Belasungkawa Paklang Idris Darus 30 Jan 2021

30hb Jan jam lebih kurang 3.20 pagi aku di kejutkan deringan telefon, tengah tido lena masa tu, agak tersentak juga lah. Lihat nama "abah" terpacul di screen. Allahu, berita apa yang akan diterima awal pagi macam ni. "Abang, paklang dah takdak".. Allahu.. Innalillahiwainnailaihiroojiun.

Dalam kepala aku, cemana nak, balik ni, PKP. Dalam kesedihan, aku tak dapat lena semula.. Deringan bunyi telefon bertalu-talu, mungkin text message dari sedara mara dalam, group whatsapp. Aku masih terkejut. Apa pun aku rasa, redha pemergian Paklang yang dah lanjut usia, pada umur 83. Kalau lihat dr susuk tubuh paklang, memang nampak masih kuat,berbanding Maklang yang mmg nampak lebih uzur dr Paklang. Tp Allah lebih sayang kan Paklang. 

Sesudah subuh, isteri tanya, tak nak blk kampung ke? Katanya ada kawan minta kebenaran balik kg dan lulus. Terus aku bangun dan ajaknya ke balai polis. Kalau, lulus, kita balik, kalau tak lulus, nal buat macam mana. 

Selepas bersiap, terus kami ke Balai Polis Kelana Jaya, masa tu baru pukul 8pg. Selepas berjumpa pegawai, dia minta salinan report kematian. Yang ada, cuma dalam phone saja, adusss, kena print plak. Terpaksa la cari kedai utk print, memandangkan masih awal pagi, aku, tak ada kedai yang buka. Jadi, kami pin balik rumah untuk print.
Setelah print, kami pergi lagi sekali ke balai polis kelana jaya, jam pun dah menunjukkan, pukul 9 lebih. Masih ada beberapa orang yang berurusan dengan pegawai, jadi kami selesai berurusan dan dapat kebenaran merentas negeri, jam dan pun menunjukkan hampir pukul 10 pg. 

Balik rumah, terus kemas baju dan bawa apa yang patut. Kami bergerak keluar pada pukul 10.40pg. Harapnya dapat lah menatap wajah Paklang buat kali terakhir. Inshaalah. 

Dengan kadar pecutan lebih laju dari biasa, kami selamat sampai kampung pada jam 2 ptg. Sesampai di rumah Paklang, jenazah dah di usung masuk dalam van jenazah. Nampaknya Masih tiada rezeki menatap wahah paklang buat kali terakhir. Aku redha, sekurang-kurangnya aku dapat mengikut jenazah paklang ke destinasi terakhir setiap orang. 

Dari photo-photo yang di kongsikan, allahu! Kita boleh nampak raut wajah paklang yang cukup tenang rapat mata di pejam. Seperti sedang tidur lena. Semoga arwah paklang di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 
Seusai semua. Aku terus balik rumah dan mandi. Hari yang agak panas, membuatkan kepala berdenyut-denyut. Sebelah malamnya di adakan tahlil untuk arwah.

Sedekahkankah Alfatihah untuk arwah Paklang. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 

Warded untuk buang polyps dalam hidung

Salam,

Nak, simpan sini untuk kenangan di masa depan. Nak di jadi kan cerita, dlm sebulan lepas hidung memang takde bau. Pergi la klinik Shaik kot ada ubat. Doktor Haslina cakap, memang takde ubat cuma kena jumpa pakar utk cek skop kot ada ketumbuhan. Biasanya punca takde bau ni sbb ketumbuhan dlm rongga hidung yang menutup urat saraf bau. Doktor terus bg refer letter. 

Macam biasa lah, aku minta isteri arrangekan appointment dengan pakar ENT kat Sunway Med, appointment pada 15hb Jan pukul 10pagi pada hari jumaat. Bila jumpa doktor, terus masukkan scope, dan boleh tgk view di screen, doktor cek di kedua-dua belah hidung, memang nampak ada isi terjuntai do rongga hidung, dengan kata saintifik nya "polyps". Di sebelah kanan memang nampak hampir menutup terus rongga hidung. Allahu. Aku tak terkata apa. 

