Macam-macam citer

Salam,


Nampaknya mood malas masih menyelubungi lah nih.. last posting pun awal bulan November.. ni dah masuk December masih takde post baru.. ingat nak pecah rekod tahun 2017 72 post dalam setahun.. tahun ni baru 54 post jer pun, kira kedua tertinggi lah selepas 2017.. kalau bulan 12  ni aku boleh menge"post" lebih 20 entry.. so pecah ler  rekod.

Kisah hujung tahun ni biasa lah.. kalau citer memang banyak bab anak-anak lah.

Aiman SPM, kira dah nak tamat alam persekolahan dah. Kalau ada rezeki dan result cun, boleh la sambung masuk kolej.. Inshaallah. Haziq baru abis form 2, nak masuk form 3. Masih kekal di AYSK (Asrama Yayayan Selangor Klang). Untuk kekal perlu kan 60% keseluruhan result. Alhamdulillah, kali ni dia dapat lebih 80%. Biasiswa pun kekal dapat. Untuk tahun depan dah terpilih untuk pegang jawatan pengawas asrama. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik. Daniel plak baru lepas UPSR, dah nak masuk alam remaja dah, tahun depan dah masuk tingkatan satu. Result UPSR pun dah dapat, gitu-gitu saja. Apa pun alhamdulillah masih ada peningkatan berbanding trial. Moga teruskan usaha di sekolah menengah plak. Dan yang terakhir, budak comel Hana Darina, pun baru tamat Tadikanya di Little Caliph Bandar Sunway. Dapat plak anugerah Icon Little Caliph Bandar Sunway, sebagai parent, memang lah kita berbangga kan.. Namun apa pun setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangan masing di sana dan di sini.. Aku terima seadanya. Takde pilih-pilih kasih nih.

Bulan November juga aku dah settlekan pembelian barangan keperluan sekolah untuk 3 orang.. termasuk Hana dan tolak Abang sulong Aiman. Jadinya bajet masih sama lah.. hihihihi.. aku banje sorang dalam RM250 lbh kurang lah. Yang mana boleh pakai, di pakai semula.. Hana jer la semua benda kena beli baru.

Jadinya gaji bulan 11 or 12 nanti boleh guna untuk settlekan segala yuran.. Kalau semua benda nak keluar sekali harung.. uii.. banyak la juga tuh. Sejak kerja kat kilang Besi ni, ok sikit lah sebab ada bonus yang tetap di hujung tahun. Tak sama macam aku kerja kat MOL dulu.. bonus bayar bulan 2, tu pun tak tentu berapa.. masa tahun last aku kerja.. bulan 6 baru dapat.. setengah bulan jer plak tuh..huhuhuhu.. naya oiii..

Takde apa yang menarik sangat di bulan 11 ni. Itu saja ler cerita aku. memang buntu siot nak tulis entry.. apa hal pun tak pasti.. ekekekeke..

Ini saja kot... jumpa lagi di next entry.

Boleh layan video youtube yang aku upload masa persebahan hana hari tuh.








0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.