Seronok, konfius, best, takut, risau, sayang.... berkisar dlm perutku...

Salam,
Sekarang mcm2 perasaan dalam benak sanubari ku. Nak kata seronok, seronok juga, nak kata konfius, boleh jadi juga, nak kata best, mungkin juga, takut risau dan sayang semua ada...

Macam yang aku post entri sebelum ni kisah hana demam berpanjangan membuatkan aku risau tak tentu arah... memang risau dan tersangat risau.. bila mana doktor cakap berkemungkinan terkena bakteria pneumonia lagi lah terkedu. Bila kita cari info tentang kesan2 bakteria ni memang agak bahaya. Tp dalam kes Hana, baru peringkat awal, masih boleh baik dengan antibiotik biasa. Kalau dalam masa 24j tak nampak perubahan, perlu lanjutkan ke hospital untuk ubat antibiotik yang lebih kuat dan di "drip" masuk dalam darah.. itu yang tak nak tuh...

Selain risau, aku ada perasaan seronok, gembira dan happy... ekekekek.. rasa nak senyum je berpanjangan... apa tidaknya... isteri aku masih belum period dah lebih 10 hari... tp bila check guna tester tu takde plak 2 jalur.. setakat ni dah 2 tester isteri aku guna... last2 kitaorng pergi klinik... doktor pun suruh test lagi sekali... guna tester dr klinik dengan ketepatan 99% pada keadaan 3 minggu pertama dah boleh detect... isteri aku dlm kiraan masa ke klinik dah 5 minggu... masih negative...

Apa kata doktor? doktor kata, kadang-kadang perkara macam ni memang boleh berlaku.. ada masa berlaku "false positive", test mengandung, tapi sebenarnya tidak... dan keadaan sebaliknya juga boleh berlaku, "false negative", bila cek negative sbb takde 2 jalur tp sebenarnya mengandung... macam mana tuh..

apa yang doktor Haslina bagitau, ada beberapa kemungkinan negative tp period belum keluar. pertama, hormon tak stabil, maybe penat, stress, ada ambil apa2 ubat. Benda2 tu akan menyebabkan hormon tak dapat nak trigger darah untuk keluar pada waktunya, jadi darah akan melekat di dinding rahim. Kedua, berkemungkinan ada cyst, maybe cyst di dlm rahim yang menghalang hormon utk bertindak balas untuk keluarkan darah haid, atau cyst di kawasan telur.. menyebabkan pengeluaran telur terjejas. Ketiga, dah ada persenyawaan tp masih belum cukup utk membuatkan test menjadi positif.. kalau dah ada persenyawaan, tapi negative pada tester, ini yng kita panggil "false negative".

Berbalik pada kes aku td, Doktor Haslina sarankan guna scan untuk memastikan betul2 negative dan takde cyst dalam rahim sebelum bagi ubat utk flush darah haid. Bila doktor check, hasilnya tiada cyst dalam rahim atau mana2 tempat sekitar yang biasanya cyst boleh terjadi. Alhamdulillah. Doktor scan lapisan darah yang terlekat di dinding, ukuran masih 0.9cm. Sekiranya terlalu tebal melebihi 1cm, dan memang takde kehadiran janin, boleh lah ambil ubat untuk keluarkan darah haid.

Bila doktor scan lagi, ternampak macam ada kantung fetus, tapi masih kecil dlm lingkungan 0.45cm. Apa yang doktor cakap, biasanya kalau saiz kantung lebih 1cm, baru ada rembesan hormon dan membuatkan bacaan tester menjadi positive dan ada belang.

Apa nasihat doktor? oleh kerana tiasa cyst, ketebalan lapisan darah masih kurang 1cm, Makanya masih boleh lagi tunggu dlm 3 ke 4 minggu sebelum ambil ubat utk flush darah haid tu. Dan sebab ada kelihatan kantung fetus, yang kecik mcm tuh, doktor sarankan tunggu dlm masa 3 ke 4 minggu untuk cek semula.. lepas 3 4 minggu, kalau kantung tu membesar, maknanya positive la tuh.. kalau kantung masih macam tuh.. boleh lah ambil ubat utk flush darah haid.