Seusai cek, doktor menasihatkan aku untuk membuat pembedahan untuk membuang polyps tersebut sbb nampak polyps tersebut agak besar dan jika di biar kan akan lebih merbahaya. Namun doktor kata, walaupun dah buang polyps tersebut, deria bau tidak di jamin akan pulih, kemungkinan ada dan ada kemungkinan ilang terus di sebab kan lama tertutup sensor tersebut akan hilang fungsi. Wallahualam. 

Jadual pembedahan di tetapkan pada 21hb Jan. Pada 19 Jan, kena buat swab test plak. Jadinya minggu ni aku cuba kerja isnin saja, start Selasa aku cuti sampai hari pembedahan. Kalau kerja pun rs mcm tak boleh focus, baik aku berehat kat umah je. 

Hari Khamis yang di janjikan, aku bersama isteri dan anak dara pagi2 lg dah bertolak ke hospital. Alhamdulillah hana masih boleh ikut. Seawal 745pg dah register, aku sememangnya dah berpuasa sejak tgh malam sebelum tu lagi. Lepas register, terus di bawa untuk buat CT-scan. Kemudian di bawa masuk ke Wad untuk menunggu waktu pembedahan yang di jadualkan pada jam 11.30 pg. 
Masa dalam wad, ada beberapa procedure lg sebelum pembedahan, iaitu ECG test untul melihat kadar degupan jantung, dan chest X-ray. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 
Tukar baju ni utk procedure ecg test & x-ray. 
Ni kena tukar uniform hijau singkat plak untuk procedure masuk bilik pembedahan. Berdebar-debar juga rasa. 

Dalam 11.20 lebih kurang nurse dah tolak aku ke bilik menunggu pembedahan. Rasa lepas setengah jam menunggu, baru nurse tolak ke bilik operation. 

Get ready utk ke bilik operation. 

Doktor pakar bius standby untuk bius. Lantas terus tertidur. Memang takde rasa apa2 kesakitan. Alhamdulillah. 

Bila mula sedar, aku buka mata sekejap, mungkin masih di recovery room sebelum aku sedar kemudiannya dah berada di wad. Dalam keadaan mamai, aku gagah bgn cari phone untuk beritahu isteri aku dah di wad.
 
Dah sedar sikit, nurse bg ubat soluble utk kurangkan kahak, lepas minum dalam secawan air, terus perut rasa bergelora.. Uwekkkkk, tak sempat masuk ke bilik air, depan pintu tersembur air. Nasib baik perut kosong yang keluar hanya air saja. 

Mungkin penangan perut kosong yang berangin dan juga kesan, ubat bius. Lepas seketika, aku rasa, sikit tp kepala masih berdengung juga. Mungkin di sebabkan, bius dan angin. Terus makan roti bun dan air milo utk alas perut. Alhamdulillah ok. Hidung pun takde rasa sakit sangat, walaupun ada, sekali dua darah fresh masih mengalir keluar. 

Memang lepas pembedahan, aku mamai sepanjang hari, bangun jap, tdo balik. Bangun jap tdo balik. Isteri dan hana pun dah balik lepas pukul 5 ptg macam tu. Dah memang di luar waktu melawat. Waktu melawat pada musim PKP ni 12 - 2 dan 6-8mlm je. 

Keesokan harinya, alhamdulillah mamai pun dah hilang. Doktor datang melawat dan cek, katanya semua ok. Pendarahan pun ok. Semua dah kering. Kalau ikutkan dah boleh discas. 

Aku minta discas. Dalam pukul 12 lbh isteri dan hana sampai, menunggu masa utk dokumen discas dan ubat. Dalam pukul 2 lbh dah dapat pelepasan untuk balik. Alhamdulillah. 

Lepas seketika di rumah, terasa hidung sudah ada, sikit sikit bauan yang masuk. Alhamdulillah ya-Allah, nikmat yang tak terkata di pulangkan semula. Harapnya bau terus ada sampai bila2. 

Itu lah saja cerita masuk wad di tahun 2021. Last masuk wad adalah masa, 2008 ke 2009 gtu sebab kena jangkitan denggi.





Salam Tahun Baru 2021


 

Salam,

Dah hari ke 18 tahun baru, baru nak "Salam Tahun Baru 2021". Ok la kan.. better late than never. Tahun lepas pun entry ada 6 jer.. sikit giler kot.. ntah ler naper aku mcm kureng sikit nak menulis ni. Makin baloq.. sama dengan semangat nak excercise kuruskan badan pun abis kelaut... berat kembali ke asal dah.

