Latest Posts

Berhujung minggu pertama Ramadhan

Salam,

Hujung minggu baru ni, pada hari Sabtu kereta kesayangan isteri yang di belinya hampir 9 tahun lepas masuk bengkel l.. Memang perlu masuk bengkel untuk servis tukar minyak itam dan sebagainya sebab dah sampai masa. Tapi dalam masa yang sama, aku nak pomen cek gak lain-lain sebab bila bw keta tuh.. ada rasa gegar semacam lepas kelajuan 60km/j.. memang bergegar bahagian bawah.. telur sekali rasa getarannya.. ekekekek.. ini baru real telur goyang..

Kereta yang banyak berjasa kepada kami.. 9 tahun.. Odo meter dah 200k++km tu..

Lepas pomen cek.. alamak.. drive shaft dah pobem. termasuk wheel bearing pun rosak.. tak leh nak cakap apa lah.. sbb keta dah lama kan.. memang sampai waktu dah.. tp drive shaft tu dah pernah tukar dah 3 tahun lepas kot..

Tu pun ada satu lagi patut kena tukar, steering rack.. yang ni makan RM600+ kot.. tapi masih boleh guna lagi dan juga bajet dah tak cukup.. so next servis plak kot taruk bajet utk tukar steering rack nih..

Tak leh spend lebih, sbb nak raya lagi nih.. yang ini saja pun dah makan dlm RM1000++ dah.. drive shaft sebelah saja dah rm280.. elok punya.. waranti setahun... bearing tu pun dah rm150.. upah apa sumer.. termasuk normal servis, spark plug dan benda2 yang sepatutnya.. zasss... 1k++.. tepuk dahi la juga baq hang..


Tp apa pun, aku redha jer lah. sume ni penting kot.. untuk keselamatan isteri aku nak ulang alik ke ofis.. yang patut repair.. kena dulukan lah.. walaupun kopak juga.. alhamdulillah la ada gak duit extra untuk repair sume..

Bengkel yang aku pergi ni, memang dah lama aku dok pergi kedai ni, servis ok. dan berpatutan, pomen2 pun sume ok, tukar barang bila betul2 rosak saja.. kalau masih boleh guna.. guna dulu... dah beberapa tahun kot aku ke sini lepas kali pertama tukar tayar kat tempat nih.. then terus kekal sampai sekarang.. bengkel ni terletak kat USJ1. dekat dengan USJ one avenue kondo.

Hari ahad plak aku dan isteri ke Seksyen 7 Shah Alam, konon nak cari baju melayu untuk raya. Anak2 tahun ni beraya di johor bersama mama diorang.. so bajet baju melayu mama dorang belikan.. Mulanya ke kedai tempahan baju isteri jap.. sebab nak tgk kan warna kuning baju isteri.. baru leh bajet kaler utk baju melayu aku.. sekali kedai boleh tutup plak..

So tak dapat tgk lah kalernya.. agak2 dengan gambar yang tertera dalam jualan online jer lah... terus ke beberapa kedai kat area shah alam tuh.. memang meriah, kebanyakan kedai guna speaker kuat untuk tarik pelanggan.. ada beberapa temapt aku gi.. kebanyakan takde plak kuning.. last -last masuk Jakel... baju melayu baru RM150.. kain nampak elok.. free sampin plak tuh.. terus la cari kaler kuning.. amik jenis Aron Aziz sais XL... memang muat elok dengan badan aku.. labuh seluar dan labuh tangan ngam ngam... settle baju melayu raya aku..

Cantek tak kaler kuning ni!!

On the way balik.. isteri ajak cari baju casual plak.. so singgah Pyramid plak.. ronda2 la cari baju berkolar untuk aku.. dapat la selai beli kat Uniqlo.. Isteri aku pun beli blouse bunga-bunga biru tua.. lebih kurang baju hana yang dah beli minggu lepas.. aku pun dapatkan baju kale biru tua gak.. baru la ada sikit matching.. ekekeke.. raya la katakan...

