Merempit ke tempat kerja! Penjimatan @ Risiko?

Salam semua,
Saja aku bangkit kan soklan ini. Merempit ke tempat kerja.
Cemana korang ke tempat kerja? Kereta? Motor? atau pengangkutan awam. Aku memang dari dulu merempit, ada masa bw keta. Sekarang ulang alik dr PJ ke KL memang merempit.
Jangan salah faham dengan perkataan 'merempit' ye, merempit kat sini cuma menggambarkan menunggang motor je. Hehe..
Apa alasan korang naik motor? Dan apa alasan korang tak naik motor?
Macam aku, aku lebih prefer naik moto, satu sbb nak elak kan jem,  kedua mudah nak cari tempat parking ketiga jimat banyak.
Walaupun naik motor ni agak tinggi risiko berbanding naik kereta, tp penjimatan memang sangat ketara. Minyak umumnya dan duit khas nya.
Korang kira lah,  kalau berkereta dari PJ, ada 3 tol nak tempuh 2 tol dah RM2. 30 satu lagi tol RM3. Kira tgk,  tol sehala saja dah RM7.60.  Kalau 2 hala dah RM15.20, minyak lagi. Anggaran minyak RM10 sehari dan parking RM6. Total semua dah RM31.20.
Cemana kalau naik public transport? Dr umah aku terpaksa ambil komuter ke kl sentral RM2.60, then sentral ke time Square/imbi Rm3.10. Dah RM5.70 sehala. 2 hala dah RM11.40.
Kalau aku naik moto, kos sehari baru RM1 minyak dan RM1 untuk parking. Total baru RM2.
Dari congakan di atas, mana pilihan korang? Aku mmg dah tentu merempit. Jadi pilihan aku adalah penjimatan berbanding risiko di sebab kan kos yang cukup jimat, Terpaksa tolak tepi risiko. Mana2 pun ada risiko, tp risiko menunggang motor lebih tinggi.
Keadaan ekonomi sekarang membuatkan setiap orang lebih gemar menggunakan motor ke tempat kerja, kalau kita lihat pun semakin hari semakin bertambah penunggang moto di jalan raya.
Kalau pilihan korang adalah kereta atau pun pengangkutan awam, tak jadi masalah. Itu yang terbaik untuk korang. Pengangkutan awam am nya berisiko paling rendah.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita penunggang motosikal pergi dah balik.
Amin..

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Blog Archive

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.