool. Best. Bilik yang aku ambil ada 2 tingkat (tingkat atas macam loteng), aku dan isteri tido belah bawah. Anak-anak boleh tido belah atas.

Ketam goreng

Makan dulu goreng-gorengan

Jalan-jalan area berdekatan.. mudah

Masuk bilik atau check in dalam pukul 3ptg, anak-anak terus tukar baju untuk mandi kolam. Pukul 4.30ptg baru aku dan isteri turun then pergi ke Laut. Puas juga la mandi laut. Anak2 pun sangat happy terutama si kenit comel tu. Hana Darina.

Yang di sediakan di bilik

Permandangan Pool dari bilik kami

Anak-anak kat bawah, kami santai kat veranda pekena kopi panas

Happy dapat mandi laut.. 

Belah malam, ujan plak... Walaupun ujan tak mematahkan semangat kami nak cari kedai seafood. Oleh sebab deretan restoran-restoran masakan seafood dekat jer, kami redah jer lah ujan. Dengan harapan orang lain dok melepak lagi kat bilik. ekekeke..

Amik ketam dalam 8 ekor, ikan siakap 2 ekor, udang goreng tepung.. ok juga la makanan dia. puas juga lah kami makan. Malam cadangnya nak mandi kolam lagi, tapi apakan daya, ujan tak berhenti. Berhenti pun dah tengah malam. Layan TV jer la kat bilik.

Kitaorang amik set 5 RM100 jer








Esoknya pagi-pagi dalam pukul 7 dah turun breakfast. Boleh tahan juga breakfast sini, byk makanan yang ada. Tak crowded dan kelam kabut sngat. Slow and steady. Memang best. Boleh datang lagi tempat ni.

Breakfast pun syok.. aku amik sik lemak bungkus

Mandi plak di Coray Beach

Berduaan



Mandi dulu sebelum check out


Pukul 12 gitu kami check out. Terus dapatkan van untuk ke jeti. Naik Boat pukul 12.30. Lunch kat Lumut. Balik dr Lumut ke KL amik masa dalam 4 jam juga. hiway WCE pun sama, masih dalam suku perjalanan saja. Tp apa pun percutian kali ni agak best walau hanya ke Pangkor. Pilihan hotel dan tempat tang sesuai.
Sebelum pulang, borong jap

Ada 2 laluan Jetty Lumut & Jetty Marina

Beratur nak naik Ferry.. ramai plak.. Haziq pun dah itam..


Banyak borong kakkk

Perjalanan balik agak penuh ferry.. bertebaran tempat duduk kami


Singgah lunch sini... terbaekk.. banyak betul lauk.

Tunggu next year plak update... hihihih.. kalau masih rajin nak update.. macam makin baloq ja kan...




Selamat Pengantin Baru buat Puteri (Penang Mai)

Salam,

Bulan 12 ni macam biasa la. akan ada jemputan kawin. Sebelum ke Penang untuk majlis puteri tunggal Paklon pada 14 Disember , 7 Disember sempat aku bersama abah dan mak ke majlis kawin sepupu mak yang berlangsung di Shah Alam, kebetulan Mak dan abah datang sini utk melawat anak Daus. Sambil menyelam minum air lah.


Hari jumaat, 13 Disember pukul 3.30ptg aku dah keluar kilang untuk gerak ke Penang. Alhamdulillah kereta memang tak berapa banyak kat hway. Pukul 5 gitu gerak, sebelum pukul 8 kami dah berada kat R&R Sungai Perak untuk makan malam.  Dalam pukul 10 malam sampai umah akak kat seberang Jaya. Mak dan abah dah ada kat umah akak sampai petang tu. Hana pun ada sama sebab Hana ikut abah balik kg masa abah datang 7hb tuh, seminggu juga la Hana dok kampung.

Esoknya sabtu dalam pukul 11.30 kitaorang keluar dari rumah akak untuk pergi kenduri, lokasi kenduri dekat dengan jambatan Pulau Pinang. Kitaorang sampai paling awal, so makan awal then tunggu la sedara mara datang.. dapat la jumpa semua sedara mara yang hadir. Ini la cara dapat jumpa semula sedara - mara, kalau kenduri pun tak nak datang, memang tak dapat la jumpa sedara mara kan.
Sampai awal.. boleh la bergambar dulu

Bersaama tuan rumah. Bapa saudara yang menten muda.

Mak & Maksu

 
Sempat posing atas tangga pun ok. 

 
Pengantin lama..

Sepupu yang seiras.. Hana & Iris


Makan duluuuu

Abah, Paktih, Acap & Paktam

Azam Mawar & Tihah pun ada.

Keluarga tok Mansor.. belum penuh nih..


Masa untuk bersembang bertanya kabar sedara mara


Selamat Pengantin Baru

Lepak sampai pukul 4 lbh juga, lepas bergambar beramai2 dengan pengantin aku sekeluarga gerak ke rumah Azam kat bayan baru. Singgah kejap la dah sampai Penang. Lepas tu ingat nak ke rumah Pani, tp akak dan bangchik ke rumah Jen, so aku pun kerumah Jen. Jen ni anak sulung arwah Cik Gayah. Umur sama ngan isteri aku. Dulu masa zaman sekolah menengah memang selalu kitaorang ke rumah chik gayah ujung tahun sbb nak p Pesta Penang. Masa tu Jen ni baru 5 6 tahun jer.. hihihihi... Sebb agak lama nak kerumah Jen td. terus tak jadi ke rumah Pani. sebab kena patah balik. sepatutnya dari rumah Azam ke rumah Pani dulu.. baru dalam arah jalan sama. tak per lah.. takde rezeki. rumah jen tak pernah sampai lagi.. syok gak rumah dia tepi laut. (Boleh plak takde gambo kat umah jen..)

Dari rumah Jen kami terus ke seberang perai untuk makan malam, aku plan nak bawa isteri pekena char kuey teow yang sedap kat belah samagagah, tapi aku tak pasti apa nama kedai, aku ckp kat bangcik char kuey teow teluq basuh.. rupanya salah.. dia cakap, situ tak syok.. dia bawa p Adam.. rupanya Adam ni la tempat yang biasa aku g, tempat ni juga la yang aku dok bgtau isteri nak bawa dia makan.. Alhamdulillah.. memang syok.

Daus & Dik Ali takde

Settle makan, malam ni kitaorang tdo kat rumah bangchik. Sejak dia pindah rumah baru lepas Lin kena rompak dulu.. memang tak pernah tdo rumah dia.. Dorang pindah rumah sebb Lin fobia kena ikat dengan perompak masuk rumah. Allah, kesian ooo.. masuk paper kes dorang. Bernasib baik sebab perompak cuma ikat saja.. tak buat menda lain yang tak senonoh.

Esok pagi2 kami sekeluarga nak ke Pulau Pangkor plak.

sambung next entry lak lah.. jalan-jalan Pangkor.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.