Dalam fitting room pun nak bergambo.. hihihi..

Menggayakan kaler putih.. beli kaler dark blue.. cun plak isteri aku nih.. 

Dalam pukul 3 lebih dah balik rumah.. sampai rumah jer.. mata pun kuyu.. letak pala.. lena sampai pukul 5 lebih... hihihih.. sedar2 isteri kejut untuk ke param Kg Dato Harun...

End... doa-doakan semoga aku sekeluarga di murahkan rezeki.. aminnnnn...

Aku yang semakin berusia.. huhuhu..



Salam Ramadhan Kareem

Salam,

Salam ramadhan kareem pada pembaca semua. harap semua masih berpuasa ye.. baru 7 hari puasa.. dah rasa mcm puasa dah seminggu kan.. hehehehe.. Apa citer  korang di bulan puasa ni,

Aku takde apa cerita.. cuma cerita biasa-biasa ke Pasar Ramadan la kan dan berhujung minggu.. dengan kata singkatan dia 'Param'. Takde banyak param yang aku dan isteri sempat singgah pun.. setakat ni baru 3 param jer.. isteri mungkin 4 lah sbb hari pertama dia ke Param TTDI.

Minggu lepas, ada hari ke param, ada hari isteri masak. Param pertama yang aku jejak tak lain dan tak bukan , param kat dalam kawasan masjid Al-Husna.. dekat kan.. so sini mcm biasa la.. tak la banyak sangat.. tp boleh la untuk berbuka.. apa yang best sini.. kebanyakan aku tengok yang mengekor beratur, Murtabak Abang power dengan Roti John leleh.. 2 ni memang berekor beratur.. ramai...

Pasar Ramadan kedua yang aku pergi kat Kelana Jaya... sini memang maveles..meremut orang siot.. dari jauh pun nampak.. memang ramai giler kot orang.. harga kebanyakan masih berpatutan.. nasik lemak, nasi tomato berlauk ayam masih RM5.. kat dlm mesjid A-Husna pun dah RM6 dan ke atas.. Masa ke Kelana Jaya, aku pergi satu family, hari Sabtu.. elok lah.. Haziq pun ada.. masing beli satu nasi, dan bubur.. aku beli nasi briani gam ayam.. boleh lah..
Param Kelana Jaya.. memang meremut orang kan..




Pasar Ramadan yang ketiga aku gi, Pasar Ramadan Kg Dato Harun PJS2.. nak cari Pecal.. Dulu tempat ni pada aku syok juga.. kali ni mcm kureng.. lebih kurang 40% jual air.. lain2 makanan biasa lah.. yang paling tak bestnya.. sbb pasar dia di laluan jalan raya.. jalan yang tak di tutup.. orang2 situ naik moto untuk beli juadah.. apa kebenda dah mcm drive thru plak.. dah la sesak.. ni last kot aku ke sana... lepas ni nak try ke Shah alam ngan USJ4 plak.. USJ4 tahun lepas gi.. juadah dia agak mahal..

petang ni, di kala aku menulis entri ni, mungkin isteri kesayangan aku tengah masak menu berbuka Seafood Tomyam bersama Kuey teow.. slurpppp.. mesti syok.. Hari jumaat lepas isteri aku masak mehun sup muka ketat dengan puding caramel... pun syok.. walaupun mehun sup muka ketat pun ... masih sedap.. hihihihiih.. jangan marah yang.. love U..

Cukup la sampai sini tulisan aku.. ekekeke.. Selamat Berbuka semua!!!

Murtabak di Param Mesjid Al-Husna

Kuey Teow Tomyam air tangan isteri tersayang.. syooook

Selamat Hari Jadi to Me 04052019

Salam,


04 April 2019 telah pun berlalu beberapa hari lepas. Tarikh keramat tersebut adalah tarikh kelahiran aku, pada tahun ini aku dah pun mencapai usia 42 tahun. Alhamdulillah ya-Allah kerna telah memanjangkan usia aku sehingga ke hari ini. Semoga aku di berikan kesihatan yang baik berpajangan.

