Pengalaman Buka gerai jual Nasi Daging

Salam,
Last update blog nih 6hb lepas... so hampir 10 hari tak update blog.. plan awal2 dulu kalau boleh nak update atleast seminggu 2 atau 3 post.. hehe.. biasa la.. ok la kot asalkan aku update.. lama2 dah terror menulis baru leh update hari nih..

Hari ni aku nak citer cemana aku start buka gerai jual makanan.. Aku berniaga Nasi Daging. Hari Isnin tanggal 11/11/2013, hari pertama tuh, waktu penyediaan makanan, mak aku yang uruskan semua, aku cuma pemerhati bertauliah catit segala bahan2 yang di perlukan. Jadi lepas ni aku terpaksa uruskan seorang diri.

Pagi tu baru nak g beli barang basah mcm daging, bawang, tomato, cili merah, bahan-bahan rempah ratus dan lain-lain untuk resepi Nasi Daging tuh. balik umah jer dah pukul 11 gtu.. jadi daging yang masih dok keras tuh tak sempat nak defrost lak tuh.. kira hari pertama ni agak kelam kabut la.. sib baik segalanya mak aku uruskan.. hehe..

Hari pertama nih, dengan agak kelam kabut, daging pun potong ikut dan jer.. keh keh... so hari pertama nih wat agak byk set juga.. 20 set.. buka gerai dalam pukul 5ptg gtu, sampai pukul 8malam, lampu takde jadi agak gelap la gerai aku tuh.. jadi nak berniaga sampai malam tuh agak sukar sbb orang tak nampak... pengalaman hari pertama buka gerai, cuma laku 2 saja...

Hari kedua ni aku kurangkan sikit masakan, just buat untuk 6 set, yakni 3 pot nasi.. hari ni mak aku masih ada sini pagi, tghhri mak, abah dan adik nak balik dah. Jadi pagi2 mak aku dah tolong tumiskan sup... so selamat dah 1 kerja, tghhr aku sambung buat air asam dan masak nasi.. kira hari kedua berniaga tp hari pertama aku masak nasi dan buat air asam.. not bad la.. hehe.. nasi tak kering betul.. tp still ok tak lembik sgt.. so setiap hari akan jadi pengajaran untuk aku menaiktaraf rasa...

Hari kedua, aku buat 6 set jer.... macam biasa laku 2 jer.. tu pun jiran gerai aku, peniaga nasi ayam berempah beli 2.. hehe.. ok la.. dorng nak rasa.... jadi ada 4 lagi set tak terjual... hari kedua ni aku sedekah kat orang2 sekeliling dalam masa yang sama promosi supaya dorng2 ni dpt la rasa nasi daging nih.. aku rs agak "nichi" jenis jualan aku ni sbbnya takde lagi Nasi Daging yang di jualkan disekitar lembah klang nih.. so aku amik risiko la untuk jual dan perlukan masa utk individu rasa keenakkan Nasi Daging nih...

Hari ketiga ni, aku tinggal seorang, jadi aku siapkan sup, dalam ertikata lain, segala-galanya aku buat la.. dari sup, air asam dan masak nasi... Tp mcm hari kedua, rasanya not bad, masih seakan-akan sama macam mak aku masak... hari ni aku catit balik apa yang aku masukkan, yang mana takde sukatan tuh.. aku guna sukatan dan catit utk memudahkan aku masak utk esok dah seterusnya...

Hari ketiga nih agak menyedihkan sbb 6 yg aku bawa, satu pun tak terjual.. huhuhu...  tak per la.. adat la berniaga kan, kurang-kurang pun sebulan dua pertama ni hanyalah sessi pengenalan jer kepada sapa2 yang nak try Nasi Daging.. Jadi macam biasa la, aku sedekahkan dekat penduduk sekitar PJS 8~10 nih...

Hari keempat, aku buat 6 set macam tuh, masih sama... hari ni ada sorang makcik datang tuntut tapak gerai yang aku dok niaga sbb dia kata dia dah cop tapak tuh dengan pacak khemah.. hehe.. memang tutup khemah dia dan alih ke tepi, mana taknya, aku dok riki sebulan 2 memang takde orang berniaga, tp alhamdulillah, makcik ni agak positif dan boleh bawa berbincang, dorng nak berniaga start tghhr sampai petang, so aku boleh sambung petang plak.. tak jadi masalah ler.. aku pun offer kat dorng untuk guna khemah aku jer.. khemah baru tu baii... khemah makcik tu dah koyak rabak dah.. hehe..

