Kebaikan Mandi Bersama

Salam semua,

Hari ni aku tak tau nak cerita apa, tp aku agak tertarik pasal mandi bersama.. maksudnya mandi bersama pasangan.. tertakluk kepada mereka-mereka yang dah berkahwin saja okay.. yang belom kawin tak perlu la nak menggatal. ekkekeke... macam agak kurang manis entri ni kan. tambah plak, malam ni dah malam jumaat. Tp aku memang serius dengan post entri nih.. memang ada baiknya suami isteri mandi bersama..

Mungkin ada dari kita pernah mandi bersama, masa awal2 kawin dulu, sekarang dah tak lagi sbb masing2 ada hal sendiri dah. jadi sudah berapa lama anda tak mandi bersama pasangan anda? tu dia.. ni soalan yang pernah di tanya oleh pakar motivasi  Dato Dr Fadzilah Kamsah.. Sebenarnya amalan mandi bersama ni agak di galakkan dan patut menjadi amalan harian sbb banyak rahsia mandi bersama yang dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Kalau anda yang dah berkahwin, tapi tak pernah mandi bersama, anda mesti cubanya.. kerana amalan mandi bersama dengan jirus menjirus, gosok menggosok dan sebagainya adalah amalan yang dapat mengukuhkan dan mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami dan isteri. Seperti kat Dr Fadzilah, amalan ini bukan berunsur lucah atau petua-petua dari zaman nenek moyang kita, namun ia adalah amalan oleh Rasulullah SAW sendiri.
"Daripada Aisyah R.Ha berkata : Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Hadis riwayat Bukhari: 253)
Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Rasulullah SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan bersentuh ketika mandi.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim pula ada dinyatakan:
"Aku (Aishah) selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Hadis riwayat Muslim: 482)
Nabi dan isterinya bukan saja mandi bersama, malah ketika mandi Nabi dengan begitu romantik membelai-belai rambut isterinya. Seperti pengakuan Aisyah yang mandi bersama Nabi yang bercerita bahawa ketika sedang mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (hadis riwayat Muslim : 498).
Sekarang amacam, masih malu untuk mandi bersama suami, bersama isteri? Jika Rasulullah SAW sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini. Jika tidak, tak kan lah pakar motivasi terkenal pun mengesyorkan amalan itu.

Antara kebaikan yang tersirat kalau kita amalkan mandi bersama pasangan :
  • Menterjemahkan perasaan kasih sayang dan cinta antara pasangan. 
  • Menenangkan dan meredakan stress. 
  • Merawat tubuh badan, pasangan kita lebih peka tentang keadaan tubuh badan kita.
  • Kesihatan jantung dengan meningkatkan kecergasan kardiovaskular kita.
Terus terang, aku dan isteri memang sentiasa mandi bersama. Ada sesetengah orang biasa mandi berseorangan dan jarang mandi bersama. Namun aku dan isteri, kami sentiasa mandi bersama dan jarang mandi berseorangan melainkan jika memang tidak berkesempatan.

Aku juga berharap amalan ini berterusan sehingga kami tua kelak.. dan perasaan kasih dan sayang sentiasa terukir kuat antara kami. aminnn...

(Nota kaki: photo apa aku nak letak nih.. takkan nak letak photo tengah mandi bersam plak kan.. ekekekek..)


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.