Dengan mencapai umur lebih 40an ni, ramai orang yang mengungkapkan "life begin at 40", mak aku sendiri pun pernah sebut masa abah aku mula masuk 40.. lebih kurang 20 tahun lepas.. katanya.. kalau kita masih tidak berubah selepas umur 40 (maksudnya berubah lebih ke arah kebaikan), kehidupan kita akan berterusan mcm tuh.. wallahualam. 

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,



حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Aku pada hari ni telah pun lebih ke 42 tahun. Aku masih terus untuk istiqomah bergerak ke arah kebaikan sepertimana dalam tulisan aku untuk azam setiap tahun. Namun pada pandangan aku, mudah untuk menyebutnya namun untuk mencapai tahap istiqomah ke arah kebaikan itu masha-Allah, agak sukar. 

Semoga aku terus istiqomah untuk menuju kearah kebaikan. Masih ada sisa-sisa sisi gelap dalam kehidupan aku. Semoga terus  istiqomah untuk sujud kepadaMu 17x setiap hari. Semoga terus istiqomah untuk ke Surau/mesjid bila masuk waktu. Allahu.. benda yang ringan pada sesetengah orang namun untuk aku.. berat juga la.. huhuhuhuhu...

Sepanjang kehidupan aku selama 42 tahun ini, setakat hari ni.. Alhamdulillah, semua baik-baik saja. kepincangan kekeluargaan sebelum ini, kepincangan kewangan, kerja ntah kemana... alhamdulillah.. semuanya telah di atasi dengan tabah.. alhamdulillah ada isteri dan keluarga yang banyak membantu. 

Dari segi kewangan, buat masa sekarang walaupun pada umur aku, boleh di kira underpay lah.. namun aku masih bersyukur, keadaan kewangan masih stabil.. segala perbelanjaan dapat di tanggung cukup.. selesa bekerja kat besi nih, hujung tahun ada bonus, bulan 4 ada peformance bonus, ada la sikit duit lebih untuk belanja or shopping.. tahun ni dapat la buat beli baju raya.. Untuk masa-masa akan datang.. tak tahu lagi.. kebnyakan harga makin meningkat. 

Apa yang aku harapkan. semoga kehidupan aku lebih selesa di masa depan, saling melengkapi dalam kekeluargaan. Anak-anak pun semakin membesar, sebagai ibu bapa, kita mesti nak tengok sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita kan. semoga semuanya baik-baik belaka... aminnnnnn!!!






Hari Sukan SKKL Hafiy Daniel dan Hari Sukan Little Caliph Hana Darina

Salam semua,

Entry kali ni aku nak citer pasal Hari sukan anak2. Hari sukan SKKL pada 27hb April dan Hari sukan Little Caliph pada 4hb Mei 2019.

Hari Sukan Hafiy Daniel (SKKL)

Hari sukan SKKL ni di jalankan di Sekolah jer, tahun-tahun lepas sukan sekolah dorang buat dekat stadium Panasonic Shah alam. Tapi tahun ni berkemungkinan kekurangan dana atau takde orang sponsor, buat lah di sekolah. Tapi di sekolah pun ok, dekat nak pergi, lagi pun dari zaman Abang Aiman bersekolah rendah sini memang buat di sekolah jer.

Daniel pada aku bakat dia memang dalam sukan, sebab kebanyakan sukan yang dia main, dia cepat pandai. untuk sukan ni lebih kepada larian atau lebih kepada sukan padang lah. lompat tinggi, lompat jauh.

