Tidur tidur tidur.. lama tak mem"blog"

Salam,

Pergh... lama tak mem"blog".. memang ada benda nak tulis.. tp malas pulak rasa.. kena dengan kerja yang agak kelaut sikit.. dan agak bizi sikit.. sikit jer la.. tambahan plak kesihatan pun tak berapa mengizinkan.. kira nak baring jer....

Hujung minggu ni mmg takde buat apa sgt pun, lepak umah layan cerita "13 Reasons Why", lbh kurang 13 episod.. aku plak dari Jumaat dah cuti, mulanya nak amik EL jer sbb nak bw Hana ke kinik follow up batuk.. dan aku pun nak check juga, kat 2 minggu batuk tak baik-baik..

Alhamdulillah, Hana takde kena Neb dah, cuma doktor ckp masih ada lagi kahak dalam paru2 sikit yang belum keluar, takut yg lekat dlm tu berkuman, jadi doktor bg antibiotik.. aku sendiri pun doktor check sama juga, doktor startkan antibiotik juga.. hari ni.. alhamdlulillah, batuk lagi tp dah kurang sikit.. biasa kalau datang gatal tekak tuh.. memang tak boleh stop batuk.... then yang bestnya. .doktor bg MC juga satu hari, mungkin sebab tekanan darah aku agak tinggi.. maybe doktor suruh rest..

Sabtu pagi layan anak2 study, sambil tu tolong isteri masak udang masak keling, pergh.. padu... petang kitaorng ke Taman Jaya, mcm biasa lah.. pusing 1 2 round.. masa awal datang nak main gelongsor mcm baru pas ujan.. pusing 1 round tasik jumpa Azam dan Mawar, sampai kat area gerai, lepak minum sambil mkn kopok lekor.. layan gak kopok lekor.. settle jer.. sambung pusing lagi seround arah bertentangan, dlm 630 kitorng gerak balik..

Hari ahad memang agak mandom sikit, dengan duit yang tak berapa nak ada.. ekekekek.. lauk udang semlm msh ada lagi, isteri aku tambah dengan kentang+bilis masak kicap.. utk mkn hari ahad.. seharian lepak umah je ahad tuh.. peliknya Hana pun takde merengek nak keluar.. ok la juga.. layan citer slow.. memang slow sampai nak tertidor... petang sempat layan citer dexter episod 1 season 1. pastu kami anak beranak terlelap.. memang sedap tdo. .sedar2 kul 6 lbh.. awal2 plan nak kuar jogging kat taman.. cuaca pun cantek.. memang kelaut la juga..

Dah lewat petang, aku g pasar malam cari keropok ngan air kelapa, beli ayam tulang goreng.. layan gak la....moto plak wat hal abis minyak.. adeh.... menolak la juga kejap.. elok2 sampai kat stesen minyak Caltex asalnya.. ingat selamat dah.. sekali stesen minyak tu tengah buat mentenen kot.. langsung tak leh guna... jilake.... terus kena tolak motor ke Shell..

Malam layan Fences, Denzel Washington.. pergh.. meleleh gak citer ni.. dari awal sampai abis, dok bercakap jer... walaupun dah tido agak lama petang td.. sambil tgk citer Fences pun boleh terlelap.. 11 lbh naik.. terus tdo sampai pagi.. tido dan tido dan tido... memnag tak sihat betul sekarang nih.. uhuhuhuhu...


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.