Jadi apa kene mengena semua perasaan aku kat atas ngan cerita pregnancy test nih? satu, aku sebenarnya rasa macam nak ada baby lagi...  so dengan keadaan yang mcm ada tanda2 positif tu buat aku rasa mcm happy.. rasa berbunga2.. bila rasa mcm ni.. aku rasa mcm nak peluk isteri aku... dalam masa yang sama, ada perasaan konfius.. sbb kalau mengikut perkiraan waktu subur atau tidak, macam tak kena.. tp kemungkinan tu ada utk ada sekiranya waktu ovulasi berubah sikit.. wallahu alam...

Dalam masa yang sama, aku mcm rasa takut dan risau juga kalau isteri pregnant, nanti aku yang kena alahan macam masa Hana dulu, rasa takut dan risau nak tunggu sampai deliver, takut apa2 jadi kat isteri,. harap semua terbaik jer la..  apa pun memang la kita sayang isteri kita kan.. ekekekek... alhamdulillah, kasih sayang masih kuat dan utuh... karen masih kuat...

Sekiranya lepas tiga minggu dan masih negative.... kita terima seadanya.



Hana Darina Demam lama yang cukup merisaukan

Salam All,
Aku coretkan hari ni tentang kerisauan yang agak tinggi dalam diri aku. Dlm bulan 8, tahun lepas, Hana Darina pernah masuk wad sbb ada kuman dalam darah, kelenjar belakang telinga bengkak, muka nampak sembab... Lepas tu panas tak kebah2 2 3 hari.. sampai la kena ambil darah.. beberapa kali ambil darah cukup menyayat hati melihat anak kecik kena cucuk dengan jarum.. bayangkan lah salur darah halus,, doktor kena cucuk berkali2 baru dapat cucuk tempat yang betul... boleh baca kat sini Pengalaman pertama Hana Darina Tido Hospital.

Kali ni, Hana Darina masih bertahan lagi, demam dari hari Rabu lepas, 22hb Mac 2017, hari ni 27hb, dah lebih 5 hari demam.. Masa bawa pergi klinik 22hb pun dah kena Neb, utk cairkan kahak dalam paru2... doktor bg ubat demam, ubat utk kembangkan paru2 kena mkn 1x sehari selama 3 hari.. 10ml kot... lain2 ubat demam+antibiotic mcm biasa jer la.. 3x sehari...

Sampai hari ni, demam masih belum surut, jadi pagi td bawa lagi ke kinik. doktor dengar paru2, ada satu tempat lagi yang ada bunyi "wheezing"(symptom mcm asma) tetapi asma bila doktor dengar melalui stetoskop akan dengar di keseluruhan depan dan belakang, ini cuba satu tempat saja, sebelah kanan paru2. Doktor syak hana mungkin terkena jangkitan kuman Pneumonia tp dlm keadaan yang masih tak teruk.

Untuk kes ini, ada 2 option, sama ada cek darah pergi ke hospital, atau ambil ubat antibiotik yang berkenaan(lebih kuat) dan monitor selama sehari, kalau panas boleh kebah, alhamdulillah, kalau tak boleh kebah, kena refer ke hospital. Aku kalau boleh memang nak elak ke hospital lagi dah.. dan berharap sangat hana akan cepat sembuh sehari nih.. esok panas boleh kebah.

Masih tak berani nak cakap, masa aku menulis entri ni, Hana masih panas tghhri td, lepas makan ubat, surut kejap.. harap sangat sampai malam surut, abis kuat pun dedar sampai esok . so boleh monitor terus. Tetapi kalau sampai esok pagi masih panas mencecah 38~39 degree, mesti doktor akan refer pergi ke hospital.

Kita tgk esok cemana, Ya allah, berikan lah kesihatan yang baik terhadap Hana Darina. Semoga esok hana sihat dah boleh ke sekolah seperti biasa... aminnnnnn..


Ni masa ke klinik hari Rabu lepas.. muka macam nak marah je tuh... 


Doktor Haslina ni pada aku memang terbaik, biasanya kalau jumpa dia, mesti baik sbb dia akan bagi ubat mengikut symptom2 yang betul.. bukan main bedal jer.. respek....

 Bila doktor check, masa hari rabu tuh, doktor nampak Hana Darina macam penat, tarik nafas mcm semput, bila dengar ada bunyi "wheezing", macam penuh kahak dalam paru2, kalau lambat bawa jumpa doktor, kemungkinan boleh semput atau sesak nafas macam orang sakit asma.. mohon di jauhkan..

 Yang ni hari ni punya gambo, masa menunggu, Hana Darina macam tak larat, baring sambil minum susu... kaki memang nak ngebat selalu.. hehehe...