So abis berbincang, aku bodek la makcik tuh suh rasa Nasi Daging aku nih, dia pun beli la satu untuk rasa. Then datang kawan baik aku, dia pun beli satu untuk wife kesayangan dia... Kemudian Jiran gerai aku nih, gerai nasi ayam berempah order 2, humang aiii... hati aku agak melonjak kegembiraan sbb dah 4 laku... then tiba2 muncul sorang lagi dari belakang gerai nak try, alhamdulillah.. 5 dah laku.. tinggal lagi satu..

Setiap hari, bila aku berniaga start pukul 5 ptg tuh, dlm pukul 6 lbh gitu aku kena tinggalkan jap gerai sbb nak amik wife kesayangan aku kat KTM komuter, lepas amik dia tinggalkan aku kat gerai dan dia akan terus amik Hana. Kebetulan daging dlm flusk aku tu abis, nasi ada lagi 1 set.. air asam dan sup ada beberapa set. So hari ni aku buang masa agak lama, sbb pas amik isteri kesayangan aku tuh, aku follow terus amik hana dan balik amik daging... sesampai di gerai jer, ada sorang mamat dok tunggu nak beli Nasi Daging aku 2 set.. tapi malangnya cuma tinggal 1 set jer lagi..

so hari keempat aku dapat jual abis 6 set, gembira hanya tuhan dan isteri aku jer la yang tahu.. hehehe.. senyum sampai telinga, walaupun cuma 6 set yang terjual, tak la untung banyak mana pun, tp sbb abis dan buatkan aku tak rugi, aku rs seronok ya amat.. so aku plak esok nak jual double.. dr 6 jadi 12...

Hari kelima, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku gandakan set Nasi Daging dari 6 set ke 12 set. pukul 450petang aku dah sampai di tapak gerai, sekali ada plak penguatkuasa MBPJ.. adoi la.. so aku masih selamat sbb blom pasang meja lagi.. jadi terpaksa la aku tunggu MBPJ tuh balik dulu, kalau tak, sure kena sama bro... RM250 plak tuh.. memang agak bernasib baik hari nih..

Hari kelima ni, aku buat lbh kurang 12 set Nasi Daging, tp yang terujual cuma 4 set jer.. so hari ni jadi lagi satu pengajaran, tak perlu teruja sangat kalau abis jual.. hehe.. so aku set mind, kalau 3 kali berturut-turut abis 6 set Nasi Daging, baru aku doublekan.

Hari ke enam aku buat 6 set semula, hari ni cuma laku 3 set dan semuanya orang baru bukan repeat customer.. jadi ok la setakat nih, harap dorng suka dan repeat datang beli dan bgtau kawan2 dorang tentang kesedapan dan keenakkan Nasi Daging Resepi mak aku nih..

Aku harap aku terus berniaga, lepas nih insha allah akan ada lampu, jadinya boleh la berniaga sampai lewat malam sikit.. then next week kalau takde aral maybe aku berniaga kat Mesjid Kelana Jaya.

Hidup bagaikan roda

Salam,
Aku sebenarnya tak pasti apa yang akan aku tulis hari nih. Kalau boleh memang aku nak cuba post blog nih seminggu atleast 3 @ 4 post. Aku nak tulis citer harian aku pun tak berapa nak pandai.. so aku tulis jer la apa yang terlintas dalam fikiran aku nih haa..

Kalau ikut title kat atas tuh, "Hidup bagaikan roda", aku gak setuju dengan kenyataan tersebut. Setiap kejadian for sure ada hikmah di sebaliknya dan aturan yang Allah dah set untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Ada juga aku dengar orang tua-tua bgtau, Allah takkan uji kita kalau kita tak dapat menahan ujian tuh, sebenarnya terpulang pada kita pun kan.