Tahun lepas masa ke Perhentian pada bulan 3 berat badan aku dah susut ke 77kg dari 85.. isteri plak dah 66kg gitu kalau tak silat dari 72kg, namun pada masa aku tengah menulis ni berat badan aku dah 84kg... isteri 73kg... kan.. kembali ke asal.. aduhhhh..

Kami masih cuba untuk istiqomah utk turunkan berat badan, pertamanya nak kena start jaga makan balik. then kedua excersise yang konsisten... tp setakat 18hari masuk tahun baru... penjagaan makan ni masih terumbang ambing lagi.. huhuhuh... excersise pun baru 3 ke 4 kali  kot berlari anak atau berjalan keliling apartment kitaorang dalam 2km ke 3 km mcm tuh.. 1 pusingan dalam 350m jer.. jadi kena pusing hampir 10 round baru dapat 3km...

Tak de apa yang aku nak tulis, cuma nak set balik azam.. sama seperti tahun2 lepas... takde beza sebab pencapaiannya masih ke laut lagi. huhuhuh..mungkin tahun ni kena rajin kan diri juga untuk menulis blog... mcm tahun lepas PKP pun masih banyak aktiviti yang boleh di coretkan untuk memory akan datang kan. tp tu lah.. masih baloq giler lagi. 

Aktiviti tahun lepas, 

1. Percutian ke Pulau perhentian, pada pertengahan bulan 3 gitu..

2. PKP start, aktiviti2 di rumah.

3. Pindah rumah dari PJS10/14 atas tanah ke PJS10/11E ke tingkat 12 Suriamas.

4. Beraya Aidilfitri di Suriamas.

5. Balik kg beraya Aidil Adha di 2 kampung.

6. Hantar Aiman ke Matrik kedah.. pekena nasi kandaq Yasmin. padu ooo.

7. Percutian ke PD pada bulan 12.. ok la.. so so..

itu jer kot yang besar sikit kalau nak masuk blog tahun lepas.. ada la beberapa aktiviti yang tertulis di blog ni..

Harap tahun ni, boleh la byk sikit menulis.. sekurang2nya... sebulan ada 1 2 entry.. ok kot..

Sekian dulu ye.

babai..

Perkhabaran Duka pemergian 'On'

Salam semua,
Pada tanggal 28hb Ogos, hari Jumaat yang barokah menerima satu perkhabaran duka. Seorang sepupu rapat kembali menemui penciptanya pada umur 42 tahun.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Allahyarham meninggalkan isteri dan 6 orang anak yg kesemuanya masih bersekolah. Ya Allah, semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dengan nama panggilan 'OON', memang rakan sepermainan aku sejak dari kami kecil2 lg, mandi sungai, panjat pokok, naik moto ke sekolah lalu ikut kebun dan bermacam-macam lagi. Allahu, sungguh sebak dan sedih sekali bila mendapat perkhabaran ini. 

Allahyarham memang seorang yg soft spoken, rileks saja orangnya. Baru saja menamatkan perkhidmatan dalam angkatan tentera pada April lalu. Semoga di permudahkan anak2 dan isteri beliau. Alhamdulillah kebanyakan urusan rumah dah, sebagainya telah selesai beliau uruskan. 

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Allahu, sedihnya!
Semoga sepupuku Asrol Nizam Idris di tempatkan di kalangan orang - orang yang soleh! Perginya bertemu pencipta di hari Jumaat yang mulia.

Salam Takziah buat seluruh keluarga!

AlFatihah      

. بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Apapun, kita yang masih hidup kena sentiasa beringat, Ajal dan maut tidak menunggu tua, sampai masanya kita akan kembali kepadanya juga.. Adakah kita bersedia? Cukupkan amalan kita? Sama samalah kita berusaha untuk beramal soleh kita dan sentiasa bersujud kepada Allah yang esa. 

Kolej Matrikulasi Kedah

Salam semua,
Pada isnin 3hb Ogos 2020 adalah hari pendaftaran Matrikulasi. Alhamdulillah Aiman dapat melanjutkan pelajarannya di Matrikulasi ini utk kursus asasi Sains 4 semester. 2 tahun la tu. Kalau, result cun sikit boleh lah amik yang 2 semester. Tapi aku tetap bersyukur Aiman masih ada peluang untuk menlanjutkan pelajaran di institusi awam.