Bila abah nak amik gambo ngan mommy, mesti Hana Darina nak kacau daun, tengok ler muka dia... walaupun sakit, tersenyum lebo,,, nampak abis gigi rongak dia.. susah nak dapat gambo senyum ikhlas macam nih... hehehe...

Aiman dah masuk 14 tahun (29122016)

Assalamualaikum,

Entry aku hari ni berupa throwback lah kot, sbb kejadian ni masa tahun lepas 29hb Dec 2016. Umur Aiman meningkat ke 14 tahun. Walaupun dah tingkatan dua, tapi umurnya masih 13 tahun sehingga la ujung tahun baru la umurnya 14 tahun.. Mungkin umur dia termuda dalam kelas dia.. wallahualam.

Aiman ni anak sulung aku, anak pertama dan cucu pertama dalam keluarga aku. Alhamdulillah, di lahirkan pada 29hb Disember 2012 pagi kat hospital Selayang. Aiman ni lahir secara songsang, Jadi kena la keluar ikut tingkap.. kikiki..

Takde yang special sangat untuk Aiman sambut hari jadi, sekadar tiup lilin dan potong kek, aku cuma jemput adik2 ipar yang ada kat KL jer la.. ok la.. Macam aku cerita dlm pos lepas, setiap besday anak2, memang aku dan isteri akan gigih sediakan kek untuk di raikan. 

Tahun 2016 memang aku takde beli satu hadiah pun utk hari jadi anak2, mahupun Haziq, dan Daniel. Semua hanya potong kek saja.. sebabnya? sbb aku dah ckp result 2015 tak berapa cantik jadi 2016 aku takkan beli apa2 hadiah untuk besday.. Walaupun aku ckp macam tuh, nanpak mcm takde efect sangat. Result utk exam 2016 meningkat sedikit sangat.Ingat kot boleh la improve sbb nak hadiah tahun 2016.. budak2 sekarang.. gitu la kot..

Tahun 2017 ni, Aiman akan menduduki PT3 dan Haziq UPSR. Dah masuk tahun baru ni ada la nampak anak2 aku ni bersemangat utk berjaya, study tanpa di suruh. moga terus kekalkan momentum. Lari tajuk sikit.

"Untuk Aiman, Abah dan mommy sentiasa mendoakan kesejahteraan Aiman, sentiasa sihat, sentiasa focus dan terus berusaha mengejar cita dunia dan akhirat. Abah dan mommy sentiasa berada di belakang Aiman, menyokong dan membantu sekiranya di perlukan dan sentiasa mendoakan kejayaan Aiman."

Aku sharekan beberapa keping gambar kenangan abang Aiman potong kek.

Aiman hensem seperti abahnya.. 

Inilah permata aku dunia dan akhirat..


Kami sekeluarga.. 

Kek besday, ada yang dah di cabut tuh.. kikiki..

Ensem boy tengah potong kek.. 

Anak dara dengan keletahnya.. sentiasa menyibukkan diri.. kiki




Jalan-jalan cari makan penutup 2016

Salam All,
Ada ke pembaca blog aku eh, iye-iye "Salam all"  konon. Kikiki. X kisah pun, kalau berbalik pada tujuan aku berblog, utk aku baca balik satu masa depan nnt. Kalau Ada pembaca lain, OK la. Kot ada post yg bg manfaat, alhamdullillah.

Kisah aku jalan-jalan cari makan utk pengakhiran 2016 ni. Aku laki bini bercadang nak cari makan belah2 Shah Alam nun. Rs mcm nak mkn steak, cari la Pelpero seksyen 13. Mmg jumpa dol tp tutup. Kita orang terlampau bijak sampai lupa nk tgk masa operasi. Choih... Rosak dol program. So kena la cari plan lain.

Kah Kah.. Apa nak jadi laki bini.. Nak wat cemana, mkn2 ni mmg feveret kitaorg. Sbb tu body masing2 membesar dgn sihat. Then kitaorg tukar plan hala ke Seksyen 7. Pusing punya pusing. Terjumpa la willy Sate. Hurmm.. OK nih..  Kitaorg order Sate 5 daging n 5 ayam. Then aku order nasi dan kambing bako. My lovely wife amik nasi ayam..

