Kadangkala kita kena berani berubah dlm hidup

Salam,

Korang pernah dengar pasal "Boiling frog syndrome"? Aku baru nampak tadi dan ianya sedikit menarik perhatian.

Sekiranya kita letak katak di dalam air panas, ia akan melompat keluar.  Namun,  Sekiranya letakkan katak hidup di dalam air sejuk dan perlahan - lahan didihkan adakah ia akan lari? Tidak. Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.

Persoalan nya : Apa yang membunuh katak? Air mendidihkah atau katak itu sendiri.

Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi "Boiling Frog syndrome". Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah.

Sama ada kita berani berubah atau kita akan musnah akibat terus selesa dgn sikap yg lama di kala keadaan menuntut kita berubah.

Adakalanya kita perlu berubah, yang paling penting adalah berani untuk berubah. Aku telah buat dulu apabila betul2 nekad berhenti kerja untuk mencuba sesuatu yang baru. Walaupun gagal, namun aku dpt pengalaman hidup baru yg mengajar aku sesuatu.

Kita patut terus berusaha meninggalkan kegagalan dulu sebagai pemangkin untuk bangun dan berusaha lebih gigih lagi di masa depan.

Semoga setiap dari kita peroleh kemenangan dan kejayaan.

Adab : Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa

Salam,
Aku kurang pasti kenapa aku keluarkan post ni. Tentang adab-adab ni aku bukan lah pakar sangat. Tp aku rasa terpanggil untuk berkongsi tentang tajuk entry ni yang telah di terapkan oleh kedua orang tua aku dari kecil2 dulu.

Mungkin perkongsian aku ni dapat memberi impak kepada sesiapa yang membaca.
Peribahasa"Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa". Apa maksudnya tuh? Mengikut Kamus Dewan bahasa dan Pustaka "Tiap2 pemberian orang hendaklah di balas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih".

Akan tetapi bagaimana kalau org memberi dan kita menolak? Itulah persoalan yang  akan aku kupas dalam entri ni.

Adab orang melayu ni memang tinggi nilai nya, biasanya kalau orang2 tua dulu2,kalau ada org datang beri sesuatu memang susah dorang nak tolak atas sebab tak nak pihak yang memberi terasa malu.

Kalau di berinya kuih,  maka akan di jamah nya sedikit atas alasan itu adalah sebahagian rezeki dari Allah yang di beri melalui org yg memberi tersebut.

Sekali pun tidak menyukai dengan pemberian tersebut, maka org dulu2 takkan sebut-sebut dihadapan org yang memberi bagi menjaga hati. Betapa mulianya adab-adab orang melayu kita.

Cuba korang bandingkan dengan zaman teknologi sekarang, orang-orang sekarang lebih terbuka menolak, malah tanpa segan silu menyatakan tidak suka tanpa fikir perasaan si pemberi. Bukan lah semua, namun memang ada. Adab - adab sebegini pada aku semakin pudar. Kepada anak-anak pun kita sebagai ibu bapa tidak turun kan kepada mereka.

Persoalannya :  perlu menerima atau tidak menerima pemberian orang?

Kita seharusnya selalu mengingatkan diri kita bahawa setiap pemberian yang kita terima datangnya dari Allah. Walaupun terima sesuatu sumbangan dari makhluk (manusia), kita tidak boleh lupa bahawa sumbangan itu dari Allah yang menyuruh atau mengilhamkan salah seorang hambaNya, menyampaikan kepada kita.

Khalid AlJuhany ra. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Siapa yang kedatangan hadiah/sedekah dari temannya tanpa meminta-minta dan mengharap-harap dalam hatinya, maka hendaknya diterima, sebab yang demikian itu sebagai rezeki yang dihantar oleh Allah kepadanya.

Dalam lain riwayat ada tambahan: Dan bila ia tidak memerlukannya kerana sudah cukup, maka hendaknya diberikan kepada orang yang lebih berhajat daripadanya.

Umar bin Alkhattab ra. berkata: Rasulullah selalu memberi kepada saya, maka saya berkata: berikan kepada orang yang lebih berhajat dari saya.