Aku sekeluarga sememangnya berada di kampung sungai dendang. Jadi perjalanan dr kg ke Changlun mengambil masa kurang 3 jam. Kami sekeluarga bertolak jam 7.30pg, sampai di Changlun jam lbh kurang 945pg mcm tu. 

Pendaftaran agak mudah dan cepat. Namun masih ada ruang untuk di perbaiki. Sesampai kami sekeluarga di pintu masuk, kesemua ahli keluarga di dalam kereta di kehendaki turun, tinggal driver dan pelajar sahaja. Bila terus memandu masuk ke dalam kawasan, ada beberapa check point, dan ianya amat teratur, check point pertama, check suhu dan scan mysejahtera, check point kedua untuk tunjuk arah ke blok mana, dan check point ketiga adalah tempat menurunkan barang2 pelajar. Selepas pelajar turun, ibu bapa boleh terus keluar. Pendaftaran, pembayaran dan segala borang telahpun disiapkan secara online. No bilik juga dah tersedia selepas pendaftaran online. 

Cukup perfect, tapi pada aku, agak terkejut buat ibu bapa. Di luar pagar, tiada apa-apa maklumat tentang perjalanan dalam kampus. Jadi kebanyakan parent agak terpinga2 dan terpaksa tinggal kan anak di dalam tampa sempat salam. Kalau, di ikutkan, tak perlu pun semua family mesti turun dan tunggu di luar pagar, kerana, proses yg di jalankan pun takde turun kereta pun. Tapi itu la yang sampaikan, masih ada ruang untuk di perbaiki. Mungkin kena pada musim PKP.

Walaupun Aiman dah turunkan barang. Aku minta kebenaran warder untun bawa Aiman keluar sekejap untuk berjumpa dan bersalaman dengan keluarga. Sebab serious rasa mcm drastic plak. Dah bawa keluar, terus keluar cari mangga kunci. Ingtkan boleh la naik bilik cek dulu besar mana nak cari mangga. Dah beli, singgah tepi jalan, cek lg kot ada barang yang tertinggal tak baw turun, memang ada, satu beg balas tertinggal. Nasib baik.

Kali ni sempt la bergambar depan  pintu masuk, bersalaman. Dan aku bawa aiman masuk. Aku bersalaman di dalam. Sayu juga la nak tinggalkan anak teruna sorang namun untuk kebaikan dia juga kan. 

Seusai semua, kami keluar dr Kolej kami mencari kedai menjual ais,, utk si isi dalam kotak polistrin yang berisi daging korban. Terjumpa pula kedai Nasi Kandar femes Yasmeen. Memang padu baq hang.
Dalam pukul 12 gerak dr Changlon balik ke PJ. Kalau, ikut Waze dalam 4jam lebih.. Mmg janji palsu je la ni.. Huhuhu. Sampai Shah alam je dah pukul 9 lbh. Makan dulu kat Hakem, tempat dating dolu dolu. Lepas makan terus hantar Haziq ke AYSK.
Pukul 10 lebih selamat sampai rumah. Alhamdulillah. Harap Aiman tak homesick lah.. Berpeluh mata bak kata dorang.. Hihihi. 

Salam Aidil Adha 2020

Salam all,
Salam Aidil Adha al mubarak! Semoga hari raya korban ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua. 
Tahun ni turn aku beraya di Machang kelantan, plannya balik klate rabu, jumaat raya, Sabtu gerak balik kampung Sungai Dendang. Sebabnya blk sg Dendang, isnin nak kena hantar aiman register matrikulasi Kedah.

Terus terang aku agak fobia balik klate time raya raya gini sbb pernah lekat jem 18jam...18jam baq hang.. Macam tak masuk akal kan.. Tp itu lah hakikatnya. Gerak dalam pukul 8 lbh 9 mlm gtu.. Sampai esoknya dalam pukul 4ptg keesokannya. Punggahhh. 
Kali ni aku dan isteri plan lalu ikut cameron highland.. Keputusan kami agak tepat walaupun ada sedikit kesesakan di area slim ke Sungkai, kami berjaya sampai ke Gua musang dalam pukul 7 blh. Kalau kira dlm 5jam lbh perjalanan.. Ok dah tu.. Tgk berita ada org 10jam kl Gua musang. Tp melekat sedikit dr kuala krai ke Machang. Total perjalanan 10jam..termasuk berhenti makan malam.. Kira ok la tu walaupun agak tersengguk sengguk mengantuk nak sampai machang.