Sate, mmg maveles, ada rasa perapan tersendiri. Tp kambing bakar, tak berapa sangat. Nasi ayam memang out terus. Apa boleh buat, lapor punya pasal, telan je la.
Pas makan, kitaorg nak try cendol durian, pergh.. Ini berbaloi.. Ada rege ikut saiz durian dan saiz mangkuk. Yg murah, rm14 durian kg, mangkuk besar rm16. Durian besar sikit, D24 kot, rm19 mangkuk besar rm22.

Isteri aku amik durian kg kecik, aku plak pandai2 amik cendol pulut je rm5.cheh,kan dah lari tajuk, kata nak mkn cendol durian, yg ko g amik cendol pulut apa kejadahnya... Kikiki. Sib baik isteri aku dpt 4 ulas, aku pau la seulas.. Mmg masuk la santan cendol + durian.. Yg ni mkn puas ati... 
Puas ati dapat mkn cendol durian, 4 ulas durian tuhh...

Rezeki Hana dapat makan ice cream free.. TQ tokey cendol durian..

Cendol pulut, pulut kaler merah beb.. maveles.

Adik ipar aku(Azam) n wife dia pun terliur bila kitaorang share kat wasap group... kebetulan dorng ada kat area seksyen 7 Shah Alam, dorang pun datang juga la join makan... order char kueyteow.. boleh tahan juga la...

Pas makan kitaorang terus balik umah, rest jap sbb dlm kul 630ptg kena ada kat KLIA2 dah amik ira (adik ipar aku no 3) balik dari Sibu nak balik klate. Sampai umah, aku rest n lelap jap dlm 30minit, maklumlah kekenyangan.. kikiki.. dlm kul 6 kitaorang keluar. 

Pas dah pickup ira, terus ke umah Azam, kitaorang dinner kat umah dia, alhamdulillah, rezeki..kiki.. ingat nak tdo situ jer.. tp fikir2 balik, esok pagi dorng nak keluar g bas station antar ira naik bas ke klate, so tak jadi la tdo.. dlm kul 10 aku balik. 

Penutup tahun 2016.. Welcome 2017...

Selamat Datang 2017


Salam tahun baru,
Masuk tahun baru, set tak azam baru? Aku masih azam yang sama, nak lebih mendekatkan diri dengan Tuhan, kurangkan lagho, patutnya jauhkan terus klu benda tak elok kan. Makna kata, pergi ke arah kebaikan lah, tinggalkan segala yang tak elok disisi Tuhan. 

Selain nya, aku nak clearkan hutang, rumah rawang dlm proses penjualan. Memang amik masa yg panjang. Klu boleh nak berbelanja secara berhemah.. Susah juga, tp itu yg kena buat. Ujung thn atau 2018 nak duduk kat umah sendiri.

Bab kerjaya, just remain, akan cuba cari peluang lain. Kerja tempat lain yg lebih menjamin. Tahun ni nak try cari duit lebih. 2015 & 2016 dah rileks, just follow the flow. Thn ni kena cari duit lebih sikit.

Itu la dia pembukaan blog utk tahun ni. Klu boleh kerap sikit menulis, seminggu 1 2 post cukup dah. Hihi, masih tak terdaya.

Ke Gold Coast Morib kita Minggu ni

Ini kisah lama yang aku nak tulis.. lama betul tak update blog.. ingat nak update atlease seminggu sekali or 2 kali, tp last aku nak update guna apps kat phone, nak upload gambo kuar "Image type not support" terus jadi mcm malas. Tp apa pun, memang malas sebenarnya... itu cuma alasan jer.. hihihihi.. byk benda aku dah tulis dan save. Tp tak publish.

So kali ni aku nak cerita pengalaman stay kat Gold Coast Morib sepang, dah 2x kot aku ke sana, kali ni aku gi satu family, dan kawan2 MOL accessportal sekali. ada Arif dan Hans Joe. Aku agak beruntung ada kawan2 yang best mcm dorang kat MOL tuh, aku join dorng ke Gold Coast Morib ni pun suku dari byran penginapan di sponsor oleh arif dan Hans. Alhamdulillah... susah bro nak cari kawan2 mcm nih...

Sorang lagi sahabat kat MOL en Ashaari tak join stay n tdo sana, cuma join mkn2 ikan bako jer.. aku pun mcm tak ingat nama tempat tuh.. nnt dlm gambo ada kot tertera nama tempat makan tuh..

