Kadangkala kita kena berani berubah dlm hidup

Salam,

Korang pernah dengar pasal "Boiling frog syndrome"? Aku baru nampak tadi dan ianya sedikit menarik perhatian.

Sekiranya kita letak katak di dalam air panas, ia akan melompat keluar.  Namun,  Sekiranya letakkan katak hidup di dalam air sejuk dan perlahan - lahan didihkan adakah ia akan lari? Tidak. Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.

Persoalan nya : Apa yang membunuh katak? Air mendidihkah atau katak itu sendiri.

Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi "Boiling Frog syndrome". Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah.

Sama ada kita berani berubah atau kita akan musnah akibat terus selesa dgn sikap yg lama di kala keadaan menuntut kita berubah.

Adakalanya kita perlu berubah, yang paling penting adalah berani untuk berubah. Aku telah buat dulu apabila betul2 nekad berhenti kerja untuk mencuba sesuatu yang baru. Walaupun gagal, namun aku dpt pengalaman hidup baru yg mengajar aku sesuatu.

Kita patut terus berusaha meninggalkan kegagalan dulu sebagai pemangkin untuk bangun dan berusaha lebih gigih lagi di masa depan.

Semoga setiap dari kita peroleh kemenangan dan kejayaan.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.