Salam Lebaran 1 Syawal

Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar
Walillah Hilham..
Segala puji bagi Allah, yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Taqaballahu minna wa minkum
Semoga Allah SWT menerima amalan saya dan kalian.
Seusai Subuh tunggu hingga jam 7 pg, aku dan bangchik ke kubur(posting sebelum ni). Balik dr kubur, baru mandi. Biasanya mmg mandi sunat Aidilfitri lah. Klu korang berjimak mlm td kena la mandi junub sebelum subuh ye dak? Hihihi. Aku biasa terus mandi.
Siap mandi, terus cari baju raya. Biasa lah, semua benda dah di siapkan oleh isteri. Aku sarung aje. Lepas bersiap, pekena lemang+daging masak keling sepotong 2. Br lah berjalan ke mesjid.
Tahun ni kami bertemakan purple, semua adik beradik termasuk abah dan mak pakai baju purple. Meriah weii. Al maklum lah semua ada.
Memang enjoy tahun ni, dengan lemang hasil buatan sendiri(nnt aku share cemana wat lemang), dengan pelita keliling rumah. Alhamdulillah syukur aku masih ada keluarga yang cukup bahagia dan harmony.
Biasanya raya, aku akan ke umah maklang, cik Milah, maklong dan umah makjang Sam. Then baru ke rumah jiran. Mlm ke umah makdak. Tahun ni mak buat lontong, pergh! Syok woi, kul 3ptg gtu licin.
Maklong n maklang wat laksa, makdak plak wat mee kari. Sedap semua. Klu nk mkn dodol syok, kena cari kat umah maklong. Mmg maveles. Ms kicik, klu maklong kacau dodol kami pi cari daun keladi utk amik dodol, konon nak rasa. Tgh2 cair tu yang syok.
Buat arwah tok dan tokwan kedua 2 belah (mak dan abah), moga roh kalian di kalangan orang yang beriman. Sememangnya kami amat merindui kalian.
Salam Aidilfitri kpd semua. Enjoy with my photos. Semua photos akan menjadi memori terindah kami sekeluarga pd masa akan datang..

Assalamualaikum ya Ahli kubur

Salam,
Aktiviti wajib dipagi Syawal adalah melawat kubur. Biasa aku akan pergi bersama abah dan bangchik (adik no 2). Pukul 7 pg gtu kitaorg gerak.
Tp pg Syawal ni aku pergi dengan bangchik je, abah menyusul kemudian dengan moto. Kubur ni last aku visit tahun lepas raya aji.
Kubur yang aku paling cam lokasi adalah Kubur 2 org abang kami, mereka meninggal semasa kecik, sempat bernafas beberapa jam saja di dunia ini.  Moga mereka ditempatkan di kalangan org2 beriman.
Sungguh menginsafkan bila kita melawat Kubur. Sekurang-kurang mengingatkan kita tentang kematian. Mati itu pasti, moga kita di dunia ini, terus istiqamah sujud kepadaNya. Jadi orang baik. Buang segala kekotoran di hati.
Masa aku kecik sejak umur 4 5 tahun dulu memang kami di biasa kan ke kubur. Abah memang akan bawa kami adik beradik. Dr melawat hanya abg2 kami,  makin tahun makin bertambah ahli nya.
Dengan kesedaran itu, lebih menguatkan hati ini untuk terus istiqamah sujud solat 5 waktu tanpa gagal. Kerana satu hari nanti kita juga pasti akan pergi menghadapNya.
Jom kita sedekah kan Al-fatihah kepada keluarga kita yang telah meninggal kan kita. Moga roh mereka di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman.

Syok berbuka di kampung halaman

Salam,
Korang berbuka kat mana hari ni, dah puas 26 hari berbuka kat Bandar. Pelbagai juadah, yang masak sendiri nya, (thanks to my wife) yang beli kat paramnya (param= pasar Ramadan ).
Hari ni berbuka dengan juadah hasil air tangan mak, Allah... Sedap nya bag hang.. Hari ni, juadah berbuka yang utama, nasik lemak sambal ikan bilis dan sotong, Pergh! Memang maveles. Ada kuih cara, cempedak goreng. Air, siap laici dan air kelapa muda.
Memang syok dapat berbuka di kampung, adik2 yang takde, Subri dan daus. Lain semua ada di kampung dah.
Lepas berbuka dan Tarawih, anak2 pun sibuk dengan bunga api dan mercun mancis. Mercun jenis ni aku benarkan main, sbb xmerbahaya. Kalau mercun bola memang xboleh dan di haram kan terus. Byk kes dah, org pecah tangan sbb mercun bola ni.
Moga hari lebaran ini mendapat keberkatannya dan meriah seperti di musim lalu.

Persiapan menjelang Syawal

Salam,
Memang seronok dapat beraya kat kampung. Kalau masa aku kicik2 dulu kitaorg akan tolong abah cari buluh, tarik kayu getah mati dr kebun. Basuh cermin tingkap. Alih kerusi meja. Ada masa cat umah.
Hari ni pun perkara sama berlaku, tp tugasan tersebut aku turun kan kat anak2. Dorang yang buat kerja, aku pun buat juga.
Pagi2 ronda bagan baru cari buluh lemang, kayu api mmg dah ada, xyah tarik kayu getah mati kat kebun dah. Sekrg pun kebun semua tanam sawit dah.
Dpt lah, buluh 15 batang untuk buat lemang esok. Esok pg nk p Pekan selama, cari santan kat market. Klu ada kerang, nak beli 3 4kg. Mlm leh Bakar. Hihi.
Sok klu ada rezeki, aku share cemn nak buat lemang.  Tugasan buat lemang ni last aku buat masa zaman belajar kat U dulu.  Nnt nk cari gambo lama wat lemang.
Seronoknya beraya di kampung.