Bila kita pandang balik ke belakang, kita boleh lihat di manakah kita hari ni. Apakah kita sudah berjaya, apakah kita masih di takuk lama atau menurun. Macam aku sendiri, bila pandang kebelakang, aku rs ok dah perjalanan hidup aku, namun hari ini, seriously aku ckp aku berada pada roda yang paling bawah. Namun aku redha dengan keadaan ini. Aku mengambilnya secara positif dan teruskan usaha dengan lebih kuat lagi.

Dalam keadaan sekarang, walaupun aku rs aku berada pada tahap paling bawah dalam hidup, aku amat bersyukur ada seseorang yang berada di belakang aku yang sentiasa support aku. Kalau dah tersungkur, orang yang paling rapat ngan kita tak memahami, fuyyoooo, mara bahaya kata KRU. Alhamdulillah untuk aku, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi mengurniakan seseorang yang amat memahami aku.  Bak kata orang, susah, sama-sama susah, senang sama-sama senang..

Walaupun aku redha dengan keadaan aku skrng, namun aku akan terus bangun dengan segala kudrat yang ada, insha Allah, akan aku usahakan sepenuh kudrat yang Allah pinjam kan kat aku untuk terus bangkit berusaha seterusnya mencapai segala objektif dan matlamat yang aku dah set dalam hidup aku. Perjalanan hidup aku masih panjang. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup aku, isteri dan anak2. Amin amin ya rabbal alamin.

Blackberry internet service - not connected???

Salam,
Ni masih kisah henpon blackbery aku yg dah nak "rakai", lepas aku wipe segala data kat hp aku tuh, then bila cek balik, BIS not connected la plak.. so aku pun google la cara untuk pulihkan keadaan. Sengaja aku masukkan dalam blog ni supaya mudah untuk aku rujuk balik hal yang pernah aku buat, tak perlula nak google semula kan... pandai tak aku? pandai siottttt...

Langkah 1 : Kat Home Screen folder, Klik Option
Langkah 2: Klik Network and Connection > Mobile Connection
Langkah 3: Klik butang Blackberry menu. (butang yang ada logo Blackberry tu ler) > Diagnostics Test
Langkah 4: Klik lagi butang Blackberry > Run
Langkah 5: Klik Accept as Solution. Siap dah..

Seterusnya cek ler korang punya BIS tu not connected atau Connected, kalau connected akan tertulis Connection : WIFI/Network

Aku buat langkah2 di atas, blackberry aku OK, kalau korang buat masih tak OK, kena la cari solution lain kat Mr. google. Setakat ni jer la aku boleh bantu..



Reset Blacberry Bold 3 9780

Salam,
Baru - baru ni aku ada post pasal soft reset Samsung Galaxy tab 10.1 (baca sini) .Hari ni aku nak share plak cemana nak reset Blackberry bold 3 yang aku pakai. mana tak nya, sehari hang 3 4x, dah nak kena cabut bateri.. pastu nak tunggu restart berjanggut.. kalau sakit perut cirit pun boleh terberak dlm suar nak tunggu hp On dulu...
So ni step yang aku buat lah,
Langkah 1 : Backup dulu korang punya data, mcm gambar2 dalam galery, video, document. Semua data yang aku sebut td aku copy jer masuk dlm PC. Macam contact list, browser bookmark, Calender, memos dan WLAN profile aku back up guna app Blackberry Protect.
Gambo atas ni contoh data yang aku back up dari Blackberry protect.
Untuk Wipe sume data, 
Langkah 2 : Pergi ker Option

Langkah 3 : Pilih Security


Langkah 4 : Amik Security Wipe


 Langkah 5 : seterusnya tick semua check box mcm kat bawah nih, then taip Blackberry then Klik Wipe.


Langkah 6 : setelah blackberry men"delete" dan men"reset" dlm masa 3~10minit, sume akan jadi macam hp yang masih "virgin" dan baru dibeli. Seterusnya restore balik la segala yang korang backup guna Blackberry Protect td.

Itu jer la stepnya.. amat lah mudah..sekarang blackberry aku dah tak hang dan tak perlu nak restart 3 @ 4x sehari.. selamat mencuba ye...

Bisnes? Bagaimana boleh tergerak hati?

Salam,
Aku just nak share apa yang tersirat dalam kepala aku. Bukan apa, senang untuk diri aku merujuk semula apakah plan2 dan idea yang bermain di kepala aku nih.. kepala atas ehh.. bukan kepala bawah.. hahah.