Hari sukan ni Daniel pagi2 lagi aku dah hantar ke sekolah, sebelum pukul 8, aku tak pergi lagi sebab masih ada urusan yang nak di uruskan, nak pergi renew lesen memandu aku dan isteri. Sebab sukan akan bermula dalam jam 9.45 pg kalau ikut tentatif. Jadi sempat lah aku settle kan lesen. Yang penting dapat tengok daniel berlari..

Banyak juga acara dia masuk.. Daniel ni walaupun kecik.. tapi dia berlari agak laju wooo. memang deras dia lari..yang dia masuk 100m, 4x200 dan 4x400. semua tapau, tp kebanyakan tempat ke-2 lah. .kira steady juga lah... sebab memang ada sorang yang cukup laju berlari.

Daniel dan Hana sebelum berlari

Bersedia untuk larian 4x200m dengan padang yang agak becak


Sempat berposing kitaorang

Sepatutnya mendapat 4 medal.. tp hari ni dapat 2 dulu

Hari Sukan Hana Darina (Little Caliph Bandar Sunway)

Hari sukan Hana kali ni dorang buat kat stadium tertutup Panasonic. aku rasa tempat ni paling baik dari tahun lepas dan 2 tahun lepas. Tahun lepas dorang buat di dewan area jalan 222 sana, parking agk terhad. 2 tahun lepas Little Caliph buat dekat padang 3K USJ, yang ni ok cuma lagi dia padang terbuka.. memang panas lit lit. ada entri dalam blog ni .. boleh klik link ni --> Sport Day Hana yang pertama.

Jadinya lokasi stadium tertutup ni agak pilihan yang tepat Little Caliph pilih tahun ni, sukan ni adalah gabungan 3 tadika, little caliph Bandar Sunway, Taman medan dan Taman Sri Manja. 3 terus. Dan kali ni motonya "Enjoy Sport with Family". Ibu dan bapa di wajibkan amik bahagian dalam acara sukan.

Agak menarik juga cara ni. Tahun ni sama mcm 2 tahun lepas, Hana rumah Hijau, aku sekeluarga pergi ke stadium ni berbaju Hijau.

Acara untuk tadika tak la sama macam SKKL kan, berlari 100 ke 400 meter, cuma lebih kepada sukaneka untuk eratkan silaturrahim antara parent, anak dan teacher.

Seawal 8 pagi kami sekeluarga sampai, dah ramai pun sampai tapi alhamdullillah, parking masih banyak lagi lah.. tempat dalam stadium pun dapat lokasi menarik lah.

Keluar awal, ke kedai Mak Uda dulu untuk breakfast


Waktu pendaftaran peserta

Abang-abang dan tok mama turut memberi sokongan










Tapak Urban Street Dining near Amcorp Mall

Salam,

Entri kali ni, pasal Foodtruck. Foodtruck kali ni kitaorang g kat area Amcorp Mall Pj nun. Kalau di ikutkan ada cuma beberapa kali jer la jejak kaki ke foodtruck nih, salah satu kat Area Anggerik Shah Alam. Kat Anggerik ni aku kira 2 kali juga kot makan mlm situ. Kat Stadium Shah Alam, dan Depan Komplex 3k. Tp sekrng depan kompleks 3K tu rasa mcm dah takde.

Aku bukanlah peminat tegar Foodtruck, sebab pada aku Foodtruck ni overprice. Semua jadi mahal. Air Teh ke apa, kurang-kurang pun RM4 ke atas. Kebiasaan aku jumpa RM5. Makanan lak, kalau tak cecah RM7 ke atas, bukan FoodTruck nama dia.

Sebenarnya normal Foodtruck yang lori putih biasa memang sebelum ni banyak.. tp yang tu memang diorang berniaga dah lama.. yang jenis ni murah.. tp yang lori mcm urban sikit ni, berniaga atas lori.. mak ai harga.. ekekekek..

Aku citer byk pun aku masih pergi juga la ke FoodTruck. Aku pergi pun saja2 jer sekali sekala bawa anak2 makan malam santai2 sikit.. lagi pun baru pas gaji kan.. boleh la melayan..


