Lamb Chop Giant Klana Jaya

Salam,
Beberapa hari lepas mmg ada teringin nak makan lamb chop.. tp tak tau nak cari kat mana.. biasa nak makan aku g dato' hormat.. boleh la.. dulu ada satu kat Showru, Red Corner.. lepas showru kena roboh.. dia pindah p kelana Jaya belakang KFC.. sempat mkn jap.. pastu pindah lagi... ke Shah Alam kalau tak silap.

So semalam anak dara dah siap-siap cun, ajak gi giant.. nak main katanya.. aku ngan isteri malas nak hampakan perasaan dia, bw la gi giant. bw aiman sekali. 

Bila dah kat Giant,alang2 tu dinner terus. Sementara Hana main, aku order Lamb Chop.. dulu-dulu memang biasa mkn lamb chop sini, tp bila tukar orang, jadi macam kurang syok.. yang kali ni tukar lagi orang.. aku order jer la nak rasa.. harga RM15.90.. byk juga bahagiannya.. ok la juga.. tgk gambo kat kaunter nampak biasa jer.. bila dapat memang menyelerakan..

Bila makan, fuh.. sedap... memang sedap... lagi sedap dari Dato Hormat.. next time boleh makan lagi.. Alhamdulillah.. mmg syok mengidam nak makan.. sekali dapat padu... boleh mkn lagi... korang pun boleh cuba..

Dah sedap makan baru snap gambo.. syok woii

Hana Darina dah siap-siap. make up sendiri tuh

Bersama isteri tercinta... muka kepenatan.. sib baik bukan Malam jumaat.. hihihihi

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.