Gold Coast ni, pada aku, ok la kalau korang nak lari dari hiruk pikuk kota, nak kedamaian, lepak2 santai ngan anak2 kat pool ala theme park tp kecik. Cuma korang tak leh la compare theme park Sunway lagoon dengan Theme park Gold Coast nih.. Tempat ni boleh di katakan jadi tumpuan ramai juga la, boleh la mandi manda dekat taman air dia, ada la gelongsor satu 2 yang agak menarik... tp anak2 yang bosar2 sure boring la... yang ada anak kecik 4 5 tahun  tuh aku rasa masih seronok lagi..

Kalau aku cerita pasal bilik, sebelum ni aku duduk bilik studio, ada satu katil king, ada jakuzi. Bilik agak luas. Berbaloi dengan apa yang aku bayar. Cuma pada lewat petang, korang kena tutup semua sliding door. Sbb nnt akan ada satu bau yang kurang menyenangkan.. hihihi.. aku pun tak pasti bau apa.. tp mmg agak meloyakan.. Katil memang besar, sedap tdo.. projek mengenjut pun sedap..
Cuma kali ni aku g, aku dok appartment 2 bilik.. masih luas, cuma bilik air takde jakuzi dah. Untuk aku yang bekeluarga ni agak sesuai la... anak jantan aku 3 orang tdo dlm satu bilik..

Kalau cerita pasal breakfast, aku dan isteri kalau pergi bercuti, breakfast adalah salah satu benda yang kitaorg tgk utk stay kat hotel tu atau reject. Pada aku breakfast Gold Coast Morib ni memang tidak mengecewakan. Aku rasa ok, walaupun ramai orang, tp makanan di tambah dengan baik, Cuma nasihat aku kalau korang nak breakfast, elok turun seawal 730pagi atau seawal restoran di buka. Sbb kalau lewat, nnt kekurangkan tempat duduk.. Tempat duduk banyak dah, tp masih tak berapa cukup.. Jadi terpaksa menunggu. Aku dan isteri sememangnya turun awal. Kalau restoran buka pukul 5pagi, aku rasa pukul 5.30pg dah terpacak depan pintu.. hihihihi.. bab mkn mmg nombor satu.

Selain tu, aku rasa, percutian di Gold Coast Morib ni agak berbaloi utk sekeluarga yang inginkan rehat dan santai. Untuk elakkan bajet jadi besar, jadi isteri aku dah masak nasi lemak buat mkn ms lunch, masak agak banyak so cukup la utk 3 keluarga makan lunch nasi lemak. Kebetulan kitaorang sampai dlm kul 1130 gtu, dah boleh check in sbb bilik kosong.. alhamdulillah...

Enjoy gambar2 yang aku share.



Ruang bilik tidur utama.

Angle ambil dari ruang tamu ke bilik tidur utama

Ruangan dapur

Bilik tidur kedua

Bilik mandi. Kalau studio, ada Jakuzi.. sini tande.

ruang tamu.. hana dah tak sabar nak turun mandi kolam

beranda menghadap keluar

Ambil dari beranda

Permandangan Pantai yang tak nampak pun.. haha

Makanan lunch di sediakan oleh isteri tersayang.. 

Nasi lemak padu..


Mommy dan Hana asyik dok berselfie..

Hero 3 orang dok layan TV sementara tunggu Hans dan arif sampai

Arif dan Hans menjamu selera

Bersama isteri kesayangan..

Nahhh.. gelongsong.. antara benda menarik kat sini

Buaian pusing

Aku sebagai pemusing tak bertauliah

Akhirnya.. dapat juga hana berendam..

Benda alah ni di sewa RM20 sejam

Main ler puas... ati senang tgk kegembiraan anak2..

Mood romantik laki bini

Ha.. tudia.. masih mood yang sama... 

Eh.. lebih2 plak nih.. siap peluk2 lagi.. biasa la.. mood romantik.


Abahnya pun nak try juga menda alah nih.. best ke tidak.. boleh laaaa

Laa.. mommy pun nak cuba... kiikiki

Hana memang terror menyelam

Hana menangis ke tuh?.. hihihi

Lepas puas mandi, kitaorang pergi sejauh 30KM lbh kot nak makan sini.. Ikan bakar bagan lalang.

Senarai harga.. agak mahal juga...




Selfie jap lauk semua penuh lagi

Agak sedap makanan dia.. berbaloi



Tudia.. licin baq hang..

Gambar sefamily sebelum beredar.. masa utk beradu plak..

Masa ni time bekpas... 

Yeah.. I like bekpas...
Time to check out!!

Balik time.. Thanks bro...

Kami 3 keluarga.. memang best... enjoy beb... 




Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.