Selamat Hari Jadi to Me 04052019

Salam,


04 April 2019 telah pun berlalu beberapa hari lepas. Tarikh keramat tersebut adalah tarikh kelahiran aku, pada tahun ini aku dah pun mencapai usia 42 tahun. Alhamdulillah ya-Allah kerna telah memanjangkan usia aku sehingga ke hari ini. Semoga aku di berikan kesihatan yang baik berpajangan.

Dengan mencapai umur lebih 40an ni, ramai orang yang mengungkapkan "life begin at 40", mak aku sendiri pun pernah sebut masa abah aku mula masuk 40.. lebih kurang 20 tahun lepas.. katanya.. kalau kita masih tidak berubah selepas umur 40 (maksudnya berubah lebih ke arah kebaikan), kehidupan kita akan berterusan mcm tuh.. wallahualam. 

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,



حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Aku pada hari ni telah pun lebih ke 42 tahun. Aku masih terus untuk istiqomah bergerak ke arah kebaikan sepertimana dalam tulisan aku untuk azam setiap tahun. Namun pada pandangan aku, mudah untuk menyebutnya namun untuk mencapai tahap istiqomah ke arah kebaikan itu masha-Allah, agak sukar. 

Semoga aku terus istiqomah untuk menuju kearah kebaikan. Masih ada sisa-sisa sisi gelap dalam kehidupan aku. Semoga terus  istiqomah untuk sujud kepadaMu 17x setiap hari. Semoga terus istiqomah untuk ke Surau/mesjid bila masuk waktu. Allahu.. benda yang ringan pada sesetengah orang namun untuk aku.. berat juga la.. huhuhuhuhu...

Sepanjang kehidupan aku selama 42 tahun ini, setakat hari ni.. Alhamdulillah, semua baik-baik saja. kepincangan kekeluargaan sebelum ini, kepincangan kewangan, kerja ntah kemana... alhamdulillah.. semuanya telah di atasi dengan tabah.. alhamdulillah ada isteri dan keluarga yang banyak membantu. 

Dari segi kewangan, buat masa sekarang walaupun pada umur aku, boleh di kira underpay lah.. namun aku masih bersyukur, keadaan kewangan masih stabil.. segala perbelanjaan dapat di tanggung cukup.. selesa bekerja kat besi nih, hujung tahun ada bonus, bulan 4 ada peformance bonus, ada la sikit duit lebih untuk belanja or shopping.. tahun ni dapat la buat beli baju raya.. Untuk masa-masa akan datang.. tak tahu lagi.. kebnyakan harga makin meningkat. 

Apa yang aku harapkan. semoga kehidupan aku lebih selesa di masa depan, saling melengkapi dalam kekeluargaan. Anak-anak pun semakin membesar, sebagai ibu bapa, kita mesti nak tengok sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita kan. semoga semuanya baik-baik belaka... aminnnnnn!!!






0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.