Pengalaman Buka gerai jual Nasi Daging

Salam,
Last update blog nih 6hb lepas... so hampir 10 hari tak update blog.. plan awal2 dulu kalau boleh nak update atleast seminggu 2 atau 3 post.. hehe.. biasa la.. ok la kot asalkan aku update.. lama2 dah terror menulis baru leh update hari nih..

Hari ni aku nak citer cemana aku start buka gerai jual makanan.. Aku berniaga Nasi Daging. Hari Isnin tanggal 11/11/2013, hari pertama tuh, waktu penyediaan makanan, mak aku yang uruskan semua, aku cuma pemerhati bertauliah catit segala bahan2 yang di perlukan. Jadi lepas ni aku terpaksa uruskan seorang diri.

Pagi tu baru nak g beli barang basah mcm daging, bawang, tomato, cili merah, bahan-bahan rempah ratus dan lain-lain untuk resepi Nasi Daging tuh. balik umah jer dah pukul 11 gtu.. jadi daging yang masih dok keras tuh tak sempat nak defrost lak tuh.. kira hari pertama ni agak kelam kabut la.. sib baik segalanya mak aku uruskan.. hehe..

Hari pertama nih, dengan agak kelam kabut, daging pun potong ikut dan jer.. keh keh... so hari pertama nih wat agak byk set juga.. 20 set.. buka gerai dalam pukul 5ptg gtu, sampai pukul 8malam, lampu takde jadi agak gelap la gerai aku tuh.. jadi nak berniaga sampai malam tuh agak sukar sbb orang tak nampak... pengalaman hari pertama buka gerai, cuma laku 2 saja...

Hari kedua ni aku kurangkan sikit masakan, just buat untuk 6 set, yakni 3 pot nasi.. hari ni mak aku masih ada sini pagi, tghhri mak, abah dan adik nak balik dah. Jadi pagi2 mak aku dah tolong tumiskan sup... so selamat dah 1 kerja, tghhr aku sambung buat air asam dan masak nasi.. kira hari kedua berniaga tp hari pertama aku masak nasi dan buat air asam.. not bad la.. hehe.. nasi tak kering betul.. tp still ok tak lembik sgt.. so setiap hari akan jadi pengajaran untuk aku menaiktaraf rasa...

Hari kedua, aku buat 6 set jer.... macam biasa laku 2 jer.. tu pun jiran gerai aku, peniaga nasi ayam berempah beli 2.. hehe.. ok la.. dorng nak rasa.... jadi ada 4 lagi set tak terjual... hari kedua ni aku sedekah kat orang2 sekeliling dalam masa yang sama promosi supaya dorng2 ni dpt la rasa nasi daging nih.. aku rs agak "nichi" jenis jualan aku ni sbbnya takde lagi Nasi Daging yang di jualkan disekitar lembah klang nih.. so aku amik risiko la untuk jual dan perlukan masa utk individu rasa keenakkan Nasi Daging nih...

Hari ketiga ni, aku tinggal seorang, jadi aku siapkan sup, dalam ertikata lain, segala-galanya aku buat la.. dari sup, air asam dan masak nasi... Tp mcm hari kedua, rasanya not bad, masih seakan-akan sama macam mak aku masak... hari ni aku catit balik apa yang aku masukkan, yang mana takde sukatan tuh.. aku guna sukatan dan catit utk memudahkan aku masak utk esok dah seterusnya...

Hari ketiga nih agak menyedihkan sbb 6 yg aku bawa, satu pun tak terjual.. huhuhu...  tak per la.. adat la berniaga kan, kurang-kurang pun sebulan dua pertama ni hanyalah sessi pengenalan jer kepada sapa2 yang nak try Nasi Daging.. Jadi macam biasa la, aku sedekahkan dekat penduduk sekitar PJS 8~10 nih...