Rasulullah berkata: terimalah dan pergunakan atau sedekahkan, dan tiap harta yang datang kepadamu dengan tidak engkau harapkan atau engkau minta, maka terimalah, dan yang tidak jangan engkau angan-angan (harap-harapkan).

Antara hadith lain,

Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang menolak rezeki yang diberi oleh Allah tanpa minta-minta, maka sesungguhnya ia telah menolak pemberian Allah.

Ringkasnya, sekiranya kita perlukan bantuan dari seseorang, pastikan kita memohon kepada Allah dahulu dan bila kita terima bantuan itu, ingatkan diri kita bahawa bantuan itu datang dari Allah yang menyuruh atau mengilhamkan orang yang membantu itu.

Sekiranya bantuan itu datang tanpa disangka-sangka/ diharap-harapkan, maka terimalah pemberian itu kerana itu rezeki untuk kita datangnya dari Allah. Jika kabur dan sukar bagi kita untuk membezakan sama ada amal itu baik atau buruk, diredhai oleh Allah atau dimurkai Allah, maka umpamakan sekiranya kita mati waktu berbuat itu, jika tidak gentar menghadapi mati dalam mengerjakan itu, maka kerjakanlah. Sebab itu sebagai tanda perbuatan itu hak dan benar.

Nota kaki : Rujukan dari Al-Hikam

Demi menjaga hubungan sesama manusia, ucapkan terima kasih kepada pemberi apabila menerima bantuan. Namun, adakalanya kita berasa malu apabila sering menerima bantuan dari orang lain. Maka, fahami kembali adab menerima pemberian orang agar kita dijauhkan dari fitnah.

Jom kita terapkan semula nilai2 murni dan adab-adab melayu kita yang semakin pudar ditenggelami zaman. Turunkanlah adab sopan ini kepada anak-anak kita. 
 

Satu malam di Ipoh : Shangg Hotel

Salam,

Lepas terperangkap teruk dlm jem. Aku dan isteri surrender dah. Kitaorg decide stay 1 mlm kat Ipoh je. Lg pun esoknya masih cuti lg. Esok pg2 lah kitaorg gerak balik PJ.

Kitaorg stay kat hotel budget kat ipoh, Shangg Hotel. Satu malam RM100. Aku tempah 2 bilik, satu untuk aku dan isteri dan satu lg utk para hero. Maklum lah semua dah besar 2, tak muat nak sumbat semua dlm satu bilik.

Pada aku Shangg Hotel ni agak berbaloi pada harga yang di tawarkan. Bilik bersih tersusun rapi, ada tuala 2 helai, TV flat screen 32". Bilik air pun bersih, ada disediakan shampoo,  body wash. Pada aku utk hotel budget kira okay dah ada semua benda2 basic mcm tu.

Malam lepas maghrib, kitaorg keluar cari dinner. Kitaorg ke Dataran Ipoh area Greentown. Kat situ ada sederet lori penjaja, siap dengan khemah kerusi dan meja. Yang paling utama sekali makanan dia, sedap dan murah. (gerai yg aku mkn lah, gerai lain tak pasti). Memang ramai pengunjung.

Aku makan nasi goreng USA ala ipoh style, boleh tahan rasanya, sedap. Isteri amik yong tau foo. Yong tau foo dia pun aku rs syok dan sedap compare dengan pasar mlm kat PJS10 umah aku tu, tp masih tak boleh lawan yong tau foo sotong kangkung belakang bomba Taiping. Ini paling win dan tersedap setakat ni.

Aiman makan char kueyteow  n ajiq nasi goreng pataya. Semuanya maveles, puas ati dan murah. Lepas mkn, lepak jap kat dataran sambil ambil2 gambo.

Hari pun nak ujan, so kitaorg tak lepak lama sangat la.  Dlm kul 10 lbh dah gerak balik hotel. Bilik anak2 aku bertentang dengan bilik aku, sorry lupa nak snap gambo... Dah jadi Blogger ko kena snap yeop gambo, gambo pintu tandas pun ko kena snap.. Kekekeke.. Aku baru nak jadi Blogger, Blogger cabuk je pun..