Kerang Bakar/rebus Ramadan

Salam, tiap2 kali balik Kampung masa Ramadhan mesti tak lepas pekena kerang. Tak tahu kenapa, kat kg ni time Ramadan je ada jual.
Dulu selalu pekena dekat kubu gajah, sekarang kat kampung sg dendang pun ada. Sepinggan RM3.50,cicah air asam atau pun kuah kacang.
Syok woi, semlm pekena 5 pinggan. Giler best. Ingt mlm ni nak bakar sendiri. Tp kerang tak beli pun. Hihi. Pekena kat kdai je lah.

Balik Kampung Raya

Salam semua,
Korang blk kampung bila? Aku dan isteri plan nak blk ahad lepas sahur. Tp dari jumaat mlm dok dpt update highway ke Utara clear. Bgn pg td dpt link cctv lebuhraya pun semua tempat clear.
Aku jadi tak senang duduk, dan dan ajak isteri balik hr ni juga (sabtu). Hehe. Masa ni pukul 945pg. Aku bajet before 12 dah boleh gerak.
Siap mandi,  terus keluar g tukar minyak itam keta, basuh keta. Kuar  duit semua cukup, semangat tak?
Settle semua dah kul 11lbh. Anak2 pun tgh siapkan Beg, mama dorang pun jadi kalut agaknya, ye lah, plan asal nak blk pas sahur ahad.
Tepat kul 12 kitaorg kuar umah, jemput anak2, sumbatkan Beg dlm keta jap. Kena sumbatkan ler sbb keta sempit. Dlm kul 12.20 gtu gerak.
Masuk highway subang, Pergh, alhamdullillah jalan masih clear. Aku bgtau isteri, tunggu sampai nak masuk area sg buluh or rawang, klu clear mayb akan clear then tgu sampai slim plak.
Sampai area rawang pun masih clear. Syok tul drive mcm ni.  Kita orang buat keputusan tepatlah sbb ubah fikiran nak blk hr ni.
Sampai area lembah bringin mcm slow and nampak pack dah. Ingtkan, jem dah la. Rupa-rupanya jem sikit sbb ada eksiden. Xtau ler teruk ke tak, tp nampak la keta terbabas ke kiri jalan tuh.
Lepas dari tu je,  clear dah jalan. Sampai ler ke ipoh. Kita orang singgah kat RnR Tapah utk solat jamak. Benti la dlm Setengah jam.
Jalan masih clear lg. Lega dol. Dlm kul 4 gtu dah sampai tol Alor Pongsu.  Keluar tol kena RM38.30.mahal gak kan. Saja try keluar kat alor pongsu. Biasa keluar kat Taiping Utara.
Alhamdulillah, Kita orang sekeluarga selamat sampai pd jam 4.20pm.
Nak masuk tol Subang. 

Kami sekeluarga dlm kereta. 

Jalan amazingly clear baq hang. 

Eksiden kat ngan Lembah Beringin. 

Dalam kul 3lbh dah kat Ipoh. 

Dalam terowong Menora.  Kami ada perististiwa pernah berlaku kat dlm ni. Tp alhamdullillah semua OK. 

Sampai dah tol Alor Pongsu. 

Pack tak bonet kereta? Pakar je boleh susun semua. Hehe. 

Kisah berbuka petang semalam

Salam,
Kebelakangan ni, cuaca agak panas luar biasa. Baik luar umah mau pun dlm rumah juga terasa bahangnya. Subhanallah.
Hari ni my isteri work from home, aku mcm biasa la merempit ke tempat kerja. Jeles juga lah xdpt dok umah, tp aku dah EL semlm. Hihi. Mmg mls pun nak g kijer sbb dah mode raya ni.
Petang pas balik kijer, nak ke param pun malas sbb bahang lain macam. Jadi kitaorg decide ke mall, mula nya nak g subang parade, tp sbb jem, masa pun dah kat kul 7. Kitaorg ke Pyramid je.
Cari Restoran semua full house, so just beli air kat super market then minum wat alas perut dulu. Solat maghrib then baru cari makanan. Nak masuk Kenny Rogers masih full. So g pizza Hut je la. Alhamdulillah settle berbuka hari ni.

Jumaat terakhir Ramadan dan Salam Syawal

Salam, 
Hari ini merupakan Jumaat terakhir Ramadan sebelum menjelang Syawal.
Aku dan isteri sekeluarga mengambil kesempatan di hari Penghulu segala hari ini untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah kami lakukan samada dari tutur kata, perbuatan atau teguran yang menyinggung perasaan semua.
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah dengan lebih sempurna dan dipenuhi dengan amal ibadat di akhir bulan Ramadhan ini.
Di kesempatan ini juga,  aku dan isteri sekeluarga,  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,  Maaf Zahir dan Batin.  Berhati- hati jika memandu. Ingat lah keluarga tersayang yang menunggu di kampung.
Ikhlas dari kami sekeluarga.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.