Pertama sekali, aku tak pasti kenapa aku suka sgt nak berbisnes walhal aku takde pengalaman, dengan berbekalkan ijazah kejuruteraan, aku dah boleh dapat kerja yg elok utk sara keluarga. Ntahlah bro.. lu fikir la sendiri.. Once aku dapat peluang utk VSS, aku tak terfikir nak berniaga nasi (idea yg come out recently). Aku fikir nak buat bisnes yang mudah dan modal kicik... so aku surf, aku jumpa dengan Unit Trust Consultant Public Mutual, aku rasa aku boleh buat.. setakat nak dapat 2k sebulan mcm takde masalah.. so aku terus register dan ON dengan Public Mutual, aku attach dengan Caliph group, GAMnya Tuan Haji Arif Ismail. Aku amat bersyukur di pertemukan dengan group nih, yang mana dr segi group meeting, sharing dan perkongsian pengalaman. Dan yang paling utama ada training dan latihan yang di sediakan.

Di sana aku byk kenal ramai2 senior-senior yg hebat yang boleh bagi tunjuk ajar, buka booth, buat cold calling. Aku boleh dapat income dr Unit Trust nih, dan di waktu aku tulis post ni pun aku masih Unit Trust Consultant. Dan aku akan teruskan job ni selamanya.. In Shaa Allah.

Pada masa aku buat cold calling, jumpa kawan2 yg buat bisnes sendiri. Ada sehari tuh aku buat cold calling di food Court Giant Kelana Jaya. Sambil buat cold calling, aku perhatiak setiap gerak geri, apa saja yang berlaku di sekitar food court, selama aku tinggal di area  Petaling jaya ni, Giant KJ ni memang menjadi tempat persinggahan 3 4x sebulan utk barang2 dapur, jadi aku perasan peniaga2 kat atas ni ada yg bertukar ganti ada yang kekal bertahun2 selama aku jejak kaki kat sini.

Dalam masa wat cold call tuh, ada iklan utk sewa tapak di food court, aku pun gatai call... sewa RM2500, deposit RM8000, humang aiii.. mahai sungguh... then aku teringat sorang member yang pernah buka kedai di food court Tesco, rupanya selain tu ada mcm2 lagi kena bayar. Biasa la kan, kita dah biasa hidup dengan gaji ok, boleh tampung sume benda, tak terfikir la gerai tepi jalan yang kita fikir boleh bagi RM30 ke  RM50 jer sehari.. tu pun bergantung pada pelanggan, dengan harapan kalau buka kedai di food court nih, ramai pengunjung yg makan boleh dapat byk sikit sekurangnya RM100 ke RM200 sehari.. tp memandangkan over head cost yang tinggi.. itu pasal la tergerak hati nak try buka gerai kecil- kecilan dulu.

So dalam masa aku call prospek, sambil - sambil aku buat pengiraan tentang cost, dan idea nak berniaga apa.. Aku dapat idea nak berniaga yang ringkas dan senang.. TINGGG.. terkeluar la resepi Nasi Daging mak aku yang cukup sedap. mudah dan ringkas... aku rasa ni adalah perniagaan yang agak 'nichi'... ntah la apa maksud nichi tuh.. kalau korang IM (internet marketer) sure korang perasan perkataan 'Nichi' ni, biasa digunakan utk mendapat keyword yang baik.. di panggil nichi.. so aku fikir idea Nasi daging ni adalah yang terbaik memandangkan takde lagi nampak mana2 gerai jual nasi daging..

So bila dah terkeluar idea nak berniaga nasi daging nih.. dan di sebabkan sewa food court terlampau mahal gila babeng.. aku decide utk buka gerai.. aku dah nampak lokasi, aku dah tgk dan survey TEKUN... dan mcm2 lagi lah.. semangat punya pasal..

Itu la dia cemana boleh aku tergerak utk buka gerai yang sebenarnya aku tak terfikir langsung.. fikir nak buka kedai, or sewa food court.. apa kelas gerai tepi jalan nih kan... tp sebenarnya aku silap.. dr gerai kecik, mungkin satu hari nnt akan ada cawangan tambahan, bila sume dah lengkap  dan stabil baru aku cari tapak food court... baru la boleh menten lama sikit di samping mendapat regular customer..

