Assalamualaikum ya Ahli kubur

Salam,
Aktiviti wajib dipagi Syawal adalah melawat kubur. Biasa aku akan pergi bersama abah dan bangchik (adik no 2). Pukul 7 pg gtu kitaorg gerak.
Tp pg Syawal ni aku pergi dengan bangchik je, abah menyusul kemudian dengan moto. Kubur ni last aku visit tahun lepas raya aji.
Kubur yang aku paling cam lokasi adalah Kubur 2 org abang kami, mereka meninggal semasa kecik, sempat bernafas beberapa jam saja di dunia ini.  Moga mereka ditempatkan di kalangan org2 beriman.
Sungguh menginsafkan bila kita melawat Kubur. Sekurang-kurang mengingatkan kita tentang kematian. Mati itu pasti, moga kita di dunia ini, terus istiqamah sujud kepadaNya. Jadi orang baik. Buang segala kekotoran di hati.
Masa aku kecik sejak umur 4 5 tahun dulu memang kami di biasa kan ke kubur. Abah memang akan bawa kami adik beradik. Dr melawat hanya abg2 kami,  makin tahun makin bertambah ahli nya.
Dengan kesedaran itu, lebih menguatkan hati ini untuk terus istiqamah sujud solat 5 waktu tanpa gagal. Kerana satu hari nanti kita juga pasti akan pergi menghadapNya.
Jom kita sedekah kan Al-fatihah kepada keluarga kita yang telah meninggal kan kita. Moga roh mereka di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.