Hari keempat, aku buat 6 set macam tuh, masih sama... hari ni ada sorang makcik datang tuntut tapak gerai yang aku dok niaga sbb dia kata dia dah cop tapak tuh dengan pacak khemah.. hehe.. memang tutup khemah dia dan alih ke tepi, mana taknya, aku dok riki sebulan 2 memang takde orang berniaga, tp alhamdulillah, makcik ni agak positif dan boleh bawa berbincang, dorng nak berniaga start tghhr sampai petang, so aku boleh sambung petang plak.. tak jadi masalah ler.. aku pun offer kat dorng untuk guna khemah aku jer.. khemah baru tu baii... khemah makcik tu dah koyak rabak dah.. hehe..

So abis berbincang, aku bodek la makcik tuh suh rasa Nasi Daging aku nih, dia pun beli la satu untuk rasa. Then datang kawan baik aku, dia pun beli satu untuk wife kesayangan dia... Kemudian Jiran gerai aku nih, gerai nasi ayam berempah order 2, humang aiii... hati aku agak melonjak kegembiraan sbb dah 4 laku... then tiba2 muncul sorang lagi dari belakang gerai nak try, alhamdulillah.. 5 dah laku.. tinggal lagi satu..

Setiap hari, bila aku berniaga start pukul 5 ptg tuh, dlm pukul 6 lbh gitu aku kena tinggalkan jap gerai sbb nak amik wife kesayangan aku kat KTM komuter, lepas amik dia tinggalkan aku kat gerai dan dia akan terus amik Hana. Kebetulan daging dlm flusk aku tu abis, nasi ada lagi 1 set.. air asam dan sup ada beberapa set. So hari ni aku buang masa agak lama, sbb pas amik isteri kesayangan aku tuh, aku follow terus amik hana dan balik amik daging... sesampai di gerai jer, ada sorang mamat dok tunggu nak beli Nasi Daging aku 2 set.. tapi malangnya cuma tinggal 1 set jer lagi..

so hari keempat aku dapat jual abis 6 set, gembira hanya tuhan dan isteri aku jer la yang tahu.. hehehe.. senyum sampai telinga, walaupun cuma 6 set yang terjual, tak la untung banyak mana pun, tp sbb abis dan buatkan aku tak rugi, aku rs seronok ya amat.. so aku plak esok nak jual double.. dr 6 jadi 12...

Hari kelima, dengan semangat yang berkobar-kobar, aku gandakan set Nasi Daging dari 6 set ke 12 set. pukul 450petang aku dah sampai di tapak gerai, sekali ada plak penguatkuasa MBPJ.. adoi la.. so aku masih selamat sbb blom pasang meja lagi.. jadi terpaksa la aku tunggu MBPJ tuh balik dulu, kalau tak, sure kena sama bro... RM250 plak tuh.. memang agak bernasib baik hari nih..

Hari kelima ni, aku buat lbh kurang 12 set Nasi Daging, tp yang terujual cuma 4 set jer.. so hari ni jadi lagi satu pengajaran, tak perlu teruja sangat kalau abis jual.. hehe.. so aku set mind, kalau 3 kali berturut-turut abis 6 set Nasi Daging, baru aku doublekan.

Hari ke enam aku buat 6 set semula, hari ni cuma laku 3 set dan semuanya orang baru bukan repeat customer.. jadi ok la setakat nih, harap dorng suka dan repeat datang beli dan bgtau kawan2 dorang tentang kesedapan dan keenakkan Nasi Daging Resepi mak aku nih..

Aku harap aku terus berniaga, lepas nih insha allah akan ada lampu, jadinya boleh la berniaga sampai lewat malam sikit.. then next week kalau takde aral maybe aku berniaga kat Mesjid Kelana Jaya.

  1 comment:

  1. Nice post.

    Tengah google2 cari pengalaman2 or lain buka gerai nasi terjumpe entry ni. Harini hari pertama suami sy buka gerai nasi kukus ayam berempah.

    Mcm mana sambungan bisnes nasi dagang? Masih berniaga lagi ke?

    - Siti,bdr mahkota cheras
    Nasi kukus ayam berempah
    0179573613 (Hubungi utk tempahan)

    ReplyDelete

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.