Next post aku nak citer pasal plan yang aku fikir utk buka gerai jual nasi daging nih..



Upgrade Samsung Galaxy Tab 10.1 kepada Ice Cream Sandwich 4.0.4

Salam,
Mlm ni aku dok pulun cari cara nak upgrade firmware dari 3.XX kepada 4.0.4 (ICS), mcm2 cara. Nampak macam susah sbb thru backdoor. Ada la beberapa blog bg step-step yang perlu aku follow utk upgrade. Rupa-rupanya ada cara mudah sbb tab aku boleh upgrade guna front door, maknanya ON tab then cari la upgrade.. hahahaha... choihhh!!.. mungkin mudah sbb aku punya tab beli last year 2012, firmware version pun 3.7 rsnya.. tp kat sini aku nak share juga step panjang utk aku rujuk balik, kot-kot tab dah tak leh ON melalui OS. So boleh upgrade firmware back door la.
Cara front door:
1. On korang punya Tab.
2. Pilih Setting
3. Cari About Device then pilih Software update.
4. Klik kat Update
5. Kalau ada update available, korang klik la update. Kalau takde update, akan kuar "No Update available".
Done. Kalau update nnt tab akan reboot sendiri dan jalankan proses menaiktaraf firmware/software td.

Cara Back Door: (Ni aku just copy jer)
Nanti akan aku sharekan.. wat ms sekrng.. tak sempat ler.. sorry eh...

Samsung tab 10.1 GT-P7500 : Cemana nak hard reset

Salam,
Hari ni Galaxy tab 10.1 aku plak buat hal.. slow abis.. so aku ingat nak upgrade firmware baru. Tp macam susah juga.. So aku try hard reset dulu la.. kira macam factory reset la. Bila kita wat hard reset nih, segala data-data dalam memory akan di 'wipe' abis licin. Kalau korang nak wat hard reset, pastikan data-data penting di backup atau di simpan dulu. Bukan tu jer, segala apps yang dah di install pun abis clear.. huhuhu..
cara-caranya mudah jer la...

Kalau dalam keadaan OFF,
1. Press VOLUME UP + POWER
2. Lepaskan button POWER bila Logo Samsung kuar, tapi sambung press VOLUME UP sampai screen Recovery muncul.
3. Guna butang Volume utk pilih menu, pilih Wipe data / Factory RESET. Tekan Home untuk pilihan tersebut.
4. Tekan VOLUME UP.
Seterusnya Tab akan proses memadam segala data dan Apps yang terinstall. Dan tab anda bagaikan baru lahir.. huhuhu

Kalau Tab anda ON(lagi mudah beb):
1. Pergi ke SETTING
2. Amik PRIVACY
3. Pilih FACTORY DATA RESET
Done.

Dah clear sume.. so kena la install semula segala apps yang nak digunakan..

Kalau tab korang takde masalah.. tak perlu la gatal2 tangan nak g factory reset ni kan... tak ke bodoh namanya tuh.. huhuhu.. mcm tab aku mmg pobem.. buka mana-mana apps sure dia suh force close, makna kata memang tak leh buka langsung, tu yang aku "terpaksa" hard reset tuh.. itu la caranya.. saja aku simpan step2 ni sbb next time kalau jadi lagi.. boleh la jadi bahan rujukan aku sendiri..
Pasni aku nak try upgrade firmware plak.. In Shaa Allah akan aku share plak.
 

Layan Hawai 5-O - kat mana aku donlod

Salam,
Aku sebenarnya seriously tak tau sgt nak tulis apa.. aku ada bgtau aku pernah try tulis blog tp sume tak jadi.. skrng aku main bantai jer la apa yg aku suka nak tulis kan.. blog aku.. lantak aku la kan..

Kali ni aku nak citer sikit yg skrng ni aku dok layan citer Hawai 5-O nih.. byk lagi series yg aku layan cuma skrng aku tengah melayan season 1 dah ep 11 dah pun.. aku mmg tgk citer ni kat TV, tp berlobang-lobang la.. ep 1 tgk, mungkin ep 5 tak tgk.. skrng aku tgk balik dr 1- abis ler..

