Tempat kedua di Austria - Rattenberg

Salam,

Hari ahad 25th Ogos dah sampai kami di Hintertux. Isnin aku dah masuk kerja, oleh kerana kat sini dalam pukul 4 ptg dah cabut balik. Sempat la kitaorang jejakkan kaki ke Rattenberg, antara pekan tinggalan sejarah yang paling kecil... kalau kita search "Rattenberg" boleh jumpa ayat nih "Rattenberg is Austria's smallest town historical town". Memang kecik pun.. lebih kurang macam bukit tinggi jer kalau kat malaysia.

Gambar yang di ambil dari Fotress/Kubu. Kawasan bangunan yang nampak bawah tu lah Rattenberg.  Dan juga sungai yang sangat panjang. kaler dia memang pelik sikit.

Rattenberg ni pada pandangan aku masih mengekalkan seni bangunan-bangunan lama. Memang agak unik,cantik da bersih. Dari appartment kitaorang, kalau berjalan kaki cuma dalam 5 ke 10 minit saja. Ada muzium yang kitaorang tak sempat jenguk.
Kami boleh ke Rattenberg dengan berjalan kaki.

Pada masa kitaoarang sampai dah agak petang, kebanyakan kedai tutup pada jam 4.30 petang, memang awal. Di belakang bangunan-bangunan kedai tersebut, ada kubu-kubu batu yang di bina di atas kaki gunung. Tak pasti bukit atau gunung, nampak mcm tinggi gunung. Maklum lah, area sini memang kebanyakannya adalah pergunungan.

Tak banyak benda yang boleh aku ceritakan sini, cuma aku boleh sharekan photo-photo kami sebagai kenangan aku bersama family di sini. Sempat juga kitaorang beli sourvenir dari kedai di Rattenberg nih.

Sempat juga kami jejakkan kaki ke Fotress atas kaki gunung tersebut. Dari sana, memang boleh nampak permandangan yang lebih menarik, pekan Rattenberg boleh nampak hampir kesemua dan juga sungai panjang di Austria ni, yang aku perasan dari Innsbruck sungai ni mengalir sampai ke Rattenberg terus kemana pun tak pasti.. memang panjang.

Enjoice the photo!!

Cukup aman dari hiruk pikuk kenderaan dan sangat bersih. Mereka sediakan plastik bag untuk kutip najis anjing yang mereka bawa. Cuma aku tak dapat bayangkan kalau anjing tercirit.. hahahahaha


Masih ada segelintir orang.  pada waktu hampir 4.30 ptg.. semua ready nak tutup.




Boleh nampak macam bukit tinggi saja... situ jer pekan Rattenberg ni

Anak dara yang sentiasa bergaya depan camera



Di hari lain di tempat sama.




Pintu gerbang masuk ke kubu

gambo punggong pun amik.. kusyuk isteri kesayangan aku amik video.. nak masuk IG la tuh.. hihihih

Di atas bukit.. nampak seluruh kawasan Rattenberg, kramsach dengan Radfeld dan beberapa kawasan berdekatan. aku pun tak pasti nama.


Menghayati permandangan ciptaan Allah yang indah. Memang di kelilingi gunung ganang

Belakang sana ada lagi sebahagian kubu.. kami tak sampai ke sana. tak tau mana jalannya.




Sampai malam kami berjalan.. gambo pun dah tak berapa sharp

Kesayangan aku

Berjalan pulang.. memang kena merentasi jambatan sungai ini. Setiap hari ke tempat kerja pun sama.



0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.