Yang aku gi ni nama dia "Tapak Urban Street Dining", betul-betul dalam ruang parking depan Amcorp Mall.. Memang standard lah harga dia, kopi, teh yang aku biasa beli.. RM5.. Aku beli nasi briani kambing, RM16, briani Ayam RM10. Anak makan mcm pasta RM6 gitu.. sebelum ni aku makan Roti John, RM9.

Apa pun yang penting aku bersama family dapat bersama menikmati dinner yang santai berbumbungkan langit bersama bintang-bintang di angkasa. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki aku dan keluarga. aminnnn..







Happy Birthday buat isteriku 25042019

Salam,

Hari ni terlebih rajin, punya banyak entri masuk... cuma entri ni special sikit sebab hari kelahiran orang yang paling aku sayang. Orang yang paling rapat dengan ku, yang sentiasa berada di belakangku semasa susah dan senang, sedih dan gembira. Alhamdulillah ya -Allah, terima kasih kerana kurniakan aku sorang isteri yang melengkapkan hidupku ini.

Tahun ni isteri aku dah masuk 35 tahun dah. boleh kata tua la kan.. hahahaha... apa pun aku masih tak sedar diri yang diri ini lebih tua... 42 kot tahun ni. Kitaorang berkahwin pada umur isteriku 28 tahun, aku baru 35 tahun.. tp aku kenal isteri lebih lama dari tuh lah.. hanya aku dan isteri saja tahu lah, hihihihi.

Takde apa yang aku nak cakap, cuma aku nak berterima kasih kepada isteri tersayang, memang cukup memahami aku yang sememangnya seorang baran, perongos, (skrg kurang lah), kuat nafsu, kuat makan, kuat semua lah.. semakin tua ni semakin kurang kekuatan tuh lah kan... ekekeke.. walaubagaimana pun isteri aku sorang ni masih dapat melayan aku dengan baik..semuanya di penuhi tanpa sebarang alasan.. sepanjang bersama.. kuku kaki tangan pun lama tak potong sendiri.. ekekek.. bulu jer la aku potong sendiri termasuk bulu2 isteri aku.. choi.. apa aku tulis nih.. hihihih.. biasa la kan.. ada give and take..

Buat insan yang amat abang sayangi selalu, abang sentiasa doakan kebahagian awak, di berikan kesihatan yang berpanjangan, dapat mencapai apa-apa yang awak hajati, di murahkan rezeki, dan yang paling utama sentiasa berada di bawah lindungan yang esa. semoga kehangatan hubungan kita terus kekal berpanjangan hingga je hujung usia.. . Love You So much!! muahhhh.

Walaupun usia kita semakin semakin meningkat, moga jiwa kita sentiasa muda remaja, bergurau senda dan bergelak ketawa tak ingat dunia sampai hari tua kerepot.. hihihihihi.





Light Em Up Night Run

Salam,

Light Em Up Night run adalah kali kedua larian aku dan isteri. Aktiviti ni, kat area D Pulze Cyberjaya. Aku join ni free jer sebab under company, cumanya untuk spouse perlu bayar. Untung la kan, byr 1 jer.. berlari 2 orang.. hihihihi..

Plan hari ni sabtu agak tight, kebetulan pukul 2pm ada appointment dengan pejabat loyer untuk sign SPA. Abis dalam pukul 3pm lebih. Settle sign SPA, terus ke rumah Oman sebab Hana akan tidur di rumah Oman malam ni. Pergi berlari berdua, senang sikit kan.

Hari ni memang aku pun tak berapa sihat, Jumaat semalamnya aku Mc dah.. hari ni pun masih tak berapa sihat.. kira gagah juga lah.. amik panadol pagi dan tghhr. Dari rumah oman, dalam pukul 530ptg gerak ke Cyberjaya untuk racepack collection.