Ada beberapa lagi series yg aku sedang tgk buat ms sekrng.. nnt la aku share yang lain..
Apa yg best sgt citer Hawai 5-O nih.. ntah.. aku pun tak tau.. tp aku suka dengan jalan citer dorng, cara dorng solve pobem berkaitan kepolisan nih.. tu jer la yang aku boleh citer.. kalau korang baca post aku yg nih.. korang cari la sendiri.. aku donload kat sini... eztv.it then korang klik showlist kat tab atas tuh.. kebanyakan citer English Series ada sana.. kalau subtitle lak.. aku selalu cari kat sini.. www.subscene.com. Memang kena dengan apa yang korang donlod dr eztv td tuh..

Selamat mencuba geng.. kalau korang ada tempat2 donlod movie best2.. boleh la share ngan aku gak.. isi kat komen nnt eh...

Chow cincau...

ke Kampar dan Besout

Salam,
Hari ni pagi2 lagi aku, wife dan anak2 bersiap2 utk ke wedding di kampar dan seterusnya ke Felda Besout melawat Paktih dan Maktih yang baru balik dari Mekah. Pagi2 bangun, aku settlekan hal sandwich, memang dah plan nak wat sandwich teluq. Boleh tahan juga sanwich teluq aku tuh.. hahaha.. 2 biji teluq, mayo dan lada sulah dan lada hitam.. garam sikit.. dapat la dalam lbh 10 keping roti..
Anak2 aku pun suka makan sandwich ni, memang abis sume.. hehehe.. kena plak dengan air milo.. Dah settle hal bekfas, terus siap2.. dlm kul 10 gtu kuar umah..
Hari ni memang mendung jer, tapi sampai tol Tapah hampir 2j drive, cuaca mcm ok juga la.. alhamdulillah, dlm 30 minit sampai la kitaorang di kg Bukit Pekan kampar.. sampai jer nampak pengantin pun baru sampai.. kitaorg terus jamu selera dulu, memang plannya tak nak lama-lama sbb nak gerak ke umah Paktih plak di besout.
Lepas mlm dlm kul 130tghhr gtu, terus jumpa pengantin, amik gambo sekeping.. (tu pun gelap, hehe guna bb).. then terus beransur ke Besout. Aku tak lalu jalan lama, amik keputusan utk lalu highway dr Tapah ke Sungkai, sampai sungkai dlm 20 minit jer tapi sesat plak nak masuk ke Felda Besout, mulanya betul dah aku masuk ke simpang Changkat Sulaiman, tp kat round about kecik aku patut amik kanan, aku bantai amik kiri, keluar ler ke jalan besar balik.. harap + hampeh sungguh.. konon nak cepat sampai.. jadi lama sbb 30 minit gak aku silap.. dah masuk jalan besar, aku terus jer dah nak sampai ke Bidor.. chehhh.. last2 aku give up, aku call la abah aku kat kg... rupanya2 betul dah la masuk ke simpang Changkat Sulaiman tuh.. cuma lepas masuk tu kena amik kanan kat round about kecik..
Last2 dlm 330pm juga la sampai kat umah Paktih di Felda Besout 1. Mkn segala2 yang Paktih dan Maktih bawa balik dr tanah suci, kurma, kacang pandai, kacang gajus, kismis dan juga air Zam Zam.. Sejam juga la lepak kat umah  Paktih tuh, hari pun dah mula ujan.. Kuar dr umah Paktih dlm kul 430pm, terus balik jer, umah Pakndak Tajul pun kitaorang tak singgah.
On the way balik tuh, ujan makin lebat, keta plak byk.. adoi... aku plak punya la ngantuk teramat.. asyik nak terlelap jer.. last2 sampai Hentian Rawang, aku mereluh(tdoq) jap dlm keta dlm 10 minit.. then baru segar sikit.. Asalnya nak singgah hentian Jejantas Sg Buloh, tp tutup la plaknya...
Sampai area taman sri subang, kitaorng dinner kat Restoran Alif.. boleh la.. tempat selalu makan.. dlm kul 8 gak la sampai umah.. cemana tah nak sharea gambo ngan video.. lain kali la aku share.. masih dlm pembelajaran lagi.. biasa aku guna wordpress.. ni guna blogspot tak sure baper besar space dorg kasi utk guna..
 