Hari Khamis pagi kat Machang, keluar jap ngan isteri settlekan tayar, semlm masa drive terasa bergoyang sebelah belakang.. Masa awal2 tu ok.. Lepas nak sampai tapah bergoyang lain macam.. Rupanya ada sebijik tayar yg aku br tukar 2 bln lepas kembung.. Terkena laaa.. Tukar hr tu dah rm285.. Rupanya tahun 2016 punya.. Hampesss.. Tukar kali ni brand china Triangle.. RM250 sebijik.. Tukar 4 biji terus. Lega sikit nak jalan, jauh. 

Pada hari raya kami tak pergi ziarah keluarga. Kalau ikut aku, ziarah la keluarga sekejap.. Adik beradik sebelah ayah mertua tak ramai pun, semua dalam area machang je. Adik adik ipar cakap, xperlu la ziarah2 masa PKP ni. Aku follow je la. Tetapi diorang plan nak keluar makan di luar, terus kami ke penarik. 
Sampai Penarik makan udang sotong celup tepung, nak ke jembatan angkat plak di kuala Terengganu, aku dan isteri ikutkan saja. Otw balik, singgah la beli keropok utk buah tangan balik kg esok. Dalam pukul 8.30 gitu sampai rumah. 
Esoknya pukul 6 pagi dah kejutkan anak2 utk bersiap. Sebab nak kena gerak awal sebelum jem kat area tanah merah.. Situ kalau start jem, memang tak boleh bawa berbincang. Pernah sangkut 10km 4jam..fuh..tak masuk akal. 

Kami bertolak dalam pukul 7.30pg. Sampai Kg Sungai Dendang pukul 11.35 gtu.. Terbaekk.. Tak jem.. Yang paling best kami dapat melihat gajah seekor semasa dalam perjalanan menuruni bukit dr R&R banjaran titiwangsa. 

Hari ni ( sabtu, 1 Ogos) ada kenduri rumah pakcik, perkahwinan Adam dan, juga rombongan datang meminang Dik Anne. 
Aku takde membantu apa sgt pun, sebab dari semlm dok sakit tekak yang memang perit, tambah selsema plak. Malam pun tdo awal sbb dah terasa lemah badan. Soluble + panadol pun dah telan.. Terus masuk tdo.. Tak dan nak peluk isteri, sedar2 dah pagi.. 

Itu la dia.. Nnt sambung lg kalau rajin.. 



Lama sepi, punggah! berat badan pun naik

Salam,
Memang agak lama tak mencoret kat sini.. Bila datang baloq.. Macam tu la. Seingat aku untuk tahun 2020 ni macam baru sekali kot aku memblog. 
Banyak cerita sebenarnya, 
1. Virus covid mula di kesan di Malaysia 
2. Percutian keluarga kaki ke perhentian
3. Kerajaan umum PKP. 
4. Sebulan lebih kerja kat rumah
5. Dietnya kelaut.. Aku laki bini badan naik lbh 5kg..
6. New norm, keluar beli barang dapur sorang, Penjarakan sosial, bertopeng muka. 
7. Pindah ke suriamas
8. Solat jumaat tak boleh
9. Raya di Selangor 
10. PKP tamat
11. Boleh balik kampung
12. Cari durian di kg
13. Ke dusun durian  di ulu Langat sambil bakar membakar.
14. Sekolah dah mula di buka..

Wow.. Memang banyak peristiwa penting pada tahun 2020 ni. Semua akan menjadi satu kenangan indah.. Mungkin ada yang menjadi kenangan yang  terburuk. Wallahualam.apa pun kita ambil yang positif saja. 
Ini adalah ujian Allah buat kita. Redha dan sujud pada nya. 

Inshaalah.. Kalau rajin aku menulis lagi.. 
Nota: titipkan blog ni guna phone jeeee. Nampaknya dah boleh masuk image.. Boleh update tru phone. 




Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.