Jumaat yang agak bizi sekeluarga

Salam semua,
Berapa hari takde entri baru.. ekekeke... ada jer benda dalam kepala nak tulis.. tp tak tertulis.. biasanya pagi2 sampai ofis, aku tulis kejap.. atau pun malam.. kalau dulu aku tulis di hp jer.. tp semenjak tak boleh nak upload gambo.. asyik failed jer.. terus malas... 

Takde apa yang menarik sangat nak cerita.. Hari Jumaat seperti biasa lah, balik dari kerja, aku akan amik Ajiq dan Daniel awal sikit sbb Ajiq ada tusyen, Aiman dah kat tempat tusyen start kul 6ptg.. hari ni lepas amik Ajiq n Daniel dalam pukul 7ptg, terus bw g makan nasi lemak kat gerai area PJS 10 ni. Ok juga nasi lemak dia dan yang penting agak murah.. aku makan 4 beranak termasuk air baru RM23 jer.. ok la kan... 

Dalam 7.30ptg gtu, Ajiq terus ke pusat tusyen dia.. aku nak tunggu Aiman pun lambat lagi sbb Aiman balik pukul 8. So kitaorang balik rumah dulu.. boleh la mandi dan solat dulu.. dalam pukul 8 gitu aku keluar dengan Daniel, Hana kena tinggal.. hehehe... pas amik Aiman, ingatkan nak suruh dia tapau jer kat gerai nasi lemak.. tp dia macam tak nak, katanya lama teringin nak makan roti canai.. aku ckp.. jom la ke Alif... 

Singgah Alif, Aiman order roti canai 2 keping.. aku dan Daniel minum jer la.. macam biasa la. .teh tarik padu... settle jer, balik rumah tgk hana kesedihan sebab kena tinggal.. ekekeke.. sian juga.. tp renyah sikit kalau bawa Hana. dah balik rumah, just baring tgk tv je la sementara nak tunggu ajiq balik dalam pukul 10mlm gtu..

Tepat 10 malam aku terus keluar amik ajiq, bw la Hana sekali.. jap je pun nak g amik.. mlm nih aku agak mengantuk awal.. biasa la kalau mengantuk awal tuh kan...(kikiki.. ibarat malam Jumaat ler)   pukul 10 lbh aku dan isteri dah naik baring kat atas... anak2 pun aku pesan jgan tdo lewat sangt.. esok pagi2 ajiq dah ada tusyen pulak kat sekolah.. memang penat si Ajiq ni, seminggu 6 hari belajar.. dari pagi.. sampai malam.. ekekek.. nak buat cemana, itu la yang kena buat untuk berjaya.. jadi bila kat rumah, aku dah kurang push utk study dengan harapan setiap kali ke tusyen dia dan Aiman fokus.. 


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.