Post pertama! moga ini bukan yang terakhir

Salam,
Ni pos pertama aku, tak tau pun apa nak tulis sbb aku bukan kaki tulis pung.. sebenarnya dah ada beberapa blog yang aku create tp separuh jalan jer.. tak tau nak tulis dan rs mcm tak suka nak share hal2 diri aku. Tp kali ni aku try jer la tulis apa2 yang tersirat di hati aku, apa2 yang aku fikir.. dengan niat aku akan baca balik segala apa yang tersirat atau apa yang aku impikan dalam hidup ni.
Mungkin dalam blog ni aku nak ceritakan hal2 family, kisah kasih sayang seorang isteri, kisah keletah anak-anak, kisah bermulanya bisnes aku yang tak pasti hangat-hangat tahi ayam pandu atau apa.. semua akan aku ceritakan. Mungkin aku boleh cerita cemana aku nak mulakan bisnes dr zero, sekurang2nya kalau aku berjaya satu hari nanti, ada benda yang boleh jadikan satu tauladan atau di contohi.
ermm.. pasal diri aku kot utk pos pertama nih, nama di beri Ed*y Wij*y*, sengaja aku letak '*' sbb aku taknak kalau orng google nama aku jumpa lak blog nih.. hehehe.. abis wat apa wat blog kalau tak nak bg orang baca... ntah ler bro.. suka ati aku la kan..
Aku ada seorang isteri yang amat aku sayangi dan kagumi, (jiwang la plak nih) aku memang sayang giler kat minah nih sepenuh jiwa raga aku. segalanya cukup sempurna Allah jadikan dia milik aku. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas pemberian ini. Aku boleh share segalanya dengan minah nih, isteri aku la tuh.. dia sentiasa berada di belakang aku bila aku susah, sentiasa membantu aku tanpa sebarang alasan. aku sentiasa doakan yang terbaik buat istri aku sorang nih.. moga Allah sentiasa memuliakan dia dan sentiasa di murahkan rezeki.
Aku ada 4 orang anak, 3 orang hero, seorang heroin, pada hari aku tulis post pertama nih, masing-masing berumur 11thn, 8thn, 6 thn, dan 6 bulan. Kesemuanya adalah buah hati pengarang jantung, akan aku jaga mereka sebaiknya.
Matlamat hidup aku yang pertama cukup mudah, aku nak bebas dari segala utang, bukanlah nak mewah sangat namun yang utama adalah zero utang melainkan utang2 yang perlu mcm utang beli keta dan umah.. lain2 yilek.. moga aku dapat capai matlamat tersebut dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang. kedua aku nak kumpul sekurang-kurangnya half million(500k) dalam akaun bila aku umur 50 tahun, so aku ada dlm 15 tahun untuk capai matlamat tersebut. Kalau dapat lebih lagi bestkan.. makan duit dividen jer.. masuk dalam unit trust, boleh dapat 8% ke 15%.. bygkan korang ada sejuta... kalau 10% pun, setahun korang ada 100k..syok tak.. makan duit dividen jer.. best.. best..
Sekarang umur aku 35 tahun, sekolah menengah aku belajar di Teknik Ipoh, then aku lanjutkan pelajaran kat UM dalam jurusan Elektrikal. Tahun 2000 aku graduate, aku join NEC Machinery selama 7 tahun sebagai Software Design Engineer (Jurutera Perisian dlm bahasa kita), then tahun 2007 aku masuk WesternD, selama 5 tahun sampai la aku kuar dari westernD tahun 2012 dan sampai sekarng aku wat kerja sendiri, setakat nih, hidup aku masih berbajet2 setiap bulan.. huhuhu. .sian aku dan wife terutamanya. Tak per la, aku percaya Allah dah tetapkan rezeki masing2, cuma perlukan usaha yang gigih dan kuat.
Aku rasa cukup la dulu 1st post aku berkenaan dengan latar belakang aku yang tak seberapa. nnt aku akan citerkan sikit2 setiap orang2 yang aku sayang dalam hidup ini yang sentiasa menjadi sumber inspirasi untuk aku tetap dan bulatkan matlamat aku tersebut.. In Shaa Allah... moga segalanya akan tercapai.. aminnnn!!

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.