Esoknya kitaorg plan nak mkn roti telur bergoyang kat area medan selera Dato Sagor.  Mlm ni pun ingat nak bg telur bergoyang juga. Tp apakan daya, kepenatan. Layan TV sampai tertidor macam gorilla. Tidor mati, kul 640 gtu baru sedar.

Pas dah bangun, make sure anak2 kat bilik sebelah pun get ready. Dlm kul 8 jugalah baru kitaorg turun. Malangnya medan selera tutup hari Ahad. Huhu. Jadi aku dan isteri, klu travel, plan A xjadi, kitaorg akan buntu sekejap.. Hehe. Plan B nya, cari kedai mamak ms otw nak ke Simpang Pulai, mudah.

Tp isteri aku ni agak cekap juga, dia masih search telur goyang. Aku OK je lah, tp aku bg syarat. Kalau kedai dlm 10km radius boleh g. Sekali jumpa New Holly Wood Restoran dlm 7km.

New Holly Wood Restoran ni kedai cina sebenarnya. Tp ramai je org melayu mkn. Aku OK je sbb nk minum n mkn roti je pun. Mmg ramai orang dtg sini.  Sekali kena roti telur goyang, perrgh! meleleh der.

Siap makan dlm kul 10pg. Kitaorg ready nak teruskan perjalanan balik PJ. Aku sambung citer seterusnya dlm next entri "Travel pulang ke Petaling Jaya bhgn 2".

Travel pulang ke Petaling Jaya bhgn 1

Salam semua,
Tepat jam 1 tghhr, kami berangkat pulang dr kampung halaman kg sg Dendang balik ke PJ. Balik dengan harapan jalan tak jem seperti waktu balik ke kampung tempoh hari.
Semoga perjalanan kami sentiasa di lindungiNya. Amin.

Kami keluar ke highway melalui Taiping Utara, singgah di Petronas Kamunting untuk isi minyak dan beli sedikit jajan untuk bekalan dlm kereta nanti.

Sampai di tol Taiping Utara, nampak mcm clear, masuk highway, zasss kereta sudah banyak woooi.. Dlm fikiran pukul berapa lah nak nak sampai KL nih.

Baru gerak sekejap si Hana plak nak melabur. Adehhh! Ms tu dah lepas Hentian Taiping, next hentian bukit Gantang. Benti bukit Gantang cr tolet dulu, then alang 2 terus solat jamak. So pasni xyah nak benti dah.

Settle je,  terus gerak, keta mmg start byk dah, tp masih smooth lg. Nak sampai hentian Sg Perak, Ajiq plak nak terkincin. Adehhh lg sekali, ingt tak perlu benti dah.  Nahh! nak masuk ke hentian pun mkn 30 minit. Mmg agak teruk jem kali ni.

Keluar dari Sg Perak, jalan masih slow merangkak sampai la nak panjat bukit nak masuk trowong Menora,  di kiri jalan boleh kata byk kereta yg down. Aku rasa sbb overheating kot, sbb naik bukit kan. Aku x abis2 berdoa supaya Allah permudahkan perjalanan aku hari ni.

Kita orang memang ada pengalaman kereta rosak area situ masa otw blk kg, Batri Kong sebaik turun dr terowong. Fuh, mmg agak mencabar time tu. Minta maaf ye, pengalaman tersebut tak masuk dlm blog, sbb aku thn ni br menulis semula blog nih.. Hihi

Turun dari terowong, dlm Kepala dah terfikir, Ipoh ni mesti jem, better keluar Jelapang n lalu jln luar. Sampai bawah terleka jap, dah terlepas nak keluar tol Jelapang. Adui, sangkut dlm jem baq hang. Merangkak teruk plak tu. Perati jalan luar, jilake, clear n smooth.. Tak abis 2 maki diri sendiri sbb x keluar padahal dah set mind td.

