Projek Spring Cleaning

Salam Sabtu,

Minggu ni hari sabtu, lepak rumah saja... open house dah berlalu... aku dan isteri nak lepak rumah sambil kemas apa yang patut.. buang semua habuk.. tukar wall paper yang dah rosak... basuh semua cadar-cadar bilik aku dan bilik anak2... basuh semua sarung kusyen.. basuh selimut dan sarung bantal...

Bermula selepas subuh... ekekekek.. hari ni isteri masak nasi goreng padu.. lupa nak amik gambo... ok juga masak nasik goreng.. baru tenaga lebih nak buat kerja.. mlm td pun dah perah tenaga sikit.. sikit jer la...

 Daniel tiap2 minggu hari sabtu ada kelas tambahan.. pukul 8 sampai 12.30..Lepas hantar daniel ke sekolah, projek pun bermula.. bermula dengan mengeluarkan semua sofa letak kat porch.. kereta pun dah di alihkan.. karpet sidai kat pagar.. kusyen yang dah togel, dan bantal yang togel jemur kat luar.. kasi garing sikit..

Sambil tu, semua kain2 termasuk cadar dan segala sarung dan selimut ..beberapa round dalam mesin basuh.. biasa la.. mesin basuh 10kg jer pun. kena la beberapa round.. Vacum setiap ceruk dinding, atas dinding yang bersawang.. semua di vacum.

Settle tu jer, teruus cabut wallpaper lama... lepas cabut.. terus pasang yang baru... beli wallpaper kat kaison, segulung dalam RM19 jer.. beli 5 gulung.. tp bila di kira balik.. cuma perlu 4 gulung jer pun.. takper la lebih.. kalau kurang.. naya.. nampak tak abis kerja...

Lepas settle wallpaper terus MOP.. zasss.. pukul 1tghhr dah settle dah sume.. lantai pun berkilat, dinding nampak baru sbb wallpaper baru.. kalau tidak.. adoi.. koyak sana sini...

Lepas settle kemas, plan nak mencari durian... kat seksyen 20 Shah alam.. aku dah mkn 2x kat sana.. abis dalam RM60 untuk 2x makan tuh.. puas.. tp yang tu aku pergi ngan kawan2 Besi.. Kali ni aku nak bawa isteri kesayangan aku yang hantu durian.. biar climax makan.. ahad lepas beli kat Klang.. RM150 sepuluh bijik.. mkn abis pun.. tak climax... senang cakap tak mantul lah.. ekekekeke..

Aku citer pasal durian next entry ok... chow chincau...


Bermulanya pembersihan rumah

Sofa semua letak luar.. mudahkan kerja

Hana turut tolong... dari kecik kita ajar 

Siap vacuum lagi tuh

Wallpaper lama yang dah tercabut.. yg tgh tu aku dah cabut sikit

Cabut terus semua wall paper

Dahhhh... hampir siap tuh

Done beserta rumah yang bersih di mop dan di buang segala sawang..


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.