Sampai dalam 6 lebih, lepas dah collect race pack, lepak kedai mamak sebelah kedai nasi arab tuh.. pekena Nasi goreng pataya dan teh tarik... Nak lari malam tp p bantai nasi goreng pataya kan.. hahahaha...

Dalam pukul 8mlm, dah berlegar legar kat ruang start tunggu siren untuk berlari.. dalam 8.30 macam tu, untuk kategori 5km gerak.. berlari lah kitaorang.. mcm biasa lah. berlari dlm 1 km lbih, berjalan jap. dan berlari semula.. Siap 5km boleh habis dalam 45minit gitu kot..

Habis larian, lepak dulu untuk cabutan bertuah, nampaknya tak de bertuah lah malam ni.. ingat lepas ni nak p berendek dekat putrajaya.. tak familiar plak.. nak ke roundabout mesjid tuh tutup pulak jalannya.. last sekali lepak kat Nasi Lemak Royale @Ayer8. bantai sate sorang 5 cucuk plak.. tudia sate punya gemuk.. 5 cucuk kenyang berdengung...

Abis makan dan kekenyangan, terus balik ke rumah.. sampai rumah pun dah kat pukul 1. terus tdo jer.. tak sempat pojek pun sbb kepenatan.. hihihihihi..


Sebelum berlari.. pekena nasi goreng Pattaya  dulu..

Ni dah lepas berlari nih.


Sebelum berlari.. bergambo dulu.






V Residence milik kami

Salam,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Setelah lebih sebulan menunggu, urusan permohonan loan yang tak berkesudahan. Akhirnya lepas, tapi perlu 2 nama lah. Tak kisah lah.

Aku dan isteri memang sibuk ronda mencari rumah, apointment hampir setiap minggu jumpa dengan agent hartanah untuk view rumah. Adalah 3 4 biji yang kami view. Tapi V-Residence memang menambat hati kami berdua. walaupun asalnya nak cari rumah yang lebih 1000sqft.. tp apakan daya.. area bandar memang tak dapat harga bawah 500k.. huhuhuhu..

Rumah yang kami beli ni, tak lah besar sekadar 961sqft jer.. harga lebih sikit RM500k.. komitment loan dalam.. 2.5k++ juga bayaran bulanan... jenuh juga la bila di fikirkan. Tapi memang keinginan kami berdua nak cari condominium tengah bandar dan selesa. itu lah cabarannya..

Alhamdulillah, 5/4 dah sign loan agreement. 20/4 kitaorang sign SPA document. Aku tak banyak nak sign sbb SPA cuma guna nama isteri sorang jer..kitaorang sign loan kat office Farn n Co. Jadinya lepas ni, kitaorang byk review2 decoration rumah plak lah.. yang simple-simple dan ringkas sahaja.. maklum lah rumah kecik.

Rumah nih terletak bersebelahan NPE dan Villaria Condominium area PJS5. Kitaorang pun tak perasan projek ni, ramai yang dah beli sejak 2017 lagi.. Cuma projek tu baru start bergerak dari hujung tahun lepas. skrng dah nampak aktif lah.. tp belum ada bangungan naik lagi lah.. baru foundation jer kot.

Apa yang menarik minat kitaorang. Layout dia, mengikut kehendak kami, Parking 2 lot, terletak dalam kawasan yang memang kami dah biasa.. bandar sunway. Project ni agak besar, Pemaju boleh tahan dari segi kekukuhan kewangan untuk teruskan projek. Inshaallah, kalau takde aral apa-apa, dalam awal tahun 2022 dah boleh masuk.

Untuk pengetahuan, rumah kami berada di tingkat 23.Wow.. kalau di fikirkan.. rasa nak terkencing gayat sbb tinggi.. aku memang agak alah dengan ketinggian.. tp ok jer la... memang best kot permandangan dari atas gtu. tak sabar dah nak masuk rumah baru kan.. hihihi.

end.







Muka happy kan.. inshaallah lagi 3 tahun dapat duduk rumah baru





Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.