Dlm dok jem tu, aku bg idea kat isteri stay ipoh lah mlm ni. Apa lg set je lah. Tp sekarang nak menunggu keluar ke Simpang Pulai makan sejam lebih. Haru betui..

So hari ni,  perjalanan kami berakhir kat Ipoh je. Huhu. Klu terus ni aku jangkakan akan sampai dlm jam 12 tgh mlm kot.

Isteri dapat cr hotel bajet.  So menuju ke hotel bajet lah. Tunggu next entri ok.






Nasi Daging dan Pakngah 2 Syawal

Salam,
Hari ni tghhr ke Selama beraya umah baru makteh. Pekena nasi Daging. Ada byk versi sebenarnya nasik daging ni. Yg Utama, nasik yg di masak bersama sup daging dan daging. Biasanya ada sup dan air asam.
Klu ikut yang aku berniaga mmg pure lah nasik daging bersama sup dan air asam. Kat umah makteh, nasik daging ngan air asam dan dalca. OK juga rasanya, kena lah dgn nasik daging.
Siap mkn, dlm 1:40 tghhr kitaorg gerak ke tanjung piandang. Beraya sambil lawat Pakngah yang sakit. Aku bawa semua ank2. Biar kenal saudara.
Bila tgk Pakngah terlantar, cukup sayu terasa di hati. Insaf bila mengenangkan kita juga akan tua dan sakit satu hari nanti. Apakah nasib kita kelak. Ada ke org yang akan jaga di waktu tersebut. Huhu.
Keadaan Pakngah agak teruk, Pakngah hanya terlantar lesu. Langsung tiada Tenaga untuk bergerak. Setiap kali nak ubah posisi tidur, Pakngah terpaksa panggil makngah atau ank2 nya untuk bantu.
Ya Allah, engkau sembuh kan lah Pakngah ku ya Allah. Engkau permudahkan lah segalanya.

Salam Lebaran 1 Syawal

Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar
Walillah Hilham..
Segala puji bagi Allah, yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Taqaballahu minna wa minkum
Semoga Allah SWT menerima amalan saya dan kalian.
Seusai Subuh tunggu hingga jam 7 pg, aku dan bangchik ke kubur(posting sebelum ni). Balik dr kubur, baru mandi. Biasanya mmg mandi sunat Aidilfitri lah. Klu korang berjimak mlm td kena la mandi junub sebelum subuh ye dak? Hihihi. Aku biasa terus mandi.
Siap mandi, terus cari baju raya. Biasa lah, semua benda dah di siapkan oleh isteri. Aku sarung aje. Lepas bersiap, pekena lemang+daging masak keling sepotong 2. Br lah berjalan ke mesjid.
Tahun ni kami bertemakan purple, semua adik beradik termasuk abah dan mak pakai baju purple. Meriah weii. Al maklum lah semua ada.
Memang enjoy tahun ni, dengan lemang hasil buatan sendiri(nnt aku share cemana wat lemang), dengan pelita keliling rumah. Alhamdulillah syukur aku masih ada keluarga yang cukup bahagia dan harmony.
Biasanya raya, aku akan ke umah maklang, cik Milah, maklong dan umah makjang Sam. Then baru ke rumah jiran. Mlm ke umah makdak. Tahun ni mak buat lontong, pergh! Syok woi, kul 3ptg gtu licin.
Maklong n maklang wat laksa, makdak plak wat mee kari. Sedap semua. Klu nk mkn dodol syok, kena cari kat umah maklong. Mmg maveles. Ms kicik, klu maklong kacau dodol kami pi cari daun keladi utk amik dodol, konon nak rasa. Tgh2 cair tu yang syok.
Buat arwah tok dan tokwan kedua 2 belah (mak dan abah), moga roh kalian di kalangan orang yang beriman. Sememangnya kami amat merindui kalian.
Salam Aidilfitri kpd semua. Enjoy with my photos. Semua photos akan menjadi memori terindah kami sekeluarga pd masa akan datang..

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.